Majlis penyampaian cek skim bantuan galakan hafazan al quran 2009






Alhamdulillah, semalam,11 Jun mama dan papa menenami Hikmat untuk menerima cek RM3000 dari unit baitul mal MAIWP. Cek ini merupakan bantuan galakkan hafazan Al Quran untuk kategori hafazan 30 juz bagi setengah tahun pertama 2009. Skim ini memberikan RM6000 setahun, RM3000 setiap enam bulan apabila disabitkan hafazan 30 juz nya. Tahinah kepada Hikmat kerana telah berjaya mengekalkan hafazan 30 juz setiap kali diadakan ujian hafazannya. Keep it up!


Skim ini menyediakan 4 skim bantuan:

1. Kategori Hafazan 5 juz diberikan RM1000
2. Kategori Hafazan 10 juz diberikan RM2000
3. Kategori Hafazan 20 juz diberikan RM5000
4. Kategori Hafazan 30 Juz diberikan RM6000


Menurut Menteri yang berucap di majlis itu, skim ini telah dimulakan sejak tahun 2006 oleh MAIWP dengan bilangan hauffaz permulaannya hanyalah berjumlah 37 orang dan kini setelah 3 tahun bilangan huffaz yang telah disabitkan penghafazannya telah meningkat kepada 103 orang.

Hari ini seramai 103 huffaz menerima skim bantuan berbagai kategori, 23 orang menerima kategori 1, 27 orang menerima kategori 2, 10 orang kategori 3 dan 43 orang kategori 4. wah!!! kategori 4 ini paling ramai yang disabitkan hafazan 30 juz!. MasyaAllah....

Sesiapa sahaja boleh mendapat bantuan galakkkan ini, tidak mengira samada lelaki atau perempuan, tua atau muda, imam atau makmum, sesiapa sahaja yang menunjukkan kesungguhan untuk menghafaz silakan daftarkan diri dan hadir di dalam majlis sabitan hafazan yang diadakan setiap 6 bulan sekali. Next progrm akan diadakan dalam bulan Ramadhan. Insyaallah.

Hanya hubungi MAIWP.

Posted by Mama Friday, June 12, 2009 0 comments  



Ketua Operasi Kempen OSCC Selangor



Gambar ini adalah potongan akhbar The Sun hari semalam, 9 Jun 2009.

Mama telah dilantik pada bulan Mac untuk mengetuai kempen kesedaran terhadap keganasan rumahtangga, keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak serta literasi undang-undang peringkat negeri Selangor.

Mama ditugaskan untuk menjayakan kempen di semua 56 peringkat ADUN Negeri Selangor dengan kerjasama 10 NGO wanita dan pusat khidmat ADUN untuk memberi kesedaran kepada masyarakat terutamanya wanita dan pasangan suami isteri yang bermasalah.

Kempen OSCC adalah salah satu agenda kerajaan Selangor utnuk merakyatkan ekonomi negeri Selangor.

Untuk lebih lanjut mengenai kempen ini boleh lah lihat disini http://wirdaselangor.wordpress.com/kempen-oscc/

Posted by Mama Thursday, June 11, 2009 0 comments  



Quantum Ikhlas untuk Menemui Kebahagiaan dalam Diri




Mama baru sahaja ber'perang' dengan kekangan masa dan kerja untuk menghabiskan buku yang sangat 'sensational' bertajuk 'Quantum Ikhlas' yang ditulis oleh seorang motivator Indonesia...kalau kita nak cari info mengenainya kita just 'google' "quantum ikhlas" maka kita akan dapat more info....Mama masih belum habis baca buku itu lagi...

Namun disini mama ingin kongsikan penulisan mama yang mama tulis sebagai prakata kepada sebuah buku bertajuk : ALIF BA TA KEBAHAGIAAN yang ditulis oleh Ustazah Maznah, Rosmihayati dan Datin Noraini Md Top.

Jadinya mama menyimpulkan kefahaman mama bahwa Quantum ikhlas akan dapat dirasai dan dicapai apabila kita melalui fasa fasa 'tazkiyyatunnafsi' yang sempurna.

Ini yang mama tuliskan dalam buku ini.....semoga kita boleh berkongsi rasa dan perasaan seronok dalam mencari kebahagiaan yang hakiki.....the joy of sharing and caring...
-----------------------

Apabila saya dijemput untuk memberikan kata aluan untuk buku ini Alif ba ta kebahagiaan, saya terima terus tanpa berfikir dua kali. Ada dua sebab mengapa saya tidak menolaknya. Pertama kerana kedua penulis ini adalah 2 orang wanita yang saya kagumi. Seorang dari nya, Puan Rosmihayati merupakan mentor saya semasa zaman remaja di menara gading tahun 70’an dan seorang lagi, Ustazah Maznah Daud pula merupakan mentor saya semasa mula mengaktifkan diri dalam gerak kerja Wanita JIM diperingkat pusat beberapa tahun dahulu.Datin Noraini Md Top pula saya kira seorang wanita yang hebat melihat kepada pengalaman beliau dalam perkhidmatan awam dan NGO.

Sebab kedua kerana saya merasakan satu kebahagiaan yang tidak tertuliskan apabila menatap hasil penulisan mereka yang seakan akan hidup dalam fikiran saya dan besar kemungkinan akan terus hidup dan bersemarak dijiwa pembaca. Saya merasa satu kebahagiaan kerana menumpang barakah dalam penghasilan karya yang amat menyentuh hati. Mereka menulis resepi kebahagaain dalam kehidupan mereka yang sebenarnya. Resepi kebahagiaan mereka harus dikongsi oleh semua. Resepi yang berasaskan wahu ilahi dan bersendikan sunnah dan syarak dibumbui dengan pengalaman seorang ’mukhlisah’ yang berjalan di jalan dakwah.

Apabila saya membaca buku ini, Alif bata Kebahagiaan rumahtangga, tiba- tiba saya teringat beberapa ungkapan dari penulisan Dr Aidh Al Qarni dalam bukunya ’La tahzan’ – Jangan bersedih” . Dr Aidh merupakan penulis buku yang paling produktif di dunia Arab dan antara penulis buku buku motivasi Islami yang popular di dunia Islam abad millenium ini. Ungkapan itu ialah: ”Carilah kebahagian dalam diri sendiri, bukan di sekitar dan diluar diri anda”.

Sepanjang hidup kita di dunia ini, kita menemui ramai orang- orang yang merasa tidak bahagia. Mereka memiliki alasan yang berbeza-beza dalam menanggapi ketidak bahagiaan mereka. Ada yang mengatakan, mereka tidak bahagia kerana mereka selalu hidup dalam serba kekurangan, ada pula yang merasa tidak bahagia kerana mereka belum menemui pasangan hidup yang tepat, ada pula yang tidak mengecap kebahagiaan dalam keluarganya kerana tidak adanya keharmonian dalam hubungan rumahtangga. Pendeknya dengan kata lain mereka tidak berjaya mendapatkan apa yang mereka idamkan atau impikan.

Kita juga menemui orang yang tidak pernah puas dengan apa yang diperoleh atau dimilikinya. Setiap kali,ia berjaya meraih sesuatu, ia tidak pernah mensyukuri nya apalagi untuk menikmati kebahagiaan dengan apa yang telah diperolehinya itu. Kemudian ia membuat ’target’ baru untuk dicapainya, dan begitulah seterusnya. Orang ini akan sentiasa merasa cemas apabila target berikutnya tidak tercapai.

Ada juga manusia tidak dapat merasakan kebahagiaan kerana mereka cenderung sangat merenungi nasib malang yang telah menimpanya dan tidak mahu berbuat sesuatu untuk memperbaikinya. Mereka terlalu terpaku pada peristiwa lampau yang telah berlalu dan tidak dapat melupakan masa lalunya yang pahit. Padahal jika ia cuba untuk keluar dari masa lalunya yang kelam, berkemungkinan besar ia dapat menemukan kebahagiaan.

Ada juga dari kalangan manusia yang terlalu mengikuti kata hati dan hawa nafsunya yang acapkali menjerumuskan manusia ke dalam dosa ’hati’ dan menyebabkan manusia itu terjerumus dalam lembah kesedihan dan tidak bahagia. Dosa dalam hati kita merupakan dosa bawaan yang ada dalam diri setiap kita. Dosa-dosa tersebut ialah hawa nafsu, serakah, ego, iri hati,mudah tergoda, suka menyimpan dendam, dan emosional. Semua perbuatan dosa tersebut seringkali membuat manusia tidak dapat merasakan kebahagiaan dalam dirinya.

Namun ungkapan Dr Aidh di atas tadi menguatkan kefahaman saya bahwa memang benar selalunya kebahagiaan itu tidak perlu dicari kerana ia akan datang sendiri. Malah kadangkala ia memangnya sentiasa ada dalam diri kita. Ramai insan merasakan bahawa kebahagiaan berada di luar diri, padahal kebahagiaan itu berada di dalam diri kita. Apabila kita memandang bahawa kebahagiaan itu berada di luar diri kita, kita akan sibuk mencari dan mengejar kebahagiaan. Tetapi sayang, kita tidak akan pernah menemui apa yang kita cari itu. Bak kata seorang penulis buku, ”West Wisdom to Healing World”, ”Kebahagiaan umpama sesekor kupu-kupu, apabila kita kejar, selalu terbang dan berada di luar jangkauan. Tetapi apabila kita tetap tenang ia akan hinggap pada kita.

Bagaimana kah kita menemui kebahagian dalam diri? Kita akan menemui kebahagiaan dalam diri apabila kita melalui fasa fasa ’Tazkiyyah’ yang membawa maksud : membersihkan hati dan memperbaiki tingkah-laku.

Kerana tazkiyyah merupakan aktiviti orang beriman. Allah SWT berfirman:“… di dalamnya ada orang-orang yang cinta untuk senantiasa membersihkan dirinya …” (Surah At-Taubah : 108). Di ayat lain Allah SWT juga berfirman: “… dan sungguh akan kami selamatkan orang yang paling bertaqwa dari api neraka, yaitu orang yang memberikan hartanya kerana ingin mensucikan dirinya.” (Surah Al-Lail : 17-18).


Kerana tazkiyyah merupakan parameter kebahagiaan atau kebinasaan.
Allah SWT berfirman: “…sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.” (Surah. Asy-Syam : 9-10).

Kerana tazkiyyah boleh mengenali penyakit manusia zaman berzaman dan tahu cara mengobatinya. Salah satu penyakit zaman berzaman adalah sama, ia itu hilangnya khusyu’, cinta dunia dan takut mati (wahn). Penyelesaiannya ialah melalui tarbiyah (pendidikan dan latihan) berasaskan Islam. Di dalam tarbiyah Islam tersebut diberikan penekanan betapa pentingnya tazkir, ta’liim dan tazkiyyah.

Secara keselutruhan isi buku ini memberikan tips dari alif sampai ke ya untuk menemui kebahagiaan dalam rumahtangga, disamping suami isteri tercinta di kelilingi oleh anak anak yang saleh penyejuk mata. Tips ini semua adalah pedoman melakukan tazkiyah dalam diri, mensucikan ’hati’ norani dan memperbaiki diri dan tingkah laku untuk meneguk kebahagiaan.

Kebahagiaan sebenarnya bukan terletak pada mata, tangan, kaki atau anggota-anggota lahir. Rasa bahagia itu tempatnya di hati. Kalau hati senang, dalam kemiskinan pun kita boleh merasai kebahagiaan. Sebaliknya kalau hati rosak binasa maka ilmu setinggi langit pun akan membebankan , kekayaan yang melimpah pun akan membawa penderitaan, pangkat yang panjang berjela pun merantai jiwa merana. Oleh itu, untuk menemui kebahagiaan hidup untuk individu mahupun untuk masyarakat, apa yang mesti diutamakan ialah mendidik hati individu-individu insan dengan iman dan taqwa. Bukan dengan duit, pangkat, ilmu tinggi, kemewahan, pembangunan, kemajuan dan kemodenan.

Iman dan taqwa dipupuk melalui fasa fasa ’tazkiyah’ boleh membuatkan orang miskin terhibur dengan kemiskinannya. Iman dan taqwa boleh membuatkan orang kaya pemurah dengan hartanya dan rasa terhibur kalau dapat menyumbang kepada masyarakat dan menderma kepada fakir miskin. Iman dan taqwa boleh membuatkan orang-orang yang berkuasa rendah hati dengan rakyatnya serta terhibur kalau dapat berkhidmat pada rakyat.

Iman dan taqwa membuatkan anak-anak terhibur untuk taat kepada ibu bapa, isteri suka dan terhibur untuk taat kepada suami, pengikut terhibur mentaati para pemimpin, anak murid terhibur untuk hormat dan kasih kepada guru, si gadis jadi malu serta terhibur tinggal di rumah dan pemuda terhibur untuk memikul tanggungjawab dan menyumbangkan tenaga.

“Kebahagiaan itu adalah keriangan hati kerana kebenaran yang dihayati, adalah kelapangan dada kerana prinsip yang menjadi pedoman hidup dan ketenangan hati kerana kebaikan semata disekekeliling kita- Dr Aidh Al Qarni dalam bukunya “ La Tahzan”


”Wahai jiwa jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)! Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! - Surah Al Fajr ayat 27-30

Oleh Ir Endok Sempo binti M Tahir
AJK Wanita JIM Pusat/JK JIMedia (2007-2009)

Posted by Mama Friday, May 22, 2009 0 comments  



7 Kalimat keajaiban

Sabda Rasulullah S.A.W : "Barang siapa menghafal (dan mengamalkan) tujuh kalimat, ia
dipandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya
walau sebanyak buih dilaut"

7 Kalimah ALLAH:

1. Mengucap "Bismillah" pada setiapkali akan melakukan sesuatu.

2. Mengucap " Alhamdulillah" setiapkali selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap "Astaghfirullah" apabila lidah terlanjur mengeluarkan perkataan yang tidak patut.

4. Mengucap " Insya-Allah" apabila merancang melakukan sesuatu di hari esok.

5. Mengucap "La haula wala kuwwata illa billah" apabila menghadapi sesuatu yang tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap "inna lillahi wa inna ilaihi rajiun" apabila menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap "La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah " sepanjang siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.

Posted by Mama Sunday, May 17, 2009 0 comments  



Nenek dan mama ke udara IKIM pagi tadi

(Mama Bersama nenek dan adik2 mama - Mak Cik Wahibah dan Makcik Nafisah serta anaknya)


Pada jam 10.30 pagi tadi nenek (emak mama) dan mama serta beberapa orang penulis buku "Ibu Madrasah Pertama Ku" ke udara Udara Di Radio IKIM. Slot dokumentari jam 10.30 pg sempena sambutan hari ibu merupakan satu perkongsian oleh para penyumbang penulisan untuk berkongsi tips, pengalaman suka duka perjuangan ibu ibu masing2 dalam memberikan pendidikan Islam dan menghasilkan anak anak yang berjaya dalam pelajarannya dan kehidupannya. Antara penulis yang berkongsi tentang ibu masing-masing dalam slot ini ialah Mama dan emak mama Hajah Sakinah, Puan Anfaal Saari dan ibu, Puan Aliza Jaafar, Dr Harlina Halizah Siraj dan Roha Hassan. Rakaman Slot Oleh Team Radio IKIM Yang Diketuai Oleh Puan Fairus telah datang ke Kompleks JIM pada 14/5/09.

Apa tunggu lagi! Dapatkan Buku, "Ibu Madrasah Pertama Ku" untuk mengetahui kisah-kisah 23 orang ibu yang ditulis oleh 25 orang anak. Maklumat lanjut tentang buku "Ibu Madrasah Pertama Ku" ini boleh diperolehi daripada Roha Hassan(012-4317948) atau Nazirah/Murni (03-41073379)

******
Ini adalah penulisan sahabatku bernama Roha mengenai nenek (emak mama)......

AlhamdulilLah. Itulah ucapan pertama ku apabila mendapat berita ini dari sahabat ku ini. Sahabat ku ini telah berkongsi berita gembira bahawa, penulisan beliau berkaitan ibunya di dalam buku, "Ibu Madrasah Pertama Ku", dengan izin Allah telah menyebabkan emak yang sangat disayanginya ini mendapat anugerah "Ibu Mithali" peringkat negeri Johor dari Muslimat PAS Johor.

Tahniah untuk sahabatku Ir Endok dan ibunya Puan Hajah Sakinah Abdul Hamid yang merupakan salah seorang penulis dalam buku, "Ibu Madrasah Pertama Ku". Keistimewaan lain ibu ini ialah kecintaan terhadap ilmu, dimana beliau sudah tamat mengikuti Latihan ESQ dan dapat pulak memujuk 13 orang anak-anaknya mengikuti Latihan ESQ ini. Lagi sekali tahniah! kerana ia merupakan satu rekod!

Tentu kalian ingin tahu, kenapakah ibu yang mulia ini terpilih sebagai ibu Mithali? Ikutilah kisah beliau yang dinukilkan oleh anaknda beliau, Ir Endok Sempo Mohd Tahir
*****
petikan tulisan mama


Emak Aku Adalah ‘Woman Of Substances’
Ir Endok Sempo binti M Tahir-
M & E Consulting Engineer

”Tiada rehat selagi hidup, tiada pencen sebelum mati. Kerana hidup kita sentiasa berjuang dan kita mesti kaya untuk menolong orang lain.”

Sudah terlalu lama aku pendamkan niat ini. Niat untuk menulis tentang emak. Namun kini adalah masa terbaik untuk merakamkannya. Semasa artikel ini ditulis, aku sedang terlantar sakit kerana menjalani rawatan dan proses pemulihan dari serangan asthma yang terjadi seminggu yang lepas. Sambil berbaring di katil teruja fikiran untuk mula menulis. Masa inilah aku terasa benar-benar memerlukan kehadiran emak di sisi.

Teringat zaman kanak-kanak dan remaja, masa sakitlah emak terlalu dekat dengan kita. Rasa sakit, terpinggir, keseorangan, kesepian dan kesedihan ini membolehkan aku menulis sesuatu. Ilham dan bayangan masa lalu datang bertindih-tindih. Jelas wajah kasih dan simpati emak. Terasa kelembutan sentuhan emak dan motivasi emak mengalir dalam diri.

Perjuangan masa lalu emak menanamkan iman dan semangat dan menggilap potensi aku sejak dari kecil hingga dewasa malah semakin terkesan dalam rumahtangga apabila usia semakin senja. Emak adalah idola dan mentor dalam membentuk jati diri, membina kerjaya, melayari bahtera rumahtangga, menyusur alunan ombak kehidupan yang silih berganti antara susah dan senang.

Emak bersuamikan seorang pejuang revolusi

Kedatangan seorang ‘Guru’ dan Pejuang Revolusi dari Makassar Indonesia ke Tanah Melayu tahun 1948 menjadi buah mulut suku kaum Bugis yang telah bermastautin sejak abad ke 19 di Benut, Johor. Perawakan ‘kiyai’ dan keilmuan Islam nya yang terserlah memancing minat sepasang keluarga ‘berada’ kacukan Bugis-Banjar di Sungai Pulai Muar. Pasangan itu ialah datuk dan nenek aku. Mereka amat berkenan dengan semangat keislaman yang berkobar-kobar, kelakuan bersopan santun serta gaya pertuturan ‘guru’ itu yang kemudiannya menjadikan ayah aku menantu mereka.

Pada tahun 1949, ayah aku menjadi menantu idaman datuk aku. Emak aku, Sakinah Binti Abdul Hamid menjadi isteri seorang pejuang revolusi semasa dia masih bersekolah dalam darjah 4 di sekolah rendah. Umur emak di kala itu ialah 10 tahun. Menjadi isteri seorang pejuang revolusi bermakna menempah ranjau perjuangan yang penuh kesusahan. Gadis kecil se muda itu (anak orang berada yang serba cukup) tidak pernah terfikir risiko bersuamikan seorang yang berjiwa revolusioner. Emak seperti gadis-gadis di zamannya bukan tidak punya pilihan, tetapi mereka terlalu muda untuk memilih. Kedua ibu bapa merekalah yang memilih dan menentukan calon pasangan hidup mereka.

Sepatah kata emak, takdir telah menemukan emak dengan ayah kerana ada satu ’tujuan’ khusus. Emak telah dipilih Allah menjadi isteri ayah kerana ada maksud yang tersembunyi dan tersirat, yang hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Tujuan itu pada mulanya tidak emak fahami. Namun kehidupan bersama ayah selama hampir 45 tahun membuktikan semuanya. Kesusahan, penderitaan, kelaparan dan kesempitan dalam perjuangan, menghidupkan dan mendidik anak-anak semuanya tidak sia-sia.

Gelombang kehidupan bersama ayah menjadikan emak juga seorang ‘pejuang kehidupan’ yang cekal dan tabah serta tidak pernah mengaku kalah dan pantang berundur. Emak melihat perkahwinan bersama ayah bertujuan untuk melakar satu sejarah perjuangan yang menyambung sejarah perjuangan yang tidak ada penghujungnya sehinggalah dijemput malaikat maut. Perjuangan kemerdekaan jiwa dan bekerja untuk Islam sehingga mati tanpa rehat. Tidak ada istilah pencen dalam diari kehidupan pasangan berjiwa merdeka ini.

Emak umpama ’Aisyah’ tapi ’ibu beranak ramai’

Perjuangan emak sepanjang masa mudanya ialah perjuangan melahirkan anak sebanyak 17 kali, membesarkan dan mendidik anak seramai 13 orang sehingga dewasa. Dalam usia yang teramat muda, emak telah merasa erti pahitnya ’kehilangan’ apabila 3 orang puteranya meninggal dunia semasa kecil. Putera pertama, kedua dan ketiga dilahirkan sempurna dan hidup untuk beberapa bulan namun kemudian meninggal dunia satu persatu di kala emak berumur bawah 14 tahun. Bayangkan kepiluan dan kekosongan hati seorang ibu muda.

Ibu muda ini sebenarnya telah bertekad untuk memikul tugas besar seorang ’ibu’ muslimah. Suaminya pernah berkata, bahawa ’wanita terbaik ialah wanita yang paling ramai anaknya. Anak perlu ramai untuk menggandakan tentera Allah memperjuangkan agama Nya. Islam perlu umat yang ramai. Kekuatan politik sesuatu bangsa terletak pada bilangan ramai umatnya.

Dalam kekecewaan emak, ayah membawa emak menunaikan fardu Haji ke Mekah semasa emak berumur 14 tahun. Doa emak hanya satu. Emak berdoa agar dia dikurniakan anak yang ramai dan mohon Allah gantikan anak-anaknya yang telah diambil pergi. Emak genggam kemas cita-citanya yang satu itu, demi memegang amanat seorang ’guru’. Ayah terus memberikan kata semangat dan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada isterinya yang teramat muda itu. ...

Untuk mengetahui lebih lanjut kisah Ibu mithali ini, dapatkanlah buku, "Ibu Madrasah Pertama Ku" . Maklumat lanjut tentang buku Ibu Madrasah Pertama Ku ini boleh didapati dengan menghubungi, Roha Hassan (012-4317948) atau Nazirah/Murni (03-41073379)

Posted by Mama Friday, May 15, 2009 0 comments  



Berkongsi kisah Wanita Hamas di Gaza bersama Rasya Rantisi

Alhamdulillah pada hari Isnin malam Selasa, 23 Mac 2009 mama berpeluang mendengar kisah satu perjuangan dan kegigihan wanita dalam satu sesi perkongsian Jihad Wanita Palestin di Gaza. Dua orang Mujahidah Gaza itu ialah Puan Rasya Al Adlouni (Ummu Muhammad) yang merupakan isteri kepada As Syahid Dr Abdul Aziz Ar Rantisi – pengganti Sheikh Ahmad Yassin Pengasa Hamas) dan seorang lagi Puan Nadia (Ummu Umar yang merupakan isteri kepada Abu Musa Al Marzuq- salah seorang Pemimpin Hamas).

Puan Rasya berucap dalam Bahasa Arab fus-hah, ucapannya diterjemahkan dalam bahasa melayu oleh seorang pensyarah (professor) UIA, dengan amat berkesan sekali. Walaupun mama boleh memahami serba sedikit penyampaian bahasa arab Puan Rasya, apabila Professor menterjemahnya mama bertambah jelas dan faham, namun semangatnya, aura daya juangnya meresap dan menjalar dalam jiwa mama. Sungguh teruja. Ketenangan, kepasrahan, keceriaan tergambar dalam wajah nya. Tiada nada kesal dan keciwa dalam suaranya. Tiada kegusaran tiada kedukaan, tiada kegundahan. Mukanya yang sentiasa tersenyum, mimik mukanya yang ‘pleasant’ dan ‘welcoming’ menggamit kasih sayang kita. Wah beginilah wajah wajah yang telah merasa nikmat perjuangan dan jihad dijalan Allah. Seolah ia melihat syurga. Maka dunia tidak ada apa-apa.

Melihat kepada kekuatan ucapannya dengan suaranya yang begitu bersemangat sambil berdiri terasa seolah-olah yang berucap itu adalah As Syahid Dr Abdul Aziz Ar Rantisi sendiri. Itulah tarbiyah yang telah dilaksanakan oleh Dr Abdul Aziz kepada isterinya yang akan meneruskan usaha-usaha dakwah dan jihad di Palestin walaupun beliau telah pergi menemui Allah swt dalam keadaan "Hidup Dan Mendapat Rezeki DariNYA".

Puan Rasya Al Adlouni adalah simbol kegigihan wanita Gaza yang telah membuktikan semangat dan kekuatan wanita yang beriman. Kita jadikan ia role model wanita sehebat khadijah zaman ini, contoh tauladan bagi kaum wanita di negara-negara umat Islam lain. Walaupun umurnya sudah 55 tahun, mempunyai 7 orang anak dan 20 orang cucu, beliau masih mampu berjaulah, berkongsi resipi perjuangan, menyalakan semangat jihad di pelusuk dunia utnuk wanita, demi menyampaikan kebenaran dan menegakkan keadilan dan mengembalikan kedaulatan negara Palestin. Tidak nampak lansung perasaan lemah dan gentar, sedih dan keciwa. Cita citanya hanyalah satu ia itu berjihad untuk membebaskan bumi Palestin dari penjajahan Israel.

Di akhir penyampaiannya, mama berpeluang memeluk dan mencium Rasya Rantisi itu dengan pebuh sambutan kasih sayang dan kemesraan hub fillah, semoga mendapat inspirasi dan tularan daya juang dan imbauan syahid. Mama merasa seronok, bangga dan terharu sebab dapat bertemu muka dan memeluk seoran isteri syuhadak di alam nyata dan di zaman ini.

Tahun baru 2009 dimulai dengan kisah duka bagi umat Islam iaitu peperangan 23 hari bermula pada 27 Disember hingga 18 Jan 2009. di Gaza. Israel merancang serangan awal yang memulakan peperangan ini ahanya akan berlnsung selama 3 hari, apabila Hamas ranap di Gaza maka dan Israel berjanji akan melantik Mahmud Abbas menjadi penguasa Gaza. Takdir Allah menentukan selepas 23 berperang habis habisan, Hamas menang peperangan itu. Mahmud Abas malu mengggit jari. Israel tersempar dituding jari oleh Turki dan kini Mahkamah antarabangsa sedang mendakwa askar Israel sebagai penjenayah perang. Allah akbar!

Allah swt menjadikan peristiwa Gaza bukan sekadar untuk menjadi tontonan television dan bualan para wartawan tetapi ia satu tajribah yang kita boleh ambil pengajaran dan bekalan dalam perjuangan kita menegakkan Islam di bumi yang kita pihak.

1. Menurut Nadia (Ummu Umar) matlamat Israel ada 5 dalam peperangan ini:

a. Menghancurkan terus infra stuktur Hamas
b. Menghentikan roket Hamas
c. Menghancurkan tunnel (terowong) Hamas
d. Melantik PLO aka Mahmud Abas sebagai penguasa Gaza
e. Menguji ’chemical weapon’ (arahan Bush) yang baru

2. Israel gagal mencapai matlamatnya kecuali hanya satu, ia itu agenda yang no. e(5) sahaja. Mereka berjaya menguji dan menggunakan senjata kimia (white phosporous yang very damaging) keatas rakyat Gaza. Akibatnya sangat dahsyat. Seorang doktor bercerita senjata kimia itu menyebabkan rakyat gaza yang terkena mengalamai pendarahan yang tidak boleh dihentikan. Ada rakyat Gaza yang matanya terjojol keluar dan sejenis air terus mengalir dari seluruh wajahnya tanpa hentinya. Bisanya tidak terperi.

3. Roket roket yang dilancarkan oleh Hamas adalah hasil buatan tangan tangan wanita Hamas. Tangan mereka menggelupas dan terkopek kerana membuat roket roket tersebut. Itu adalah aktiviti’Cottage industi’ wanita Hamas dan Palestin. Mereka terus terus an mengeluarkan roket itu.

4. Dalam suasana peperangan kelahiran tetap berlaku. Seorang ibu dari keluarga Samouni di Gaza melahirkan anaknya di tengah-tengah suasana pengeboman. Bahkan ada seorang ibu yang melahirkan anak di tengah-tengah pengeboman dengan hanya dibantu oleh ibunya dengan menggunakan lilin di malam hari.

5. Seorang kanak kanak lelaki berumur 7 tahun kehilangan kedua kakinya memohon agar diberikan kaki palsu, ”aku mahukan kaki kayu. kaki itu bukan untukku bermain tetapi untuk ku berperang berjihad membebaskan Palestin. Beirkan kaki baru ku!

6. Seorang wanita mengatakan: "Tidak, tanah ini milik kami, apapun yang mereka lakukan tanah ini milik kami, kami akan tetap menentang mereka (Yahudi)."

7. Seorang wanita muda pergi ke kedai roti untuk membeli roti dan terpaksa beratur berjam-jam di tengah-tengah ledakan bom di Gaza. Ketika ditanya oleh wartawan mengapa ia tetap pergi ke kedai roti padahal ia dalam keadaan tidak selamat, ia menjawab: "Tinggal di rumahpun kami dibom sedangkan saya perlu membeli roti untuk keluarga di rumah, jadi saya perlu laluinya juga. kita hanya mati sekali."

8. Selama 23 hari perang, Israel berjaya membunuh 600 orang anak-anak Gaza dari lebih 1,450 mangsa yang meninggal, tapi selama masa itu pula lahirnya 3,500 bayi baru. Ramai wanita Gaza yang melahirkan kembar samada kembar dua atau kembar tiga.

9. Sungguh luar biasa, hanya sehari sesudah kedua pihak menyatakan gencatan senjatanya masing-masing, polis lalu lintas sudah bertugas di jalan-jalan di Gaza, bahkan sekolah dibuka kembali kurang dari seminggu sesudah itu. Para murid saling menyapa ketika pertama kali berjumpa: "Hai kamu masih hidup ya?"

10. Wilayah ini sudah tidak mempunyai bangunan parlimen, tidak mempunyai balai polis (walaupun anggota polisnya bertugas) dan seluruh bangunan pemerintah sudah hancur dibom bahkan masjid-masjid dan hospital serta banyak sekolah sekolah hancur luluh keana pengeboman Israel.
Infrastrukturnya boleh dikatakan sudah hancur tetapi ternyata struktur masyarakatnya tidak hancur, sistem sosialnya tidak terhapus bersama bangunan-bangunannya.

11. Solat berjamaah tetap dilaksanakan di tengah-tengah runtuhan akibat bom di antara runtuhan bangunan dan masjid. Bahkan masjid mengumpulkan dana dari sebahagian jama'ah yang masih mempunyai sesuatu untuk disumbangkan kepada jiran tetangganya yang lebih memerlukan.

12. Inilah kisah benar sebuah bangsa yang mempunyai daya tahan yang amat tinggi. Walhal sebelum peperangan, Israel sudah mencekik Gaza dengan sekatan selama hampir 2 tahun dan itu menyebabkan semua penduduk Gaza mengalami kekurangan makanan kerana sukarnya untuk mendapatkan bahan makanan di samping harganya yang melambung tinggi.

13. Dengan berita-berita seperti di atas kita telah mendapatkan gambaran betapa anak-anak Palestin dari generasi ke generasi telah ditempa oleh ujian berat dengan pelindung mereka yang tetap teguh yang terdiri dari para ibubapa terutama para ibu yang tetap menggenggam prinsip kesabaran di tengah-tengah ujian yang amat berat itu.

14. Wanita Gaza adalah wanita yang sabar, ujian apapun yang menimpa tidak membuatkan mereka gentar ketakutan berbeza dengan wanita Yahudi di Selatan Israel yang sehingga perlu dibawa ke hospital kerana "stress" atau tekanan mental menghadapi roket2 Hamas.

15. Ketabahan mereka ternyata didasari oleh iman dan ketaqwaan kepada Allah swt. Kita melihat mereka mengekang perasaan kesedihan mereka dengan berdoa mengangkat tangan kepada Allah swt mengutuk kekejaman Israel ketika menghadapi keadaan di mana rumah mereka hancur dan ahli keluarga yang terkorban.

16. Kuatnya keganasan dan permusuhan Yahudi justeru membuatkan mereka tetap tegak, teguh dan menentang. Penentangan wanita Gaza bukan dengan mengangkat senjata, tetapi dengan menunjukkan keteladanan dalam sikap berani menghadapi kenyataan peperangan yang keras dan kejam ini di hadapan anak-anak mereka dan pengorbann mereka berganding bahu dengan para mujahid mereka.

17. Nampak dari raut wajah mereka yang meskipun terurai dengan airmata tapi tetap berwajah tegar manakala anak-anak mereka menatap setiap bentuk bahasa badan ibu-ibu mereka.

18. Sempat juga dia berkongsi mengenai ceroita dari bibliografi Golda Meir (bekas perdana menteri israel semas aprang Israel 1967) . Golda Meir merancang waktunya dalam pengurusan masa, Memang Golda Meir jahat tetapi kerja kerasnya dan doanya untuk menjadikan 24 jam kepada 48 jam boleh kita ikuti.

19. Inilah kriteria yang menambah kesabaran mereka iaitu:

1. Tidak lemah mental mereka
2. Tidak lemah penampilan mereka
3. Tidak lemah aktiviti mereka

Dari berita-berita yang diterima, para wanita Gaza tidak lemah mental mereka dan tidak akan mengalah kepada penjajah Israel, di mana kebanyakan mereka berpandangan bahwa perjuangan menentang penjajahan tetap akan diteruskan. Tidak ada yang gementar ketakutan ketika mendengar deruan pesawat pengebom di atas kepala mereka. Jika ditanya, mereka berkata dengan nada tegas bahwa mereka tidak takut kepada tentera Israel dan akan melawan dengan senjata alat dapur, jika berhadapan secara terus. Inilah di antara tanda tidak wujudnya kelemahan mental di kalangan mereka.

Selain itu mereka tidak lemah penampilan di mana nampak jelas bahwa mereka tetap tegak ketika diwawancara oleh para wartawan, bahkan mereka masih boleh menyuarakan kekecewaan mereka kepada para pemimpin Arab yang tidak membantu mereka. Bahkan ada yang menunjukkan tangan ke arah kamera. Sikap tubuh mereka jelas menunjukkan bahwa mereka tidak lemah penampilan walaupun sesetengahnya dalam keadaan cedera dan menanggung kesakitan.

Mereka juga tidak lemah dalam aktiviti mereka di mana walaupun tersisa sedikit kesempatan, mereka terus menjalankan aktiviti mereka samada ke pasar berjual beli, memakamkan ahli keluarga dan kerabat sehingga sempat pula bersilaturahim sesama saudara mereka di pasar. Di tengah-tengah aksi pengeboman, mereka sanggup beratur untuk membeli roti dengan mempertaruhkan nyawa mereka.
Berikut adalah beberapa kesimpulan yang dapat dibuat:

Pendidikan apa lagi yang terbaik dan paling efektif selain dari pendidikan menzahirkan keteladanan dalam kesabaran?.

Cubalah kita amati bahasa tubuh mereka ketika diwawancara oleh para wartawan, baik semasa perang mahupun sesudahnya di mana keadaan mereka cukup tenang ketika menceritakan pengalaman mereka.

Kaum wanita di Gaza tidak sesekali menyukai peperangan, namun jika eperangan merupakan takdir bagi bangsanya, kaum wanitalah yang memikul beban berat sebagai mangsa korban. Merekalah yang pertama sekali merasakan sukarnya hidup seharian di tengah-tengah suasana perang bermula dari persoalan mencari keperluan sehari-hari hingga kepada usaha menenangkan anak-anak mereka yang ketakutan.

Ini kerana jika mereka (kaum wanita Gaza hari ini) lemah, maka anak-anak mereka akan tumbuh menjadi penakut dan mempunyai sikap mudah menyerah tetapi Alhamdulillah sekarang mereka tetap teguh dan InsyaAllah sampai hari Qiamatpun bangsa Yahudi tidak akan dapat merasa tenang dengan kezalimannya kerana akan sentiasa ada yang menentang mereka dari satu generasi ke generasi Palestin yang baru.

Posted by Mama Saturday, March 28, 2009 0 comments  



Laman web Baitulmuslim

Unit Baitul Muslim telah diperkasakan dan di aktifkan semula maka sesiapa yang kini sedang mencari cari pasangan sila layari web nya.

Posted by Mama Saturday, January 31, 2009 0 comments  



Email dari seorang penyokong pejuang Hamas

Pertama kali saya dengar lagu yang dinyanyikan penyanyi Amerika Syarikat dari Los Angeles bernama Michael Heart di Radio IKIM jam 10 malam tadi Khamis 22 Januari 2009 meremang bulu roma saya. Irama dan senikatanya begitu menusuk jiwa. Ianya menceritakan bagaimana rakyat Palestin tidak sekali-kali akan tunduk pada keganasan rejim zionis sekali pun pemimpin dunia tidak mempedulikan mereka. Bakarlah masjid, rumah dan sekolah, sekali-kali kami penduduk Gaza tidak akan patah semangat dan akan terus berjuang.

Pada mulanya nak "download" lagu ini dikenakan bayaran untuk tujuan kebajikan penduduk Palestin. Tapi sebab dah ramai sangat muat turun Michael beri percuma sahaja, dengan syarat lepas tu dermalah pada mana-mana pertubuhan yang bantu rakyat Palestin atau pada UNRWA.

Nak mahir Bahasa Inggeris tak perlu belajar Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris. Tapi tanamkan semangat dan minat pada anak-anak untuk belajar Bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa lain untuk menjadi bangsa maju. Bahasa Melayu dimartabatkan.

HIDUP BAHASA MELAYU ! HAPUSKAN PPSMI !

Posted by Mama Saturday, January 31, 2009 0 comments  



Ceramah Palestin di USIM



Malam khamis 22/1/09 papa menjadi penceramah jemputan Palestin di USIM -Universiti Sains Islam, Kampus Pandan, Fakulti Kedoktoran dan Pergigian sekaligus bertemu dengan kawan lama Assoc. Prof. Dr. Burhanudin Busu yang merupakan Clinical Phase Coordinator, FPSK, USIM, Pengetua Kolej Kediaman Pandan, USIM yang juga merupakan Orthopaedic Surgeon, Ampang Hospital.(Dr Burhanuddin & isteri adalah bekas pensyarah dan antara murabbi/murabbiyyah kak Yong aka Dr Nurul Yaqeen semasa belajar di UIA kampus Kuantan beberapa tahun lalu.)

Kehadiran Penasyid Celebrity Muaz Zulkifli menjadikan event ini sesuatu yang 'happenning' bagi lebih 200 orang mahasiswa yang hadir. Menurut Prof Dr Burhanuddin Jumlah mahasiswa di kampus pandan lebih kurang 230 orang, jadi kata prof kehadiran seramai 200 dari 230 adalah sesuatu yang membanggakan.

Alhamdulillah Tabung kilat Palestin berjaya dikutip berjumlah RM5,375 (satu jumlah yang agak baik untuk kehadiran ini).Tidak ketinggalan Penceramah pula mendapat hadiah sebakul buah-buahan yang pelbagai jenis, anggur, pear, limau, jambu merah madu, pisang kaki.

(Mama kali ini hanya menjadi tukang lapur, mama tak dapat hadir bersama kerana malam yang sama mama ada mesyuarat AJK Wanita JIM Pusat)

Posted by Mama Thursday, January 22, 2009 0 comments  



Ceramah 'Katakan Tidak kepada keganasan rumahtangga'




Pada pagi Ahad, 18 /1/09 mama di jemput untuk berceramah mengenai keganasan rumahtangga, ganggual seksual dan OSCC (One stop ciris Center) bertempat di Dewan Orang Ramai Selayang Baru. Ceramah mama bertajuk "Katakan Tidak kepada keganasan rumahtangga" sekaligus memberikan informasi ringkas mengenai Pusat krisis Sehenti yang telah sedia ada di OSCC yang disediakan di hospital hospital besar kerajaan.

Program setangah hari ini dinamakan program literasi undang undang yang dianjurkan oleh WIRDA dengan kerjasama JKK Kg Selayang baru Selangor.

Ini merupakan program khusus untuk memberi kesedaran undang undang yang berkaitan dengan keganasan terhadap wanita, hak hak wanita dan beberapa akta dan undang-undang khusus yang melindungi wanita wanita.

Mama berceramah atas kapasiti Pengarah WIRDA Selangor.

Program dirasmikn oleh Puan Hajah Norhayati Samad selaku Ahli Majlis Bandaran Ampang Jaya dan ditutup oleh Dato' Mazlan selaku Ahli Majlis Bandaran Selayang. Seramai lebih kurang 150 orang telah hadir dalam program tersebut.

Posted by Mama Sunday, January 18, 2009 0 comments  



Meeting Institution of Engineers Malaysia



Pada pagi 17/1/09 sehingga tenaghari mama menghadiri meeting Project Management Technical Division of IEM( Institution of Engineers Malaysia). Mama merupakan secretary cum treasurer bagi PMTD tersebut.

Antara yang dibincangkan ialah perancangan aktiviti yang akan dijalankan untuk sepanjang tahun ini .

Posted by Mama Saturday, January 17, 2009 0 comments  



Ceramah Palestine dan Jihad kita





Alhamdulillah, Pada 17/1/09 jam 8.00 malam, Ceramah Palestin dan Jihad kita disampaikan oleh Papa ( Hj Mohd Esa Ibrahim) di Surau Taman Perwira Banting, Selangor. Kami sekeluarga (Abang Uda, Aalaa' dan Naieemah) bertolak dari Taman Keramat sebelum maghrib. Cikgu Jamiran dan isterinya merupakan AJK Surau yang menjadi penggerak di kawasan taman tersebut. Menurut Cikgu Jamiran beliau mengenali Dr Ahmad Zainuddin (kawan papa) semasa yang sama sama menuntut di Canada. Seramai lebih kurang kurang 150 (termasuk kanak-kanak) orang ahli karyah surau hadir dan sebanyak RM2391.40 kutipan kilat untuk umat Gaza telah diserahkan.Petang Isnin wang tersebut telah diserahkan kpd akhi Nasir selaku koordinator PACE (Palestinian Center Of Excellence) .

Pamplet mengenai PACE dan senarai barangan Yahudi and pro-Yahudi yang wajib diboikot telah di edarkan. Nampaknya anak anak remaja dan kaum ibu sungguh sensitif dan mengambil berat dengan senarai itu...." laaaaa...tak tahu pun benda ni yahudi punya, lepas ni tak mahu beli lagilah produk2 ini....." mereka merasa terkesan dengan nya.....ada anak anak remaja sungguh bersemangat .." bestnya ada senarai nih....nak copy banyak banyak dan akan edarkan ke sekolah nanti......

Dimulakan dengan tayangan video clips Sejarah Nakbah Palestin dan Peranan Hamas dalam Jihad Di Gaza.

Ingin ana kongsi Caption di akhir ceramah yang memberikan kupasan mengenai Bagiamanakah aspek aspek jihad yang perlu dilaksanakan oleh umat Islam hari ini, menurut kemampuan masing masing dimana semua orang boleh berperanan. Beliau membaca petikan dari tulisan Hassan Al Banna (tajuk buku konsep pemikiran gerakan Ikhwan) mengenai aspek jihad ....................

1.Sebahagian dari aspek jihad ialah semangat yg kuat dan dinamnis, yg melahirkan rasa cinta kpd kemuliaan dan kejayan Islam, membisikkan kerinduan kepada kekuasaaan dan kekuatan Islam, yang menangis kerana sedih melihat kelemahan dan kehinaan yang dialami oleh kaum muslimin.

2. Sebahagian dari aspek jihad ialah menjadikan keperihatinan yang terus menerus dan kedukaan yang mendalam sebagai pencetus utk berfikir secara serious dalam mencari jalan keluar terhadap permasalahan 2 umah ini

3. Sebahagian dari aspek jihad itu adalah kita mempertuntukkan sebahagian dari waktu kita, sebahgian dari harta, kita sebahagian dari kepentingan diri kita utk kebaikan Islam dan umat Islam. Jika kita seorang pemimpin maka berinfaqlah untuk memenuhi tuntutan kepemimpinan sekiranya kita sebagai ahli biasa maka hendaklah berusaha utk membantu para aktivis dakwah.

4. Sebahagian dari aspek jihad itu adalah kita memerintahkan yang maaruf dan mencegah yang mungkar dan memberi nasihat dgn ikhlas utk mentaati ALlah dan Rasulnya, kitabnya para pemimpin umat Islam serta untuk kemasalahatan seluruh umat Islam kerana..." tidaklah sesuatu kaum itu meninggalkan amar maaruf nahi mungkar kecuali mereka akan terhina-............." AlMaidah surah 5 ayat 79

5.Sebahagian dari jihad dijalan Allah itu ialah kita mengingkari org2 yg mengingkari agama ALlah serta kita 'memBOIKOT' orang 2 yang memusuhi rasulnya dan umat Islam ,memutuskan hubungan dengan mereka dan memBOIKOT BARANGAN2 MEREKA.

6. Sebahagian dari jihad ialah kita menjadi para mujahidin (tentara ALlah) mewakafkan diri kita serta harta kita kepadaNYa. Apabila kemuliaan Islam terancam dan kehormatannya tercemar dan seruan utk jihad dikumandangkan maka kita adalah orang pertama utk menyambutnya dan menjadi orang yang paling awal maju ke medan jihad.Ini yang telah dicontohkan oleh para mujahidin Hamas di palestin.

7. Sebahagian aspek jihad dijalan ALlah itu ialah kita berusaha menegakkan keadilan (apabila kita memimpin atau memerintah) memperbaiki berbagai urusan ummah bersikap objkertif kepada orang yang dizalimi dan mencegah orang yg berbuat zalim,walau apa pun dan bagaimanapun kedudukan serta kekuasaannya-

8.Sebahagian dari jihad dijalan ALlah itu ialah apabila kita tidak mendapatkan taufiq dan tidak kemampuan utk melakukannya semua yang diatas itu hendaklah kita mencintai para mujahidin dengn sepenuh hati membrikan nasihat yang ikhlas kpd.mereka dan sentiasa mendoakan mereka.Dengan itu ALlah akan menetapkan pahala untuk kita dan membebaskan kita dari tangungjawab jihad ini. Janganlah sekali kali kita menjadi orang yang lain dari perkara diats, sehingga ALlah akan mengunci mati hati kita dan menyiksa kita dengan siksaan yang amat pedih.Surah At Taubah 91-93

Majlis diakhiri dengan makan bersama para jamaah hidangan bubur labuk, kueh pulut panggang dan agar agar. Alhamdulillah.

Semoga ALlah merahmati kita dan mengampuni kita semua.

Posted by Mama Saturday, January 17, 2009 0 comments  



Halaqah, Kasih Gaza dan Jihad Palestine



Jumaat 16/1/09 @9.15 malam bertempat di Al Amin. Halaqah JIM Ampang Jaya.
Agenda nya hanya 2 iaitu tazkirah ruhiyah by an ustaz dan taklimat mengenai pembayaran zakat yang boleh dibuat melalui JIM.

Mungkin kerana promosi nya kurang hebat tidak ramai yang datang dan ada yang mengatakan masa yang tidak sesuai sebab dalam masa yang sama banyak program lain juga sedang berjalan.

Oleh kerana Ustaz yang dijemput tidak datang, papa (maka so called ustaz Mohd Esa, The engineer, teringat pula 'Iyasy' the engineer yang syahid di Palestine beberapa tahun lalu) dipanggil ke depan menjadi bidan terjun. Tajuk yang dipilih ialah isu-isu panas terkini di Gaza yang diserang & dicabuli serta jihad kita dalam memperjuangkan kemerdekaan Palestine dan pembebasan Baitul Muqaddis kiblat ke 3 umat Islam.

Roh jihad perlu diperbaharui, cintakan syahid perlu dibaja dan di semai dan saban waktu di siram dengan tarbiyah imaniyah, halaqah, ilmu dan usrah disamping aktivisme menyantuni masyarakat.

Akh Zaid Johan pengerusi PIBG Al Amin dan AJK JIM AJ memberikan taklimat bagaimana cara membayar zakat mellaui potongan gaji dan menunjukkan borang borang yang disediakan .

Akh Zun Arif dari AJK JIM International menyangkan video clip yang sungguh mengesankan. Video clip sangat informatik dan sekaligus menginsafkan.

Posted by Mama Friday, January 16, 2009 0 comments  



SAVE THE PALESTINIANS RALLY -18TH JAN 2009

Datang lah beramai ramai ke Rally "SAVE THE PALESTINIANS"

C.O.M.P.L.E. T.E. = "COALITION OF NGOs AGAINST PERSECUTION OF PALESTINIANS".

THEME: SAVE THE PALESTINIANS.
DATE: SUNDAY 18th JAN '09.
TIME: 10AM - 5PM.
BANGSAR SPORTS COMPLEX,
JLN TERASEK 3, BANGSAR, KUALA LUMPUR.



Posted by Mama Thursday, January 15, 2009 0 comments  



Womenly Compassion to the people of Gaza

10 January 2009, Saturday

TODAY'S ZAMAN İSTANBUL

Hot news from Turkey…

First lady hosts elite, A-list celebrities to help GazaEmine Erdoğan, the wife of Prime Minister Recep Tayyip Erdoğan, is hosting a group of first ladies from the Muslim world and A-list celebrities fromaround the globe to give a message of "womanly compassion" to the people of Gaza who have been subjected to Israeli atrocities for more than two weeks.Erdoğan will host a fundraiser to send humanitarian aid to war-torn Gaza.Among the confirmed participants are the Syrian first lady, Asma Assad;Queen Rania of Jordan; the Lebanese first lady, Wafaa Suleiman; the wife of the emir of Qatar, Sheikha Mozah Bint Nasser al Missned; the Azerbaijani first lady, Mihriban Aliyeva; and the daughter of Libyan leader Muammar al-Qaddafi, Aisha al-Qaddafi, will be among the political figuresparticipating in the fundraising event. The wife of former British PrimeMinister Tony Blair, Cherie Blair, will also be present at the meeting.Erdoğan also invited woman celebrities from all over the world. Lebanesesinger Julia Boutros, Tunisian singer Latifah and African-American top model Naomi Campbell are among the confirmed participants. The event will take place today at İstanbul's Four Seasons Hotel.
Semoga mereka ini dapat memainkan peranan untuk pengaruhi atau menasihati suami mereka semua, Hakikat sejarah wanita yang menghayun buaiyan boleh menggoncang duniaSesungguhnya Allah sahaja yang boleh mengubah hati mereka. Rabbul Jalilyang maha membolak balikkan hati manusia...Ya Allah!, kau bukakanhati-hati mereka untuk melihat kebenaran & bertindak diatas jalan yangbenar..dan hapuskanlah musuh-musuh mu, Yahudi & Nasrani yangdurjana!..amin.

Posted by Mama Thursday, January 15, 2009 0 comments  



Muktamar Majlis Amal Islami Malaysia



.

January 13, 2009 12:50 PM

Agong Rasmi Muktamar Majlis Amal Islami Malaysia

PUTRAJAYA, 13 Jan (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini berkenan merasmikan muktamar kebangsaan Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Muktamar sehari bertemakan "Bersatu Membela Islam" anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) itu antara lain bertujuan membincangkan mengenai isu semasa dan permasalahan sosial akibat perkembangan globalisasi.

Turut hadir pada majlis yang dihadiri kira-kira 3,000 peserta dari badan bukan kerajaan (NGO) Islam di seluruh negara itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Yang Dipertua Yadim Datuk Mohd Nakhaie Ahmad.

Antara kertas kerja yang dibentangkan bertajuk "Peranan Pertubuhan Islam Dalam Memartabatkan Islam di Malaysia" oleh Presiden Jemaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin.

Terdahulu pada ucapan pembukaan, Mohd Nakhaie yang juga pengerusi MAIM berkata NGO Islam perlu sentiasa bertindak adil dan matang bukan hanya untuk orang Islam tetapi juga untuk manusia keseluruhannya.

Masyarakat Islam tidak akan mampu bergantung harap sepenuhnya kepada parti-parti politik semata-mata tanpa kekuatan lain iaitu NGO Islam dalam menentukan masa depan rakyat seluruhnya, katanya.

-- BERNAMA
Mama hadir mewakili WANITA JIM yang merupakan salah satu anggota dalam MAIM. MAIM merupakan satu badan yang menggabungkan lebih 30 badan badan NGO Islam seluruh negara. Antara badan NGO yang berada dalam MAIM ialah JIM, ABIM, Hunafak, An Nida', IIS (Islamic Insoformation Services, PPIM, PERKIM dan banyak lagi.

Papa juga hadir bersama mama ke Majlis ini, malah papa sempat memberikan pendapatnya mengenai peranan yang harus MAIM mainkan. MAIM mestilah benar benar bersifat msyarakat madani (civil society) yang non-partisan dan tidak diperkuda oleh parti politik. Sesiapa yang hendak berpolitik, silalah gunakan platform parti politik, bukan MAIM tempatnya.

Posted by Mama Thursday, January 15, 2009 0 comments  



THE SONG FOR GAZA

we will not go down - the song for GAZA



WE WILL NOT GO DOWN (Song for Gaza)
(Composed by Michael Heart)
Copyright 2009


A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they’re dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who’s wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Posted by Mama Wednesday, January 14, 2009 0 comments  



Menyangkal 7 Dakwaan Karut Israel

Karut 1: Gaza tidak lagi diduduki Israel

Israel menyatakan bahawa dia telah memberi kuasa pentadbiran sepenuhnya kepada penduduk Palestin apabila dia mengeluarkan 8000 penempat Yahudi dari Gaza . Ini adalah bohongan sahaja. Sebenarnya Israel telah mengetatkan lagi genggamannya dan menguasai sepenuhnya ruang udara Gaza , kawasan laut, dan bumi gaza . Tambahan lagi, Israel telah mengenakan kepungan ketenteraan yang sangat dasyat yang menyebabkan krisis kemanusiaan sepenuhnya sebelum tindakan serangan ketenteraan dilancarkan.



Karut 2: Hamas telah melanggar perjanjian gencatan senjata

Ini tidak benar. Israel telah melanggari perjanjian ini apabila dia telah membunuh beberapa orang Palestin pada bulan November yang kemudiannya membawa kepada tindakbalas Hamas. Israel juga telah enggan menamatkan kepungan ketenteraannya seperti yang dipersetujui dalam perjanjian gencatan senjata itu. Walaupun ia membenarkan sedikit bantuan memasuki Gaza , Israel telah menutup sempadan Gaza 70% masa keseluruhannya. Walaupun tindakan ketenteraan Israel telah mengakibatkan kematian dan kemusnahan yang teruk, Israel masih berdegil untok meneruskan serangannya.



Karut3: Israel mahu keamanan

Dari permulaan Proses Kedamaian Annapolis pada Disember 2007, dan sebelum serangan mutakhir ini, Israel telah membunuh 546 orang Palestin (termasuk 76 kanak-kanak) , menangkap 5000 orang Palestin, dan menambah bilangan tempat kawalan dari 521 ke 699. Israel juga telah meneruskan projek membina penempatan haramnya sebanyak 38.



Karut 4: Israel bertindak mempertahan diri

Sebagai tentera berkuasa di Gaza yang mempunyai senjata ketenteraan yang terbesar di wilayah itu, Israel memiliki monopoli mutlak untok mengguna segala kuasanya. Dakwaan bahawa dia mempertahankan diri, apabila provokasinya mengundang tindakbalas, adalah dusta sahaja. Lagipun , Israel telah menyatakan sebelum ini bahawa dia akan menyerang Gaza . Ini jelas menunjokkan bahawa serangan ini telah dirancang terdahulu lagi.



Karut 5: Israel hanya menyerang sasaran ketenteraan

Ini adalah kenyataan lumrah yang diberi apabila orang awam terbunuh atau cedera, di mana Israel akan kata bahawa kematian dan kecederaan itu disebabkan oleh kesilapan yang malang , Kerosakan Tambahan (‘collateral’ damage), kesilapan teknikal, ataupun di sebababkan oleh bahan letupan yang digunakan oleh militan Palestin sendiri. Ini dinyatakan walaupun Israel telah mensasarkan sekolah, masjid-masjid, universiti, hospital, bangunan kerajaan, organisasi amal, dan organisasi yang dikendali oleh PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu).



Karut 6: Hamas yang disasarkan; bukan orang Palestin

Bom dan tembakan artileri tidak mengenali atau dapat membezakan penyokong Hamas dari orang yang mempunyai pegangan politik yang berlainan mahupun orang yang tiada kecenderungan politik langsung.



Karut 7: Bangsa Palestin adalah sumber segala keganasan

Sumber peperangan adalah perampasan bumi Palestine oleh Israel sejak Perang 1967 dan kezaliman kuasa ketenteraan Israel yang menafikan bangsa Palestin hak mereka terhadap kebebasan, hak asasi manusia, dan hak mereka untok menentu masa depan mereka di bumi mereka sendiri.



KebabBrain
- In Other Words -

Posted by Mama Wednesday, January 14, 2009 0 comments  



Mengapa Hamas menolak Gencatan senjata

PBB. Majlis keselamatan yang bersidang telah meluluskan resolusi 1860 dengan sokongan 14-0 (Amerika abstain - tidak mengundi) iaitu kedua-dua pihak Isreal dan Hamas menghentikan serangan.


Khaled Meshal dengan tegas menyatakan pendirian Hamas untuk menolak syarat-syarat gencatan senjata:

No 1. Kita kena bagitau Hamas tidak menolak gencatan senjata tetapi syarat-syarat gencatan senjata. Ini untuk menolak dakwaan Hamas tidak berminat untuk mengwujudkan keamanan dan menjamin keselamatan orang awam.

No 2. Hamas bersedia untuk menghentikan serangan roket seperti yang dikehendaki oleh resolusi 1860 apabila Israel mengundurkan tenteranya dari Gaza dan membuka semua sempadan dan pintu masuk ke Gaza (termasuk sempadan Rafah di Mesir). Inilah punca kepada penentangan Hamas dan rakyat Palestin. Jangan lupa Gaza terkepung sejak 18 bulan lalu sehingga mencetuskan tragedi kemanusiaan yang dahsyat.

No 3. Menerima syarat gencatan senjata yang diluluskan oleh PBB bererti balik kepada status qou iaitu kembali kepada kepungan. Gaza akan terus dicengkam oleh krisis kemanusiaan yang parah.. Ini yg disebut oleh Dr Yusuf Qardhawi rakyat Gaza ada 2 pilihan ; 'samada mati perlahan-lahan akibat kebuluran atau mati dengan segera akibat pengebuman'. Jangan kita biarkan saudara kita tersepit di antara dua pilihan tidak menasabah ini.

No. 4. Israel sendiri menolak gesaan gencatan senjata ini. Jadi jangan fokus kepada Hamas tetapi fokus kepada Israel yang merupakan pihak penyerang.

No. 5. Israel selamanya tidak akan tunduk kepada tekanan antarabangsa termasuk resolusi PBB. Setelah mereka tidak mengendahkan lebih dari 80 resolusi majlis keselamatan sejak 1948, apakah mereka akan menerima dan menghormati resolusi terbaru dari PBB?

No. 6. Syarat gencatan senjata juga yang menghendaki kehadiran tentera asing ditolak oleh HAMAS. Ingat jika OIC berjaya mendapat kelulusan untuk hantar tentera pengaman ianya akan ditolak oleh Israel. israel yang akan memutuskan tentera negara mana yang dibenarkan untuk menjadi pasukan pengaman di gaza. apa yang akan berlaku pasukan pengaman ini hanya akan memastikan keselamatan israel dan 'security' Israel untuk terus mengepung dan menduduki Gaza. Sedang pejuang Palestin akan dilumpuhkan, dilucutkan senjata, dihalang dari membentuk pertahanan. Akhirnya Isreal bebas untuk melakukan apa sahaja ke atas wilayah Gaza tanpa sebarang penentangan dari pejuang palestin.

Sekian. Bersedialah untuk menjadi jurucakap Hamas, Jangan biarkan media mempengaruhi pandangan umum masyarakat untuk terus menuduh Hamas sebagai punca kepada apa yang berlaku di Gaza. Hafidzi MN

Posted by Mama Monday, January 12, 2009 0 comments  



Did You Know..?/Tahukah Anda..?

Did you know..?

Facts about the Israeli aggression

PART 1 of 3



PART 2 of 3



PART 3 of 3





Did you know since the creation of the United Nations in 1945, no country has violated as many UN Security Council Resolutions as the state of Israel. In spite of this fact, Israel, a country slightly smaller than the state of New Jersey, receives nearly 1/3 of the entire annual US Foreign Aid budget?

Did you know Israel has a nuclear arsenal and is refuses to allow international inspection of their facility and has refused to sign the nuclear non-proliferation treaty?

Did you know Countless Israelis have been arrested for spying on the United States even though they claim to be an ally? Spies have been caught at the highest levels of the US government.

Did you know that anyone of Jewish faith can move to Israel, but Palestinians born there and with home and land there are not allowed to return?

Did you know Palestinians are not allowed to move from one city to another without first getting a 'visa' from Israel?

Did you know that Israel allots 85% of the water resources for Jews and the remaining 15% is divided among all Palestinians in the territories? For example in Hebron, 85% of the water is given to about 400 Jewish settlers, while 15% must be divided among Hebron's 120,000 Palestinians?

Did you know that Israel routinely confiscates Palestinian bank accounts, businesses and land and refuses to pay compensation to those who suffer confiscation?

Did you know that Israel stands in defiance of over 80 United Nations Security Council Resolutions?

Did you know that it was not until 1988 that Israelis were barred from running 'Jews Only' job ads?

Did you know that former Prime Minister Ariel Sharon was held responsible for the massacre of more than 2750 Palestinians in the refugee camps of Sabra and Chatila? The UN qualified the massacre by Sharon as GENOCIDE.

Did you know that Israel's settlement-building on Palestinian land increased considerably since the signing of the Oslo agreement?

Did you know that Palestinian refugees make up the largest portion of the refugee population in the world?

Did you know that between 1967 and early 2002 Israel expropriated some 79% of the West Bank and Gaza Strip? Estimated figures published by Amnesty International in 1999 show the following:

Year Land Confiscated in the West Bank
1984 1991 1998
42% 60% 74%

Did you know that the Ha'aertz Israeli paper estimated in 1998 (31 July) that a population of 5800 Jewish settlers in Hebron consumed 547 liters of water a day each? By contrast, a population of 119,230 Palestinians in the same area consumed or had access to no more than 58 litres per day each.

Did you know that Israel uses torture routinely in jails (only against non-Jews of course) despite the Israeli High Court outlawing it?

Did you Know Israel receives over $3 billion in grants from the US while our government has no money for the homeless, health care, education, etc.?

************************************
Tahukah Anda..?

Beberapa Fakta Mengenai Keganasan Israel

Tahukah and sejak penubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) pada tahun 1945, Israel ialah negara yang terbanyak melanggar Resolusi-Resolusi Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu? Walaupun begitu, Israel , sebuah negara yang kecil sedikit dari negeri New Jersey di Amerika Syarikat, telah menerima hampir 1/3 dari Bajet Tahunan Bantuan Luar Amerika Syarikat.

Tahukah anda bahawa Israel mempunyai simpanan senjata nuklear dan Israel tidak membenarkan sebarang pemeriksaan antarabangsa terhadap fasiliti nuklearnya? Israel juga tidak menandatangani Nuclear Non-Proliferation Treaty; satu perjanjian di mana sebuah negara itu tidak akan membina senjata nuklear.

Tahukah anda bahawa ramai rakyat Israel telah ditahan kerana mengintip Amerika Syarikat walaupun Israel mengaku sebagai sekutu Amerika? Pengintip Israel yang telah ditangkap berada di peringkat tertinggi kerajaan Amerika.

Tahukah anda bahawa sesiapa yang beragama Yahudi dibenarkan berpindah ke Israel , tetapi bangsa Palestin yang mempunyai rumah dan tanah di sana tidak dibenarkan pulang?
Tahukah anda bahawa bangsa Palestin tidak dibenarkan berpindah dari satu kota ke kota yang lain kecuali selepas mendapat ‘visa’ dari Israel ?

Tahukah anda bahawa Israel memperuntukkan 85% dari sumber airnya kepada Bangsa Yahudi dan baki 15% kepada semua Bangsa Palestin di merata daerah yang lain? Umpamanya di Hebron, 85% dari sejumlah air diberi kepada 400 penempat Yahudi, dan hanya 15% baki air diberi kepada 120,000 penduduk Palestin di Hebron?

Tahukah anda bahawa Israel secara rutin merampas akaun-akaun bank bangsa Palestin, juga perniagaan dan hartanah, tanpa memberi apa-apa gantirugi kepada mangsa perampasan itu?

Tahukah anda bahawa Israel telah mengingkari lebih dari 80 Resolusi Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu?


Tahukah anda bahawa segala pengiklanan pekerjaan ‘Untuk Yahudi Sahaja’ hanya dihapuskan pada tahun 1988 di Israel ?

Tahukah anda bahawa bekas Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon, telah didapati bersalah kerana pembunuhan beramai-ramai secara kejam keatas lebih dari 2750 bangsa Palestin di khemah-khemah pelarian Sabra dan Shatila. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah mengklasifikasikan pembunuhan secara kejam ini sebagai GENOCIDE; iaitu PEMBUNUHAN SELURUH KAUM ATAU BANGSA?

Tahukah anda bahawa pembinaan penempatan oleh Israel diatas tanah Palestin bertambah dengan banyaknya sejak Perjanjian Oslo ditandatangani?

Tahukah anda bahawa pelarian Palestin adalah bahagian terbesar dari jumlah keseluruhan pelarian dunia?

Tahukah anda bahawa di antara 1967 dan awal 2002, Israel telah merampas 79% tanah Tebing Barat dan Genting Gaza? Pada tahun 1999, Amnesty International telah menganggarkan perampasan tanah ini seperti berikut:
Tahun dan Tanah yang dirampas di Tebing Barat
1984 1991 1998
42% 60% 74%


Tahukah anda bahawa akhbar Israel, Ha’aretz telah menganggarkan pada tahun 1998, penduduk Yahudi sebanyak 5800 di Hebron telah menggunakan 547 liter air seorang sehari? Sebaliknya, penduduk Palestin yang berjumlah 119,230 di tempat yang sama hanya menggunakan 58 liter air seorang sehari.

Tahukah anda bahawa Israel secara rutin, menggunakan penyeksaan di pusat tahanannya (tentunya terhadap bangsa bukan Yahudi sahaja), walaupun Mahkamah Tinggi Israel telah menolak kaedah ini?

Tahukah anda bahawa Israel menerima wang sebanyak $3 Billion melalui geran atau anugerah dari Amerika Syarikat walhal kerajaan AS tiada peruntukan wang secukupnya untuk rakyatnya sendiri, rakyat tanpa rumah, khidmat kesihatan, pelajaran, dan sebagainya?

Posted by Mama Monday, January 12, 2009 0 comments  



Cara menderma kepada Gaza melalui saluran betul

Apabila kesedaran mengenai Palestin dan Gaza mula menjalar, ramailah orang orang Malaysia ingin berderma dan memberikan infaq.Namun sayang tidak ramai yang tahu hanya sumbangan yang melalui saluran yang tertentu sahaja yang sampai ke tangan penduduk Gazadan rakyat Palestine.

NASIHAT Ustaz Mazlee DALAM PALESTINKINI.INFO

OLEH ITU Kita perlu pertubuhan yang mempunyai fokus yang spesifik seperti Mercy,Bulan sabit merah,FIMA, PACE(Palestinian Centre Of Excellent-JIM dan Aman Palestin. Badan -badan ini yang mempunyai hubungan terus dengan pertubuhan bertaraf dunia di Mesir ataupun di dalam Palestin sendiri.

JANGAN! berikan duit bantuan kepada kedutaan Palestin di Malaysia mahupun negara-negara lain, mereka ini merupakan konco-konco Mahmoud Abbas yang mempunyai rekod korupsi yang amat dahsyat. Terus salurkan kepada mereka yang berada di dalam Palestin.

Mama cuba paparkan satu video temubual Ustaz Maszlee Malik dengan George Galloway, Ahli Parlimen British dari Respect Party. Walau bagaimanapun, oleh kerana terdapat sedikit masalah teknikal, suaranya tidak kedengaran. Hari ini mama forwradkan apa yang Encik Ainol Lutfi telah usahakan untuk tingkatkan kualitinya dan tuliskan transkrip temubual ringkas tersebut seperti di bawah. Semoga ada manfaatnya.

Maszlee: Are you still optimistic about the struggle of the Palestinian people?

Galloway: Aaa... I'm optimistic that the struggle will continue ... I'm not optimistic that the struggle will end at any time soon... because the balance of forces in the world is very much against the Palestinian people. The Arab League, instead of meeting to discuss the 60 years of disaster in Palestine, is about to meet to discuss a few hundred gunmen on the streets of West Beirut while there is a million gunmen occupying Palestine for 60 years.

The Western governments are completely behind the Israeli crime and this is gfreatest injustice, that the victims of terrorism are called terrorists, and the terrorists are called the victim of terrorism. And this rubs salt in the wound, it adds insults to injury, it is the unkindest cut of all...

Maszlee: Do you have anything to say to the Malaysians.. . what can we do?

Galloway: Well, all the Muslim people in the world have a special responsibility. .. al-Aqsa is in Jerusalem, in Occupied Palestine, occupied by foreigners.. . From the roof of al-Aqsa, the Prophet Muhammad peace be upon him ascended to Heaven, and it's in the hands of foreigners and Muslims cannot pray there except with the permission of the Israeli occupiers... What kind of Muslim can be content with this situation? And yet so many Muslim governments are doing either nothing to come to the rescue of the Palestinians or are actively collaborating with the criminals who are occupying Jerusalem.

So any Muslim watching this must know that they have a special ‘wajib’, a religious duty, to raise their hands... if not their hands, their lips... if not their lips at least their hearts and their chequebooks to come to the aid of the Palestinian people.

Maszlee: Thank you very much, George Galloway, Respect Party UK...

Saya asalnya tertarik dengan kenyataan Galloway kerana beliau bercakap menurut perspektif yang sepatutnya difahami oleh seorang Islam, iaitu menyebut tentang al-Aqsa yang berkait dengan Isra dan Mi’raj, suatu tanggapan aqidah, dan membetulkan sesuatu deangan tangan, lidah atau setidak-tidaknya dengan hati. Wahai, Mu’minin... apa lagi yang ditunggu!(Dari Ainullotfi)


Posted by Mama Sunday, January 11, 2009 1 comments  



Rapat umum Palestin Di Shah ALam












10 Januari 2009 , jam 10 pagi bertempat di Stadium Shah Alam, Program Perhimpunan Rapat Umum Palestin anjuran Aman Palestin berlansung dengan jayanya. Agenda dan penceramah berjaya menimbulkan kesedaran orang ramai mengenai isu Palestine. Rakyat harus /wajib menyokong perjuangan rakyat Palestine yang mengidamkan dan bercita cirata untuk merdeka dari cengkaman Yahudi yang zalim. Alhamdulilah ramai wanita JIM berserta keluarga dan anak anak hadir. Menurut pemerhatian saya ada Lebih kurang 10,000 orang memenuhi stadium yang datang ke rapat umum itu.
Nashid-nashid

dan persembahan nashid oleh MUADZ




Atau taip sahaja search dalam Youtube..” Rapat Umum Palestin”….

Dapat semua InsyaAllah. Sempat tengok Al-Jazeera PETANG SEMALAM buat coverage yg agak baik….

Semasa masuk dipintu masuk kami dihamparkan dengan kain putih berlambangkan bendera Israel bintang enam...

Penceramah-penceramah jemputan yang berucap berapi api nampaknya berjaya meniup semangat berkobar kobar kepada rakyat yang hadir. Pemuda pemudi merupakan majority yang hadir. Program bertema ‘Rise for Palestine” menyentuh ramai juga orang orang muda yang datang dari kalangan yang belum disentuh dengan ‘harakah islam’. (Mungkin promosi nya meluas appealing to masses and Advertising mengenai program ini menyeluruh dan dibuat perancangan dibuat dalam jangkawaktu yang agak lama jadi reaching out kepada lebih ramai orang ramai).

Sempat berbual dengan sekumpulan anak anak muda yang berambut panjang namun kepalanya diikat dengan muffler Palestine (corak kotak kotak hitam putih). Saya tertarik mendekati mereka bila mereka bukan main lagi, penuh ber semangat bersorak sorak sambil menjerit jerit ….“ KHAIBAR KHAIBAR YA YAHUDDD, JAISHU MUHAMMAD SAUFA YAAUUUD…” “ KHAIBAR KHAIBAR YA YAHUDDD, JAISHU MUHAMMAD SAUFA YAAUUUD…”

“Bagus tu kata kata yang awak seme laungkan tapi kalau tahu maknanya lagi baik??”

“Kami teruja, seronok dan naik semangat, kami mula sedar dan faham laa sikit sikit mengenai perang Palestine kami ikut sahaja tapi saya rasa maksudnya mesti nak kutuk yahudi” jawab anak muda itu bangga…

Saya cuba menerangkan serba sedikit kepad anak muda itu…

“Khaibar adalah salah satu prang sabilillah zaman rasulullah dimana orang yahudi kalah teruk, jadi seruan itu menempelak (doakan) agar yahudi sekarang akan kalah seteruk zaman perang khaibar itu dan perenggan kedua maknanya tentera Muhammad akan datang kembali .Tunggulah kemenanganyannya.”

“Ohhh ya ke …..saya tak pernah dengar apa khaibar tu?”

“Jadi kamu tahu mengenai program ini dari mana?”

“Dari ukhuwah.com”

“Ooo….saya rasa saya tahu ukhuwah .com tu!, kalau tak silap ownernya ialah Hannan Alam Faizli..

Ya betul sahut seorang pemudi yang bertudung mencelah! Saya kawan nya yang sama belajar di UM…

Penceramah jemputan rapat umum ini datang dari pelbagai pergerakan umat Islam seperti, Akhi Naji dari Gaza, Ustaz Mujahid dari PAS, Yusri dari ABIM, Ustaz Abdullah Zaik dari ISMA, Zambri Kadir dari UMNO, dengan Ustaz Shahruzaman sebagai penterjemah terhadap ucapan Akh Naji dari Gaza. Manakala yang hadir terdiri dari pertubuhan NGO Islam seperti ISMA, HALUAN, JIM, UMNO, internet NGO dan lainlain. Manakala dan IPTS, IPTA menghantar student dalam bas bas, tak silap lebih 10 bas

Ucapan yang paling menarik bagi saya ialah ucapan akhi Naji yang berbahasa arab, berapi-api dan penuh semangat. Kalau dalam temubual TV9 macam tak semangat sebab mungkin dia tidak fasih berbahasa Inggeris tetapi apabila dia bercakap dalam bahasa arab ceramah lancar dan berapi api, apabila diterjemahkan dapatlah di fahami dan dihayati oleh pendengar .

Akhi Naji bercakap dengan yakin;

" Kami akanMENANG! SEHINGGA KINI KAMI MASIH BERTAHAN DAN TIDAK AKAN UNDUR KERANA:

1. Kami yakin (thiqah) kepada Allah dan percaya bahwa JANJI ALLAH DAN RASULNYA adalah Benar!

2. Kami adalah golongan yang cintakan syahid, kami cintakan mati sebagaimana kami cintakan kehidupan

3. Kami thiqah kepada orang orang Islam. Kami yakin orang orang Islam akan bersama-sama kami akan menolong kami dan akan memberikan bantuan yang terbaik kepada kami, satu satu agama satu pegangan".

# Baru dapat berita dari sumber yang dipercayai, mujahid hamas yang syahid seramai 9 orang dan tentara Yahudi tewas (mati) seramai 45 orang….5 kali ganda!) Yang ramainya sehingga mencecah ke angka 800 adalah orang awam…..)

Presiden ABIM, akhi Yusri bercakap juga menarik:

“Kita disini berkumpul bukan untuk marah, bukan untuk melepas geram, tetapi kita berkumpul kerana kita mengharapkan rahmat dari Allah, kita memohon dan berdoa agar Allah memberikan kemenangan kepada HAMAS dan rakyat Palestine” …….

Wakil PAS, Akh Mujahid Yusof RAWA tak kurang juga hebatnya…

“Kita berkumpul untuk Palestine, lupakan perbezaaan ideology dan perbezaaan pendapat dan pemiliran, isu kita disini adalah isu Palestine, kita wajib menyokong setiap perjuanagan Palestine..”…..



Stadium bergegar dengan sahutan Allah Akbar, Hancur Yahudi! Hancur Israel!, seram gak bulu roma, Bila melihat ramainya orang yang datang bersemangat , lengkap dengan uniform, ada yang seragam, ada yang memakai vest dari oragnisasi masing masing, banner, posters dan lain. Bendera palestin berkibar kibar megah,terasa seolah olah berada dalam program di rapat umum PKS (Indonesia) pulak!

Berpuloh ribu dapat dikutip dari para hadirin yang hadir

Semasa melangkah keluar ada acara menarik, acara melontar kasut ke gambar bush dan acara memijak gambar bush....

Semoga Allah mengampuni kita dan rahmati kita semua.

HIDUP PALESTINE, HANCUR ZIONIST ISRAEL LAKNATULLAH



Acara baling kasut kepada Bush

Posted by Mama Saturday, January 10, 2009 0 comments  



Demo for Gaza@ US EMBASSY






Demo anjuran complete(COALITION OF MALAYSIAN NGOs AGAINST THE PERSECUTION OF PALESTINIANS (COMPLETE):http://completemalaysia.blogspot.com









Demo for Gaza
from 2.00pm-3.30pm

HIDUP PALESTIN, HANCUR ZIONIST!
UP UP GAZA, DOWN DOWN ISRAIL





Demonstration for Gaza In support for the women and innocent children in Gaza.















Say - ENOUGH IS ENOUGH!
Please go this link
http://www.flickr.com/photos/24649224@N04/

Posted by Mama Friday, January 09, 2009 0 comments  



Dari Sijangkang ke US Embassy-Untukmu Gaza






Alhamdulillah pada pagi 7.30am Jumaat menemani/bersama hubby (Akh Mohd Esa) memberikan ceramah Palestine sempena Sambutan Maal Hijrah di Sek Men Sijangkang Jaya.Telok Panglima Garang Kuala Langat. Selangor . Ini merupakan 'assignment' pertama kepada beliau sebagai penceramah sukarelawan PACE.

Kami bertolak dari rumah di Taman Keramat pada jam 5.35 pagi, singgah sekejap di R & R Awan besar untuk solat subuh dan sampai di pekarangan sekolah jam 7.15 pagi. Akhi Yusri (PPD Kuala Langat) dan ukhti Dina (cikgu SM Sijangkang Jaya) merupakan PIC yang menghubungi PACE untuk program ini.

Ceramah bermula 7.30pagi dan tamat pada 8.30pagi di hadapan lebih 1000 orang murid sekolah tingkatan 4-5. Di akhir ceramah, Puan Hajah Noor Hayati binti Hj Bakri , Pengetua Sek mewakili pihak sekolah (guru dan pelajar) telah menyerahkan hasil kutipan untuk Palestin sebanyak RM1,000.00.

Selepas penyampaian wang sumbangan , Puan pengetua telah menandatangani ‘petition’ dalam Banner yang disediakan oleh WANITA JIM, “Enough is enough”, support for women and children of Palestin. Petition itu ditandantangani di hadapan murid muridnya sebagai lambang solidarity sekolah (guru kakitangan dan murid2) terhadap perjuangan Palestin. Kini itu Banner itu telah penuh dan sarat dengan pelbagai bentuk dan corak tandatangan.Banner itu juga lah yang di arak ke demo pada tengahari nya.

Semasa perbualan sarapan pagi selepas sesi ceramah Palestin kami sedikit terkejut apabila mendapat tahu bahwa Puan Hajjah Noorhayati adalah kakak kepada kawan baik suami semasa di Brighton, UK, Akhi Abdul Aziz Bakri . Akhi kita ini pernah menerajui Langhorst Bhd (Syarikat besar yang banyak menyumbang untuk dakwah di era 80-90an). Sebuah syarikat kontraktor wibawa, lambang kejayaan 100% usahawan bumiputera. Namun selepas reformasi Syarikat tersebut di’ black listed’, teraniaya , kemudian diambil alih oleh orang tertentu).

Semasa perbualan dimeja makan sambil sarapan pagi nasi lemak, Puan Guru besar dan penolong kanan yang sarapan bersama amat berminat mendengar taklimat ringkas mengenai beberapa Institusi JIM selain PACE seperti Raudatus Sakinah dan KBM, kerana ia amat rapat dengan isu isu remaja dan anak sekolah. Dia bertanya sudikah RS atau KBM datang ke tempat kami yang jauh ni!. InsyaAllah pihak JIM bersedia dan tidak ada masalah untuk bekerjasama. (gambar gambar menunjukkan suasana semasa ceramah,penyampaian sumbangan dan tandatanagan petition)

Sumbangan tersebut telah di serahkan kepada akhi Nasir@ sekretariat PACE pada tengahari nya sebelum pergi ke ‘demo for gaza ‘(alias shopping for Gaza) di Depan US Embassy.

Hari ini kami bercuti untuk Palestine dari Sijangkang ke US Embassy. Semoga Allah mengampuni kita semua dan merahmati kita sekalian.

STOP Killing the women and innocent children in Gaza. Allah Akbar









Posted by Mama Friday, January 09, 2009 0 comments  



Apabila Zina Lebih Mudah Daripada Kahwin

Minggu depan adalah minggu terakhir saya sebagai Mufti Negeri Perlis. Tulisan hari ini adalah yang kedua sebelum yang terakhir pada minggu hadapan. Banyak perkara yang ingin saya kongsikan sepanjang tempoh dua tahun menjadi mufti.

Namun, nampaknya saya terpaksa tangguhkan terlebih dahulu hasrat itu kerana buat penghabisan kali di atas jawatan ini saya ingin menyentuh kerenah perkahwinan dalam negara ini. Hal ini penting terutama menjelang musim cuti sekolah kerana ramai yang akan berkahwin.

Antara peruntuh nilai-nilai baik dalam kehidupan manusia hari ini adalah apabila dimudahkan yang haram dan disukarkan yang halal. Sedangkan Islam menyuruh kita membentuk suasana atau iklim kehidupan yang menyukarkan yang haram dan memudah yang halal. Itulah tanggungjawab pemerintah dan umat iaitu menegak yang makruf dan mencegah yang munkar.

Menegak yang makruf itu adalah dengan cara menyuruh, memudah dan membantu ke arah tersebut. Sementara mencegah yang munkar adalah dengan cara menghalang, melarang dan menyukarkan jalan untuk sampai kepadanya. Namun, jika masyarakat hari ini menyusahkan yang halal dan menyenangkan yang haram, tanda kita begitu menjauhi ruh syariat islam yang hakiki yang diturunkan oleh Allah s.w.t.

Antara perkara yang selalu disusahkan adalah urusan perkahwinan. Kesusahan membina rumahtangga itu kadang-kala bermula dari keluarga sehingga ‘ketidak fahaman’ tok kadi dan seterusnya pengurusan pejabat agama dan mahkamah syariah. Kerenah-keranah yang berbagai telah memangsakan hasrat pasangan untuk mendapat ‘nikmat seks’ secara halal. Lebih menyedihkan apabila kerenah-keranah itu wujud disebabkan kepentingan-kepentingan luar yang bukan kepentingan pasangan secara langsung.

Umpamanya, urusan kenduri kahwin atau walimah telah dijadikan jambatan kesombongan ibubapa atau keluarga sehingga ditangguh perkahwinan bagi memboleh kenduri besar-besaran dibuat demi menjaga taraf ‘jenama keluarga’. Sehingga ada pasangan yang terpaksa menunggu bertahun kerananya.

Apatah jika keluarga membebankan semua belanja kepada bakal pengantin. Maka bakal pengantin terpaksa mengikat ‘nafsu seks’ hanya kerana hendak menjaga nafsu menunjuk-nunjuk keluarga. Walaupun kenduri kahwin itu disuruh, namun memadailah dengan kadar yang termampu. Tidak semestinya ‘ditumbangkan’ seekor lembu, atau dipanggil orang sekampung atau sebandar, atau dijemput semua rakan taulan.

Seseorang mengadakannya dengan kadar kemampuannya, seperti sabda Nabi s.a.w:

“Buatlah walimah walaupun sekadar seekor kambing” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam ertikata lain, jika hanya mampu kenduri laksa, atau bihun atau mee pun tidak mengapa, asalkan diadakan walimah. Apa yang penting perkahwinan yang halal telah dilunaskan. Janganlah macam orang dulu apabila anaknya sebut ingin berkahwin, bapanya akan bertanya; “kau dah ada lembu ke nak buat kenduri?”. Maka bertangguhlah hasrat si anak. Padahal bukan anaknya ingin berkahwin dengan lembu, dia ingin berkahwin dengan kekasihnya.

Sepatutnya si bapa bertanya: “kau dah ada pasangan ke?”. Itulah soalan yang betul. Lembu tidak termasuk dalam rukun nikah. Apa yang lebih buruk apabila ada pihak yang menjadikan medan walimah sebagai pentas menunjuk-nunjuk kekayaan harta lalu hanya dijemput orang yang ‘berjenama’ dan ditinggalkan saudara-mara, kawan-rakan, jiran-tetangga yang tidak setaraf.

Nabi s.a.w. bersabda:

“Seburuk makanan adalah makanan walimah yang dijemput orang kaya dan ditinggalkan orang miskin..” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Maka, menderitakan bakal suami-isteri disebabkan keangkuhan keluarga.

Saya bukan anti kursus kahwin. Amat baik kursus tersebut jika diuruskan dengan mantap dan betul. Dalam kursus tersebut boleh disampaikan maklumat hukum-hakam nikah yang disyariatkan Allah sehingga generasi muda dapat melihat betapa cantik dan indahnya Islam. Syariat Islam yang mudah dan penuh hikmat dapat diserap dalam pemikiran bakal pasangan, kursusnya mereka yang masih muda. Agar mereka dapat menyelami kehebatan ajaran Islam ini. Maka kursus itu menjadi saluran dakwah penuh professional, mantap, berkesan dalam jiwa dan penghayatan.

Malangnya, kursus kahwin hari ini seakan projek lumayan untuk mengaut yuran peserta. Bukan sedikit saya terima laporan seluruh negara penceramah kursus kahwin yang berunsur lucah, lawak bodoh serta menggambarkan Islam begitu menakut dan susah untuk difahami dan dihayati. Hukum-hakam diterangkan secara berbelit-belit dan menyerabutkan peserta. Maka, kita lihat walaupun yuran kursus nampaknya makin tinggi dan peserta semuanya diwajibkan berkursus, masalah keretakan rumah tangga bagi generasi baru makin meningkat.

Saya juga amat tidak selesa melihat tok kadi yang selalu mendera pengantin agar mengulang-ulang lafaz terima (ijab) ketika akad nikah kononnya belum sah. Akad itu digambarkan begitu sulit dan susah sehingga seseorang menjadi terketar-ketar untuk menyebutnya. Diatur ayat lafaz akad itu dengan begitu skima sehingga pengantin kesejukan untuk menghafalnya.

Padahal akad nikah hanyalah bagi menggambar persetujuan kedua belah pihak menjadi suami isteri yang sah. Apa-apa sahaja lafaz yang membawa maksud kepada tujuan tersebut maka ia sah. Jika bapa bakal isteri menyebut “saya nikahkan saudara dengan anak saya Fatimah”, lalu bakal suami menjawab: “saya terima, atau saya bersetuju” atau mungkin ditambah “saya terima nikahnya” atau “saya bersetuju bernikah dengannya” seperti yang diminta oleh sesetengah sarjana dalam Mazhab al-Syafi’i, maka sahlah ijab dan qabul tersebut. Tidak disyaratkan mesti satu nafas atau dua nafas atau berjabat tangan atau menyusun ayat dalam bahasa sanskrit lama atau ayat tok kadi yang digunakan sebelum merdeka.

Sehinggakan sarjana fekah semasa Dr Abd al-Karim Zaidan dalam karya al-Mufassal fi Ahkam al-Marah wa al-Bait al-Muslim menyebut:

“Jika seseorang lelaki berkata kepada lelaki yang lain: “Nikahkan saya dengan anak perempuan awak”, lalu si bapa itu menjawab: “Aku nikahkan engkau”. Atau si bapa berkata kepada bakal suami: “bernikahlah dengan anak perempuanku”. Lalu bakal suami menjawab: “aku nikahinya”. Kedua contoh di atas adalah sah nikah berdasarkan apa yang disebutkan dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim: Sesungguhnya seorang arab badawi telah meminang wanita yang telah mempelawa dirinya untuk Nabi s.a.w (ingin berkahwin dengan Nabi s.a.w), arab badawi itu berkata:”Nikahilah dia denganku”. Jawab Nabi s.a.w.: “Aku nikahkan engkau dengannya bermaharkan al-Quran yang ada bersamamu”. (al-Mufassal, 6/87, Beirut: Muassasah al-Risalah).

Bahkan dalam Sahih al-Bukhari ada bab yang al-Imam al-Bukhari letakkan ia berbunyi: Bab Iza Qala al-Khatib li al-Wali Zawwijni Fulanah, faqala qad Zauwajtuka bi Kaza wa Kaza, Jaza al-Nikah Wa In Lam Yaqul li al-Zauj Aradita au Qabilta, maksudnya: Bab Apabila Lelaki Yang Meminang Berkata Kepada Wali Perempuan: “Kahwinilah aku dengan wanita berkenaan”, lalu dia menjawab: “Aku nikahkan engkau dengannya bermaharkan sekian dan sekian, maka sah nikahnya walaupun tidak ditanya si suami apakah engkau setuju, atau terima”.

Inilah kesimpulan yang dibuat oleh al-Imam al-Bukhari berdasarkan hadis-hadis dalam bab nikah yang diteliti olehnya. Apa yang penting proses ijab dan qabul amatlah mudah. Ia adalah lafaz yang difahami oleh kedua belah pihak serta dua saksi yang menjelaskan kehendak dan persetujuan untuk berkahwin atau menjadi suami dan isteri. Apabila proses itu berlaku maka ia sah.

Tidak pernah ada dalil yang menyatakan mestilah satu nafas, atau tidak terputus nafas seperti diada-adakan oleh sesetengah pihak. Paling tinggi yang boleh kita kata adalah tidak boleh ada ruang yang menyebabkan salah satu pihak mengelirukan atau dikelirukan dalam menyatakan persetujuan nikah. Justeru itu Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah r.h (meninggal 728H) menyebut:

“Nikah itu terlaksana (sah) dengan apa sahaja yang dihitung oleh orang ramai sebagai nikah; dalam apa bahasa, atau lafaz atau perbuatan”. (petikan Sayyid Sabiq, Fiqh al-Sunnah, 2/355).

Apa yang ingin saya jelaskan betapa proses ijab qabul itu begitu mudah dan senang. Memadai jika bakal suami menjawab: “aku terima nikahnya”. Tidak timbul terpaksa berulang kali seperti yang dibuat oleh sesetengah pihak membuli pengantin. Jika jawapan yang diperlukan begitu ringkas dan jelas, dan pengantin pun telah melakukannya, mengapa pula ada tok kadi yang sengaja bertanya hadirin: perlu ulang ke? Lalu mereka pun dengan sukanya menyebut beramai-ramai ‘sekali lagi!, sekali lagi! Ini adalah permainan buli yang cuba dicampur aduk dengan hukum syarak.

Setelah berkahwin, rumahtangga yang dibina seperti yang diajar oleh Islam hendaklah menjadi syurga, bukan neraka. Jika perkahwinan tidak dapat membawa kebahgiaan, insan tidak disuruh memperjudikan hidup keseluruhan kerana isteri atau suaminya. Walaupun talak itu bukan perbuatan yang baik, namun ia dibenarkan jika terpaksa.

Insan mempunyai matlamat hidup, bukan sekadar untuk bertungkus lumus kerana masalah seorang lelaki atau wanita. Maka Islam mengajar cara-cara yang berbagai demi menyelamatkan rumah tangga dari talak. Jika gagal, Islam juga mengajar talak untuk mengelakkan kezaliman berlaku antara salah satu pihak; suami atau isteri. Firman Allah: (maksudnya)

“Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu) kemudian mereka (hampir) habis tempoh idahnya maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik atau lepaskan mereka dengan cara yang baik. dan janganlah kamu pegang mereka (rujuk semula) dengan tujuan memberi mudarat, kerana kamu hendak melakukan kezaliman (terhadap mereka); dan sesiapa yang melakukan demikian maka sesungguhnya dia menzalimi dirinya sendiri. dan janganlah kamu menjadikan ayat-ayat hukum Allah itu sebagai ejek-ejekan (dan permainan). dan kenanglah nikmat Allah yang diberikan kepada kamu, (dan kenanglah) apa yang diturunkan kepada kamu Iaitu Kitab (Al-Quran) dan hikmat, untuk memberi pengajaran kepada kamu dengannya. dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuilah: sesungguhnya Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu” (Surah al-Baqarah, ayat 231).

Jika penerusan perkahwinan hanya memberi mudarat kepada pasangan, maka talak itu disuruh oleh al-Quran. Malanglah kaum wanita yang sepatutnya telah dikeluarkan oleh al-Quran dari kezaliman atau kemudaratan si suami, tiba-tiba terjatuh dalam kezaliman batin akibat proses birokrasi mahkamah yang bernama syariah.

Maka, wanita hari ini ada yang terseksa batinnya kerana menunggu proses mahkamah yang kadang-kala memakan masa bertahun-tahun. Bagaimana mungkin isteri yang sudah tujuh lapan tahun suaminya tidak mengambil tahu soal nafkah zahir dan batin tetap disahkan oleh mahkamah bahawa dia masih suami sekalipun isteri berulang meminta dipisahkan. Kata Dr Karim ‘Abd al-Karim Zaidan menyebut:

“Jika suami gagal menunaikan nafkah untuk isteri, kadi memisah antara mereka jika isteri memilih untuk berpisah…Hal ini diriwayatkan dari sejumlah para sahabat dan tabi’in” (al-Mufassal, 7/217).

Beliau juga memetik apa yang disebut oleh al-Dardir dalam al-Syarh al-Kabir: “Bagi isteri boleh menuntut dipisahkan dari suami disebabkan mudarat yang dilakukannya; iaitu apa yang tidak diizinkan oleh syarak untuk dia buat seperti meninggalkan isteri atau memukulnya tanpa sebab dibenarkan syarak. Atau memaki dia atau bapanya seperti menyebut: Wahai anak anjing, atau wahai anak kafir! Atau wahai anak orang yang dilaknat”.

Dr Zaidan seterusnya memetik apa yang disebut oleh al-Imam Ibn Taimiyyah:

“Maka dianggap memberi mudarat kepada isteri yang boleh dipisah (dipasakh) apabila suami meninggalkan persetubuhan dalam apa keadaan sekalipun. Samada suami sengaja atau tidak sengaja”. (ibid 8/439).

Semua perbahasan yang begitu banyak boleh didapati dalam khazanah Islam itu menggambarkan rumahtangga untuk kebahagiaan hidup insan bukan untuk kedukaan mereka. Jika rumahtangga itu mengundang kedukaan, insan diberi peluang keluar oleh syarak untuk keluar dari daerah itu dengan segera. Malanglah, jika pintu keluar itu dihalang oleh kerenah biorokrasi mahkamah. Hakim barang kali ringan lidahnya menyebut: “kita tangguhkan perbicaraan kerana suami tidak hadir” sedangkan kesan jiwa begitu besar dan berat ditanggung oleh isteri.

Sebenarnya dalam Islam, jalan kepada halal dan kebahagian dibuka dengan begitu luas dan mudah. Dukacita, jika atas nama agama kita menyusahkan jalan yang halal dan dalam masa yang sama ada pula pihak-pihak lain yang memudahkan jalan yang haram. Perlaksanaan agama hendaklah bukan sahaja mendakwa adil, tetapi hendaklah juga kelihatan adil.

Posted by Mama Saturday, November 29, 2008 0 comments  



Belated Tribute to my daughter’s graduation day, 15th Aug 2008


Its about Naieemah's (aka Imang) historic moment aka graduation day during the 38th Convocation of USM on 15th August 2008. ( Surely imang kecik hati sebab mama tidak masukkan the story of her convocation day in my blog kan?) …it is not that I forget or never care about her, no, no no, never , its just a matter of time to write... So, dear Imang this is a belated tribute on your convocation aka graduation, 4 months ago. I know its quite late, but ‘late is better than never’. Hmmmm…..”Sorry”… ya Imang. That sorry reminds me of the caption from a love story,” Love means never having to say you are sorry”…. so to speak.

Anyway just to remind myself that I have to live each day with hope and courage sometimes blended with fear and anxious for what tomorrow brings. I love all my children unconditionally, despite all those hurdles and hecticness of life.... I hope my children will remember this and find that one of my great achievement in life is to ‘Love’ THEM unconditionally. On that momentious 15th August 2008, you my precious girl, Naieemah was conferred B.Sc in Aerospace Engineering by her Vice Chanselor. She is an Aerospace Engineer then.

I can't begin to tell you how proud I am of you. I've been given the opportunity to watch you grow form an incredibly cute small child into a beautiful young woman. You have achieved so much in such a short time that it’s hard for me to keep track of it all. Only that day I realised you were just a short chubby-cheeked little girl and today you are graduating from USM with a prestigious aerospace opportunity.


Though it may seem to you that it’s taken forever to reach this point, it had happened all too quickly for me. I’ll admit here that it saddens me to see you start the rest of your life from now on, however it cannot compare to how happy and proud that I know that you are so well prepared and dedicated to your dreams. Never loose sight of those dreams and never compromise anything to reach them.

No matter what has happened in the past or what will happen in the future, always know that we (mama and papa) love you and will always be here for you. You have made us so proud and I know that you will continue to do so during your time in the future.

You have graduated from that prestigious university, and the major part of your life thus far will be over. Up until now, your father and I have guided you and protected you. We have held your hand while you learned to walk and walked beside you when you learned to run and run. We have watched while you tested your wings with the used WLR car of your (hmm….) own and a job.

As you step out into the world, and now you have a job and a career, Alhamdulillah.


There are things that I would like to tell you:

1. I would tell you to always pray and make doa for your success in the world and hereafter. Never forget Allah. Be reminded what I used to remember about the famous Mary Kay, the founder of one of the most successful direct selling corporate owvner (women ‘s clothing and accesories) in Amerika . More or less it goes like this: “My first commitment is to God, my family is the second and finally is my career”. If an American women can have that kind of attitude and thinking, what more of us the muslim women.

2. Always pay for yourself. Put as much money into savings as you can and leave it there until you have enough to live on for 6 months or so. You will never be sorry. Start your retirement fund early and don’t touch it. If you go to work for a company that matches your contributions, take advantage of it.

3. Be wary of credit cards. They are too easy to get and too hard to pay off. If you have to buy it on credit, you probably can’t afford it anyway and most likely don’t need it. If you use credit cards regularly, you will pay many times for the same item. Save buying on credit for two major purchases, a car and a house. If you have to use the credit card, use the Islamic one!

4. Invest your money in things that you understand. If you don’t understand it, then either educate yourself or find something you do understand. This understanding will help you decide when to invest, when to hold and when to sell.

5. Find and secure a job, doing something that you love to do. You spend most of your life at work, it helps to enjoy what you are doing. This may be a strange forum to say that while making a lot of money is great, doing something that you enjoy and are good at will bring you more satisfaction in the long run. So try to find a balance between being a starving artist and overstressed CEO.

6. Keep an emergency savings account or may be start putting some allocation in your Tabung Haji Account. Your Tabung Haji account have been there since you were a small girl for you many many years ago. It just need to be activated. Talking about emergency saving, this would be enough to support you for 6 months but it can be as little as RM500. The emergency funds purpose is to pay for emergencies. I know you are saying “duh, Mama” but you have to understand that an emergency is not for those cute shoes that you just have to have to go with your new dress. It is for things like the car broke down and you can’t get to work without it.

7. This CRUCIAL…When you find that special person, make sure that they are someone who will support and respect you. Hopefully, you will find someone with similar goals to yours, both financial and life goals. I have found that while love is grand if the support, respect and common goals aren’t there, love loses out at worst and at best your life will be a struggle. Always remember what TOK YEK used to ‘warn’ her daughters and the rest of the women, me and all your aunties in his ceramah,:” INGAT! SEMUA LELAKI ITU PENIPU DAN PEREMPUAN ITU BODOH” ……and the rest is history…..

You are smart enough to do anything you want to do, you just have to make up your mind that you are going to do it. Don’t let anyone beat you down. Don’t settle for second best, you deserve the best of the best. Be yourself.Never settle for the path of least resistance.Don't be afraid to be better than those around you.


I give you no words of wisdom, no clever andectodes from my own life.

Ohhhhh….hang on, there it is……. I will give you something that I found somewhere in my notebook and what gives me at least a little encouragement and I hope that it will help you as well on this most precious of days.To laugh often and much;
To win the respect of intelligent people and the affection of children;
To earn the appreciation of honest critics and endure the betrayal of false friends;
To appreciate beauty,
To find the best in others;
To leave the world a bit better, whether by a healthy child, a garden patch or a redeemed social condition;
To know even one life has breathed easier because you have lived.
This is to have succeeded -Ralph Waldo Emerson

Last but not least, whatever you do, do it with all your heart. Ikhlaskan niat
And remember always that I love you and that you always have a place to come home to.
Love, Mama & Papa

Most of the pictures can be viewed in mama's flicr pages http://www.flickr.com/photos/24649224@N04

Posted by Mama Tuesday, November 25, 2008 2 comments  



Graduation Day


Congratulations to ABANG UDA on Graduation Day!


Today is a proud day, indeed. My beloved son, Taqiuddeen aka Abang Uda graduated with Bachelor in Management from Athabasca University, Canada. It’s an American Transfer Degree Program, twinning with Stamford College Kuala Lumpur. The graduation ceremony was held at the Putra world Trade Center and officiated by YB Dr Huo Ch. Huang, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi. He later conferred the degree to all the graduants....

I am so proud of the fine young man Bang Uda has become. He's worked incredibly hard on his studies and, far more importantly, has grown into a compassionate, honest, and responsible gentleman.

...." I love you, Bang Uda . It is my honor, privilege, and the greatest blessing to be your mama".....

I know you took quite a long way, more time spent to come to this stage, but you know, as many wise people said:” Its not how long do you take time to finish, but the question is did you ‘FINISH IT?...You finally have done it ! Alhamdulillah wa masyaAllah.........

.......And tossing his mortar as a sign of relief and accomplishment, at the same time letting go the tensions and pressures beyond…

And this poem I picked from a friend somewhere. I dedicated for you My son on your Graduation Day

This is for you my precious son,
through the years and all the tears, we are very proud of you.
You achieved a lot of success and all your goals for elementary & secondary school, matrics of Univ and finally you now go.
You did well and showed them all you could with high hopes and plans anew.
The future has lots to offer that's true. Be wise, be glad, be happy, show others by your example..
The time for you to become a man is nearing, where did that little boy go.
That's ok because I know we gave you roots to grow.
We now give you wings to soar.Go on, be well, do great things and more success will follow all of your heart's desire for sure.

Posted by Mama Sunday, November 23, 2008 0 comments  



Barack Hussein Obama Speech on the election night

If there is anyone out there who still doubts that America is a place where all things are possible; who still wonders if the dream of our founders is alive in our time; who still questions the power of our democracy, tonight is your answer.

It's the answer told by lines that stretched around schools and churches in numbers this nation has never seen; by people who waited three hours and four hours, many for the very first time in their lives, because they believed that this time must be different; that their voice could be that difference.

It's the answer spoken by young and old, rich and poor, Democrat and Republican, black, white, Latino, Asian, Native American, gay, straight, disabled and not disabled – Americans who sent a message to the world that we have never been a collection of Red States and Blue States: we are, and always will be, the United States of America.

It's the answer that led those who have been told for so long by so many to be cynical, and fearful, and doubtful of what we can achieve to put their hands on the arc of history and bend it once more toward the hope of a better day.

It's been a long time coming, but tonight, because of what we did on this day, in this election, at this defining moment, change has come to America.

I just received a very gracious call from Senator McCain. He fought long and hard in this campaign, and he's fought even longer and harder for the country he loves. He has endured sacrifices for America that most of us cannot begin to imagine, and we are better off for the service rendered by this brave and selfless leader. I congratulate him and Governor Palin for all they have achieved, and I look forward to working with them to renew this nation's promise in the months ahead.

I want to thank my partner in this journey, a man who campaigned from his heart and spoke for the men and women he grew up with on the streets of Scranton and rode with on that train home to Delaware, the Vice President-elect of the United States, Joe Biden.

I would not be standing here tonight without the unyielding support of my best friend for the last sixteen years, the rock of our family and the love of my life, our nation's next First Lady, Michelle Obama. Sasha and Malia, I love you both so much, and you have earned the new puppy that's coming with us to the White House. And while she's no longer with us, I know my grandmother is watching, along with the family that made me who I am. I miss them tonight, and know that my debt to them is beyond measure.

To my campaign manager David Plouffe, my chief strategist David Axelrod, and the best campaign team ever assembled in the history of politics – you made this happen, and I am forever grateful for what you've sacrificed to get it done.

But above all, I will never forget who this victory truly belongs to – it belongs to you.

I was never the likeliest candidate for this office. We didn't start with much money or many endorsements. Our campaign was not hatched in the halls of Washington – it began in the backyards of Des Moines and the living rooms of Concord and the front porches of Charleston.

It was built by working men and women who dug into what little savings they had to give five dollars and ten dollars and twenty dollars to this cause. It grew strength from the young people who rejected the myth of their generation's apathy; who left their homes and their families for jobs that offered little pay and less sleep; from the not-so-young people who braved the bitter cold and scorching heat to knock on the doors of perfect strangers; from the millions of Americans who volunteered, and organized, and proved that more than two centuries later, a government of the people, by the people and for the people has not perished from this Earth. This is your victory.

I know you didn't do this just to win an election and I know you didn't do it for me. You did it because you understand the enormity of the task that lies ahead. For even as we celebrate tonight, we know the challenges that tomorrow will bring are the greatest of our lifetime – two wars, a planet in peril, the worst financial crisis in a century. Even as we stand here tonight, we know there are brave Americans waking up in the deserts of Iraq and the mountains of Afghanistan to risk their lives for us. There are mothers and fathers who will lie awake after their children fall asleep and wonder how they'll make the mortgage, or pay their doctor's bills, or save enough for college. There is new energy to harness and new jobs to be created; new schools to build and threats to meet and alliances to repair.

The road ahead will be long. Our climb will be steep. We may not get there in one year or even one term, but America – I have never been more hopeful than I am tonight that we will get there. I promise you – we as a people will get there.

There will be setbacks and false starts. There are many who won't agree with every decision or policy I make as President, and we know that government can't solve every problem. But I will always be honest with you about the challenges we face. I will listen to you, especially when we disagree. And above all, I will ask you join in the work of remaking this nation the only way it's been done in America for two-hundred and twenty-one years – block by block, brick by brick, calloused hand by calloused hand.

What began twenty-one months ago in the depths of winter must not end on this autumn night. This victory alone is not the change we seek – it is only the chance for us to make that change. And that cannot happen if we go back to the way things were. It cannot happen without you.

So let us summon a new spirit of patriotism; of service and responsibility where each of us resolves to pitch in and work harder and look after not only ourselves, but each other. Let us remember that if this financial crisis taught us anything, it's that we cannot have a thriving Wall Street while Main Street suffers – in this country, we rise or fall as one nation; as one people.

Let us resist the temptation to fall back on the same partisanship and pettiness and immaturity that has poisoned our politics for so long. Let us remember that it was a man from this state who first carried the banner of the Republican Party to the White House – a party founded on the values of self-reliance, individual liberty, and national unity. Those are values we all share, and while the Democratic Party has won a great victory tonight, we do so with a measure of humility and determination to heal the divides that have held back our progress. As Lincoln said to a nation far more divided than ours, "We are not enemies, but friends…though passion may have strained it must not break our bonds of affection." And to those Americans whose support I have yet to earn – I may not have won your vote, but I hear your voices, I need your help, and I will be your President too.

And to all those watching tonight from beyond our shores, from parliaments and palaces to those who are huddled around radios in the forgotten corners of our world – our stories are singular, but our destiny is shared, and a new dawn of American leadership is at hand. To those who would tear this world down – we will defeat you. To those who seek peace and security – we support you. And to all those who have wondered if America's beacon still burns as bright – tonight we proved once more that the true strength of our nation comes not from our the might of our arms or the scale of our wealth, but from the enduring power of our ideals: democracy, liberty, opportunity, and unyielding hope.

For that is the true genius of America – that America can change. Our union can be perfected. And what we have already achieved gives us hope for what we can and must achieve tomorrow.

This election had many firsts and many stories that will be told for generations. But one that's on my mind tonight is about a woman who cast her ballot in Atlanta. She's a lot like the millions of others who stood in line to make their voice heard in this election except for one thing – Ann Nixon Cooper is 106 years old.

She was born just a generation past slavery; a time when there were no cars on the road or planes in the sky; when someone like her couldn't vote for two reasons – because she was a woman and because of the color of her skin.

And tonight, I think about all that she's seen throughout her century in America – the heartache and the hope; the struggle and the progress; the times we were told that we can't, and the people who pressed on with that American creed: Yes we can.

At a time when women's voices were silenced and their hopes dismissed, she lived to see them stand up and speak out and reach for the ballot. Yes we can.

When there was despair in the dust bowl and depression across the land, she saw a nation conquer fear itself with a New Deal, new jobs and a new sense of common purpose. Yes we can.

When the bombs fell on our harbor and tyranny threatened the world, she was there to witness a generation rise to greatness and a democracy was saved. Yes we can.

She was there for the buses in Montgomery, the hoses in Birmingham, a bridge in Selma, and a preacher from Atlanta who told a people that "We Shall Overcome." Yes we can.

A man touched down on the moon, a wall came down in Berlin, a world was connected by our own science and imagination. And this year, in this election, she touched her finger to a screen, and cast her vote, because after 106 years in America, through the best of times and the darkest of hours, she knows how America can change. Yes we can.

America, we have come so far. We have seen so much. But there is so much more to do. So tonight, let us ask ourselves – if our children should live to see the next century; if my daughters should be so lucky to live as long as Ann Nixon Cooper, what change will they see? What progress will we have made?

This is our chance to answer that call. This is our moment. This is our time – to put our people back to work and open doors of opportunity for our kids; to restore prosperity and promote the cause of peace; to reclaim the American Dream and reaffirm that fundamental truth – that out of many, we are one; that while we breathe, we hope, and where we are met with cynicism, and doubt, and those who tell us that we can't, we will respond with that timeless creed that sums up the spirit of a people:

Yes We Can. Thank you, God bless you, and may God Bless the United States of America

Posted by Mama Friday, November 07, 2008 0 comments  



Emak saya adalah adalah ‘a woman of substances’


(artikel ini adalah sebahagian dari isi buku projek penulisan buku Wanita JIM yang bakal terbit dengan tajuk: " Ibu madrasah pertamaku ")


Emak sumber inspirasi saya

Sudah terlalu lama saya pendamkan niat ini.Niat untuk menulis tentang emak. Namun kini adalah masa terbaik untuk merakamkannya. Semasa artikel ini ditulis, saya sedang terlantar sakit kerana menjalani rawatan dan proses pemulihan dari serangan asthma yang terjadi seminggu yang lepas.Sambil berbaring di katil teruja fikiran untuk mula menulis. Masa ini lah saya terasa benar benar memerlukan kehadiran emak di sisi Teringat zaman kanak kanak dan remaja,masa sakit lah emak terlalu dekat dengan kita. Rasa sakit, terpinggir, keseorangan, kesepian dan kesedihan ini membolehkan saya menulis sesuatu. Ilham dan bayangan masa lalu datang bertindih tindih. Jelas wajah kasih sayang emak, wajah simpati emak, terasa kelembutan sentuhan, emak,terasa motivasi emak mengalir dalam diri.
Perjuangan masa lalu emak menanamkan iman dan semangat dan menggilap potensi saya sejak dari kecil hingga dewasa malah semakin terkesan dalam rumahtangga apabila usia semakin senja.Emak adalah idola dan mentor dalam membentuk jatidiri, membina kerjaya, melayari bahtera rumahtangga, menyusur alunan ombak kehidupan yang silih berganti antara susah dan senang.


Emak bersuamikan seorang pejuang revolusi.


Kedatangan seorang ‘Guru’ dan Pejuang Revolusi dari Makassar Indonesia ke Tanah Melayu tahun 1948 menjadi buah mulut suku kaum Bugis yang telah bermastautin sejak abad ke 19 di Benut, Johor. Perawakan ‘kiyai’ dan keilmuan Islamnya yang terserlah memancing minat sepasang keluarga ‘berada’ kacukan Bugis-Banjar di Sg.Pulai Muar. Pasangan itu ialah datuk dan nenek saya. Mereka amat berkenan dengan semangat keislaman yang berkobar-kobar, kelakuan bersopan santun serta gaya pertuturan ’guru’ itu yang kemudiannya menjadikan ayah saya menantu mereka. Pada tahun 1949 ayah saya menjadi menantu idaman datuk saya. Emak saya, Sakinah Binti Abdul Hamid menjadi isteri seorang pejuang revolusi semasa ia masih bersekolah dalam darjah 4 di sekolah rendah. Umur emak dikala itu ialah 10 tahun. Menjadi isteri seorang pejuang revolusi bermakna menempah ranjau perjuangan yang penuh kesusahan. Gadis kecil semuda itu ( anak orang berada yang serba cukup) tidak pernah terfikir risiko bersuamikan seorang yang berjiwa revolusioner. Emak seperti gadis-gadis di zaman nya bukan tidak punya pilihan, tetapi mereka terlalu muda untuk memilih. Kedua ibu bapa merekalah yang memilih dan menentukan calon pasangan hidup mereka.


Sepatah kata emak takdir telah menemukan emak dengan ayah kerana ada satu ’tujuan’ khusus. Emak telah dipilih Allah menjadi isteri ayah kerana ada maksud yang tersembunyi dan tersirat, yang hanya Allah sahaja yang Maha mengetahui.Tujuan itu pada mulanya tidak emak fahami. Namun kehidupan bersama ayah selama hampir 45 tahun membuktikan semuanya. Kesusahan, penderitaan, kelaparan dan kesempitan dalam perjuangan menghidupkan dan mendidik anak anak itu semuanya tidak sia sia. Gelombang kehidupan bersama ayah menjadikan emak juga seorang ’pejuang kehidupan’ yang cekal dan tabah serta tidak pernah mengaku kalah dan pantang berundur. Emak melihat perkahwinan bersama ayah bertujuan untuk melakar satu sejarah perjuangan yang menyambung sejarah perjuangan yang tidak ada penghujungnya sehinggalah dijemput malaikat maut. Perjuangan kemerdekaan jiwa dan bekerja untuk Islam sehingga mati tanpa rehat. Tidak ada istilah pencen dalam diari kehidupan pasangan berjiwa merdeka ini.


Emak umpama ’Aisyah’ tapi ’ibu beranak ramai’


Perjuangan emak sepanjang masa mudanya ialah perjuangan melahirkan anak sebanyak 17 kali, membesarkan dan mendidik anak seramai 13 orang sehingga dewasa. Dalam usia yang teramat muda, emak telah merasa erti pahitnya ’kehilangan’ apabila 3 orang puteranya meninggal dunia semasa kecil. Putera pertama, kedua dan ketiga dilahirkan sempurna dan hidup untuk beberapa bulan namun kemudian meninggal dunia satu persatu dikala emak berumur bawah 14 tahun. Bayangkan kepiluan dan kekosongan hati seorang ibu muda. Ibu muda ini sebenarnya telah bertekad untuk memikul tugas besar seorang ’ibu’ muslimah. Suaminya pernah berkata, bahwa ’wanita terbaik ialah wanita yang paling ramai anaknya. Anak perlu ramai untuk menggandakan tentera Allah memperjuangkan agamaNya. Islam perlu umat yang ramai. Kekuatan politik sesuatu bangsa terletak pada bilangan ramai umatnya. Dalam kekecewaan emak, ayah membawa emak menunaikan fardu haji ke Mekah semasa emak berumur 14 tahun. Emak berdoa hanya satu. Emak berdoa agar dia dikurniakan anak yang ramai dan mohon Allah gantikan anak-anaknya yang telah diambil pergi. Emak genggam kemas kemas cita-citanya yang satu itu, demi memegang amanat seorang ’guru’. Ayah terus memberikan kata semangat dan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada isteri nya yang teramat muda itu.
Emak tidak pernah kenal lelaki lain dalam erti kata jejaka pujaan sejak dari mula lagi. Emak tidak merasa zaman anak dara dan tidak pernah mengenal cinta sebelum kahwin. Kedudukan ayah saya dihati emak adalah, dia suami nya,bapanya, gurunya dan kekasihnya. Ayah mendidik emak ibarat Rasulullah mendidik ‘Aisyah’ dalam memaknai kehidupan sebagai isteri, ibu, kekasih dan ’murid’. Emak pandai memasak, menjahit, menjadi guru Qu’an ditangan ayah. Emak tahu makna perjuangan Islam dari mulut dan lidah ayah. Semangat ayah mengalir dalam setiap urat darah emak. Oleh itu berani saya katakan Cinta emak kepada ayah ialah cinta buta. Kasih sayang emak terangkum dalam perkataan ‘pengorbanan’ tanpa syarat. Emak memegang amanat ayah kuat kuat bahwa wanita yang terbaik yang masuk syurga ialah wanita yang paling ramai anaknya.
Sekembalinya emak dari Mekah, doa emak terkabul. Emak melahirkan putera keempatnya, Abang Long pada masa emak berumur 16, anak ke lima,saya Kak Ngah, dilahirkan pada usia emak 17 tahun. Seterusnya emak melahirkan anak-anaknya setiap dua atau 3 tahun sekali dan ketika usia emak mencecah 44 tahun emak melahirkan anak bungsunya yang merupakan anak ke 17. Ketika usia emak mencecah 32 tahun emak kehilangan lagi seorang puteranya yang berumur 7 tahun kerana penyakit ketumbuhan otak. Emak berendam duka seketika tetapi tetap tabah dengan musibah kehilangan. Hatinya kental dan jiwa nya bertambah pasrah.
Emak membesarkan 7 anak perempuan dan 6 anak lelaki dengan air mata, keringat dan doa. Semua anak perempuannya berjaya ke IPT (luar dan dalam negeri) beberapa anak lelakinya juga begitu. Namun menurut emak emak anak lelaki nya yang tidak berjaya ke IPT bukan bermakna gagal, tetapi itu adalah kelainan dalam melilih jalan hidup masing masing. Emak sentiasa positif terhadap apa-apa pencapaian anak- anaknya.

Air mata dan keringat emak sekudus legasi Siti Hajar.


Ayah seorang imam, guru, pemimpin masyarakat dan menjiwai perjuangan dan kemerdekaan diri. Ayah adalah tokoh agama yang fasih berbahasa arab, satu satunya guru agama yang tahu bahasa arab dikala itu. Ayah selalu dijadikan pakar rujuk tidak resmi dikampungnya dan dikampung sekitarnya. Oleh itu beliau selalu dipanggil untuk mengetuai atau memulai sesuatu projek membina atau membuka sekolah agama agama rakyat. Atas misi ini ayah dan emak sering berpindah randah kerana dipanggil untuk menjadi pelopor membuka beberapa buah sekolah agama rakyat. Setiap kali ayah berpindah utnuk mengasaskan dan membuka sekolah baru setiap kali air mata emak tumpah. Emak amat tahu bahwa apabila berpindah ditempat baru, bermakna perjuangan baru bermula, pengorbanan dan cabaran baru akan bermula. Emak mula merasa perubahan gaya hidup dari kehidupan selesa kepada kehidupan yang susah sedikit demi sedikit. Emak pernah bercerita bahwa ada ketika tiada beras di dapur untuk dimasak, emak dengan rasa yang teramat malu meminta bantuan dari AJK sekolah.
Namun air mata emak menjadi penambah semangat ayah. Kata ayah air mata emak itu air mata yang membawa ke syurga, apabila dibumbui dengan niat yang ikhlas. Ia sesuci air mata dan keringat Siti Hajar di gurun tandus meneroka dan memakmurkan kota Mekah bersama Ismail(as). Siri Hajar adalah model yang emak ikuti. Cerita ayah mengenai Legasi air mata dan keringat Siti Hajar yang membesarkan Ismail seorang diri di tanah gersang Jurhum menjadi sumber inspirasi emak. Menurut ayah misi membina sekolah agama rakyat yang bermula dari kosong bukan kerja mudah. Misi ini adalah misi hebat dan mulia, hampir mustahil dilakukan oleh manusia biasa. Oleh itu ayah perlukan wanita luarbiasa seperti emak untuk sama-sama mendokong misi ini. Emak amat percaya dan menaruh kepercayaan 100 % kepada misi ayah. Ini adalah antara rencah rencah kehidupan pejuang. Menurut emak, sepanjang hidup bersama ayah, mereka telah menubuhkan 8 buah sekolah agama rakyat dan maahad tahfiz, ia itu Arabiah Parit Makuaseng Benut, Arabiah Buqqisiyah Tampok Pontian, Arabiah Sungai Baru Melaka, Masriyah Simpang Renggam, Abbasiah di Bakri, At Tannuriah Parit Jawa dan akhir sekali At Tarbiyah Sungai Pulai,Muar. Ayah meninggal dunia semasa projek terakhir ini baru hendak bermula. Namun emak dengan semangat yang tidak pernah padam dan pengalaman lalu telah meneruskan perjuangan ayah dan kini sekolah itu telah beroperasi sepenuhnya. Emak adalah pengasas, pelopor dan penerus sekolah tahfiz At tarbiyah Islamiyah di Sg Pulai, Muar.


Emak korbankan kebun untuk perjuangan politik ayah.


Semasa emak baru berkahwin, Datuk menghadiahkan emak sepuloh ekar kebun kelapa ’kopra’.sebagai tanda kasih ingatan seorang bapa kepada anaknya. Bermula dengan kebun sepuloh ekar ini mereka berdua meneroka dan membuka kebun baru sehingga berbelas-belas ekar. Emak dan ayah mengupah beberapa pekerja untuk menolongnya mengusahakan kebun kelapa mereka. Dalam masa yang sama ayah menjadi imam, guru agama kepada anak anak dikampung dan kelas dewasa. Pekerja pekerja kebun kelapa ayah juga menjadi anak murid ayah. Emak menjadi guru kepada gadis-gadis dan suri suri rumah yang menjadi jiran sekampung atas bimbingan ayah.
Menjelang era merdeka, kehidupan perjuangan kemerdekaan dan ’intrigue’ politik melayu Islam mewarnai kehidupan emak dan ayah. Ayah memilih parti Islam sebagai wadah perjuangannya. Johor adalah daerah hitam untuk perjuangan politik berwadah ’agama’ aka Islam terutama dalam tahun 50-60an kerana wadah ’nasionalisma’ pekat lahir di negeri ini. Ayah seorang pejuang revolusi tidak gentar malah dengan yakin menjadi pengasas pembentukan parti itu di negeri Johor. Ayah bertekad memulakan perjuangan politik Islam di daerah yang hitam pekat itu. Ayah memulakannya dari kosong, kerana kalau tidak dia yang memulakannya, siapa lagi?. Ayah tahu risiko yang bakal dihadapi dalam perjuangan yang tidak popular begitu. Ternyata kemudiannya ayah ’syahid politik’ setelah 2 kali kalah dalam pilihanraya umum tahun 1959.


Ayah menjadi calon dan kalah dalam dua tempat (DUN & Parlimen) dalam pilihanraya umum 1959. Dalam politik tidak popular itu, ayah berkorban habis habisan dalam menyediakan dana pilihanraya. Bermula dari memberi makan pekerja pekerja parti, menyediakan kenderaan-kenderaan perayu undi, menempah sepanduk sepanduk calon dan bahan kempen, menyediakan dana untuk bahan dan penceramah di program kempen dan rapat umum, hampir semuanya ditangung sendiri. Emak membayar dengan harga yang mahal terhadap kesetiaan tidak berbelah bagi kepada suami dan perjuangannya. Apabila kebun kebun ayah habis terjual, kebun pusaka emak juga akhirnya dikorbankan juga demi menyambung kelansungan hidup keluarga. Namun ayah dan emak tidak mengalah atau undur. Apabila kebun telah habis, mereka keluar dari kampung, merantau ke bandar untuk mencuba penghidupan baru. Ayah bekerja sebagai sebagai guru agama dan bahasa Arab dan dalam masa yang sama emak berniaga kecil kecilan untuk menampung perbelanjaan keluarga besar yang berpendapatan kecil itu.


Emak adalah ‘women of substances’


Emak tidak pernah tahu mengenai novel popular tahun tahun 1990an, yang bertajuk ”A women of Substances” hasil karangan novelis Barbara Taylor Bradford. Tapi saya melihat emak menghayati watak hebat Emma Hearts yang menjadi watak utama dalam cerita tersebut. Kisah itu menggambarkan perjuangan jatuh bangun seorang wanita perkasa menjalani 6 dekad kehidupan yang penuh pancaroba. Perjuangan yang bermula dari lembah kemiskinan tegar kepada mercu kejayaan kehidupan korporat yang sangat berjaya. Berani saya katakan memang emak adalah A woman of substance dalam sekala yang sederhana kerana emak adalah woman of substance versi kami.


Segala jenis kerja emak telah lakukannya dalam membesarkan kami 13 beradik.


Merantau di Endau, Pahang.


Emak pernah menjadi pemetik kangkung dengan mengharung air separas dada di sawah orang dan kemudian menjual sayur kangkung dipasar, Rompin Pahang. Bayangkan dikala itu emak sedang mengandung sarat 8 bulan, mengandung anak ke 9.atau ke 6 (yang hidup).


Emak pernah menjadi pengusaha bela ayam semasa di Pahang . Seingat saya semasa emak dan ayah menjayakan projek bela ayam, reban ayam yang menaungi beratus ekor ayam jauh lebih besar dari rumah kami sendiri yang berpintukan guni beras. Saya tidak tidak ingat bagaimana penyakit ayam melanda dan perusahaan mereka gagal. Pegawai pejabat pertanian hanya melawat reban mereka sekali sahaja.


Saya masih ingat bagaimana emak menangis sepanjang malam apabila perusahaan menanam tembikai Korea nya tidak menghasilkan seperti yang dijangkakan. Beberapa ekar tembikai yang ditanamnya memang menjadi, manis, berkaca kaca dan terasa berpasir pasir. Sayang buah tembikai yang berkualiti tinggi tetapi terpaksa dijual lelong dengan harga yang teramat murah, kerana bekalan tembikai melebihi dari permintaan. Ayah terpaksa menyewa lori ke Singapura untuk mencari pasaran, namun segalanya agak terlambat.


Hidup baru di Kluang, Johor


Semasa ayah mengajar di Sekolah Menegah Arab/ Agama di Kluang, emak berniaga di kantin kecil sekolah. Aktiviti emak bermula seawal 4 pagi pergi ke pasar membeli barangan untuk keperluan kantin sekolah. Setelah memasak dan aktiviti jualan dikantin selesai, emak keluar pula untuk menjual dan menjaja kain ela dan tikar keliling bandar dan kampung. Satu perkara yang saya perhatikan emak ialah emak suka membaca. Setiap kali balik dari pasar, emak mesti membawa balik suratkhabar dan majalah. Waktu rehat tengahari emak hiburkan dirinya dengan membaca. Rumah kami tidak ada TV. Ayah tidak suka TV di rumah. Majalah kesukaan emak masa itu ialah Majalah Dian dan Mastika.


Emak mengikuti kelas jahitan di sekolah jahitan bangsa China dan kemjudian emak mengambil upah menjahit baju dan langsir. Kami hanya memerhatikan emak menjahit sehingga larut malam. Apabila emak tidak menggunakan mesin jahitnya, kami anak anak perempuan belajar sendiri dan akhirnya kebanyakan kami pandai menjahit baju sendiri..


Ada satu ketika semasa musim citi sekolah, kantin tidak beroperasi, emak pernah membuka warung menjual nasi campur mee dan pelbagai makanan di bandar Kluang. Tetapi emak tidak tahan dengan gangguan lelaki mata keranjang, maka emak berhenti berniaga warung. Perniagaan itu tidak sesuai dengan fitrah emak.


Fasa pencen di Muar


Apabila ayah telah pencen dan menamat perkhidmatan sebagai guru, ayah dan emak balik ke kampung meneroka tanah baru. Emak bersama ayah membuka kebun baru dalam usia ’pencen’ sehinggalah ayah meninggal dunia pada tahun 1994. Kini emak yang telah berumur hampir 70 tahun, namun masih kuat dan bertenaga meneruskan usaha ayah dan menguruskan kebun kelapa sawitnya seluas 20 ekar. Dengan bantuan beberapa pekerja, pendapatan kelapa sawit emak selalu melebihi gaji seorang pengurus di bandar, kadangkala pendapatan mak mencapai berbelas ribu ringgit sebulan. Pendapatan emak dari kebun kelapa sawitnya itu digunakan kan untuk membantu ekonomi anak-anak yang kurang bernasib baik dan mengalami masalah dan juga membiayai perjalanan sekolah yang diasaskan tadi. Menurut emak inilah wakaf nya dan saham akhiratnya. Tiada rehat dan pencen dalam perjuangan. Emak akan terus berjuang hingga Allah memanggilnya pergi.


Emak sebagai prime mover bukan setakat ’sumber ilham’ karya ayah.


Ayah seorang penulis dan aktiviti utama penulisan ayah ialah menterjemahkan karya bahasa Arab kepada bahasa Melayu. Kebanyakan buku buku yang ayah terjemahkan ialah buku-buku bertemakan ’Gerakan Islam’. Tema gerakan Islam ialah tema kecintaan ayah kerana ayah seorang aktivis gerakan Islam sejak remaja hingga ke akhir hayatnya. Ayah selalu mengatakan bahwa tanpa emak disisi ayah tidak mungkin boleh menulis dan tiada karya ayah akan terbit tanpa campurtangan emak. Emak bukan sahaja sumber ilham ayah malah menjadi ‘prime mover’ terhadap penerbitan buku-buku ayah. Bukan hanya setakat air kopi untuk ayah setiap malam yang menjadi pemangkin curahan idea ayah, malah kebersamaan emak menemani ayah sepanjang malam semasa menulis menyuntik kekuatan dalaman bagi ayah untuk terus berkarya.
Ayah menterjemah dan menulis dan dalam tulisan jawi mengunakan ‘khat req’aah yang sangat klasik yang ditulis dengan sangat laju. Khat req’aah nya yang kompleks dengan huruf sin tanpa gigi, huruf haa yang lepas lalu, dan huruf nun dan yaa tanpa titik, menunjukkan betapa uniknya tukisan jawi ayah. Tidak ramai orang yang boleh membaca tulisan ayah. Namun emak sangat mahir membaca tulisan jawi ayah. Hanya emak yang boleh membaca dengan lancar dan laju setiap patah perkatan yang ayah tulis. Apabila penulisan ayah hendak dibukukan, ia perlu ditaip dan ditransliterasikan dari tulisan jawi kepada rumi. Emaklah yang membacakannya dengan suara nya penuh irama kepada anak anak atau jurutaip semasa proses transliterasi berjalan.


Setelah siap ditaip dan di edit karya nya dihantar untuk diterbitikan. Akhirnya lebih kurang 20 buah buku karya terjemahan ayah telah diterbitkan oleh Pustaka Salam (Kuala Lumpur), Pustaka Aman Press (Kelantan) dan Pustaka ikhwan (Alor Star Kedah). Buku-buku itu terbit sepanjang tahun 1980-1990an. Antara buku-buku itu yang dikenali ramai ialah ”Hari hari dalam hidupku”, oleh Zainab Al Ghazali al Jubaili, Bekalan Jalan Dakwah, dan Jalan Dakwah oleh Mustafa Masyhur, Keperibadian Muslim (jilid 1 dan 2) oleh Mohd Ali Hashimi. Cinta oleh Abbas As Sisi, Antara Ulama Umarak, dan lain lain lagi.


Emak mengajar bagaimana ’memuaskan suami’


Semasa saya baru berkahwin, emak hanya berpesan, bahwa amat mudah memuaskan suami. Pertama tanamkan rapat rapat dalam benakmu, itulah suamimu dunia dan akhirat dan kamu kahwin hanya sekali. Setia bukan ucapan tetapi perbuatan yang dibuktikan. Jaga tempat tidurnya, jaga makannya dan jaga egonya. Apabila suami kamu marah kamu harus diam, nanti apabila suami kamu dah sejuk baru boleh cakap apa yang terbuku di hati.


Ganti cadarnya seminggu dua kali jangan sekali kali biarkan suamimu mencium bau hancing dan busuk di tilamnya.


Bangun pagi untuk suamimu dan anak anakmu. Sediakan sarapan pagi untuk mereka. Memasak untuk suami bukan kerana menghambakan dirimu tetapi itu adalah cara menambat hati suami. Dengan cara itu membuat suami mu rindukan masakanmu. Apabila suami rindukan masakan isteri dia tidak akan mencari masakan wanita lain. Amalkan makan jamu setiap kali selepas bersalin. Untuk kesegaran badan, awet muda dan keseronokkan bersama suami.


Man talaba ’uula sahira llayali


Emak selalu mengingatkan bahwa ’sembahyang malam’ membawa kemuliaan . Bak pepatah arab mengatakan;” Man talaba ’uula sahira llayali- bermakna: Sesiapa yang inginkan kemulian dan ketinggiian maka berjagalah malam. Hampir 7 dekad kehidupan emak membuktkan bahwa pepatah ini adalah benar.


Kata kata emak yang tidak akan saya lupa ialah : Tiada rehat selagi hidup, tiada pencen sebelum mati. Kerana hidup kita sentiasa berjuang dan kita mesti kaya untuk menolong orang lain.

Posted by Mama Tuesday, November 04, 2008 0 comments  



Jauh .....kapal belayar

MasyaAllah, this story is very inspirational & touching.

Mama sangat teruja dan terharu dengan cerita ini (ada air bening mengalir di pelipis mata ...sob... sob...sob...) mama terkenang masa lalu KERANA mama pernah mengalami desakan emosi yang sebegini satu masa dulu (many many years down the memory lanes).

Kini dan sesunguhnya cerita ini menambahkan modal dan kekuatan untuk diri mama dan teman teman seperjuangan yang pernah mengeluh mengenai perkara yg sama, malah ada yang cara berfikir juga sama....

Ya ALlah golongkan kami dalam golongan orang yang istiqamah dan bertaqwa. Golongan Al Muttaqin yang mendapat 9 (sembilan) buah Taqwa (teringat tazkirah yang diberikan oleh seorang teman mama dalam sesi usrah kami)........ Amin

~~~~~~~~

Jauh.............. kapal belayar

"Akh, dulu ana merasa semangat saat aktif dalam da'wah. Tapi belakangan rasanya semakin hambar. Ukhuwah makin kering. Bahkan ana melihat ternyata ikhwah banyak pula yang aneh-aneh."Begitu keluh kesah seorang mad'u kepada seorang murobbinya di suatu malam. Sang murobbi hanya terdiam, mencoba terus menggali semua kecamuk dalam diri mad'unya. "lalu apa yang ingin antum lakukan setelah merasakan semua itu ? " sahut sang murobbi setelah sesaat termenung. " Ana ingin berhenti saja, keluar dari tarbiyah ini. Ana kecewa dengan prilaku beberapa ikhwah yang justru tidak Islami. Juga dengan organisasi dakwah yang Ana geluti; kaku dan sering mematikan potensi anggota-anggotanya. Bila begini terus, Ana mendingan sendiri saja." Jawab mad'u itu.
Sang murobbi termenung kembali. Tidak tampak raut terkejut dari roman di wajahnya. Sorot matanya tetap terlihat tenang, seakan jawaban itu memang sudah diketahuinya sejak awal. " Akhi, bila suatu kali antum naik sebuah kapal mengarungi lautan luas. Kapal itu ternyata sudah sangat bobrok. Layarnya banyak berlubang, kayunya banyak yang keropos bahkan kabinnya bau kotoran manusia. Lalu, apa yang akan antum lakukan untuk tetap sampai pada tujuan?". Tanya sang murobbi dengan kiasan bermakna dalam. Sang mad'u terdiam dan berfikir. Tak kuasa hatinya mendapat umpan balik sedemikian tajam melalui kiasan yang amat tepat. " Apakah antum memilih untuk terjun kelaut dan berenang sampai tujuan?". Sang murobi mencoba memberi opsi. "Bila antum terjun ke laut, sesaat antum akan merasa senang. Bebas dari bau kotoran manusia, merasa kesegaran air laut, atau bebas bermain dengan ikan lumba-lumba . tapi itu hanya sesaat.
Berapa kekuatan antum untuk berenang hingga tujuan?. Bagaimana bila ikan hiu datang. Darimana antum mendapat makan dan minum? Bila malam datang, bagaimanan antum mengatasi hawa dingin?" serentetan pertanyaan dihamparkan dihadapan sang mad'u. Tak ayal, sang mad'u menangis tersedu. Tak kuasa rasa hatinya menahan kegundahan sedemikian. Kekecewaannya kadung memuncak, namun sang murobbi yang dihormati justru tidak memberi jalan keluar yang sesuai dengan keinginannya.
"Akhi, apakah antum masih merasa bahwa jalan dakwah adalah jalan yang paling utama menuju ridho Allah? " Bagaimana bila ternyata mobil yang antum kendarai dalam menempuh jalan itu ternyata mogok? Antum akan berjalan kaki meninggalkan mobil itu tergeletak dijalan, atau mencoba memperbaikinya? . Tanya sang murobbi lagi.
Sang mad'u tetap terdiam dalam sesenggukan tangis perlahannya. Tiba-tiba ia mengangkattangannya :"Cukup akhi, cukup. Ana sadar.. maafkan Ana…. ana akan tetap Istiqomah. Ana berdakwah bukan untuk mendapatkan medali kehormatan. Atau agar setiap kata-kata ana diperhatikan…
"Biarlah yang lain dengan urusan pribadinya masing-masing. Biarlah ana tetap berjalan dalam dakwah. Dan hanya Allah saja yang akan membahagiakan ana kelak dengan janji-janji- Nya. Biarlah segala kepedihan yang ana rasakan menjadi pelebur dosa-dosa ana". Sang mad'u berazzam dihadapan sang murobbi yang semakin dihormatinya.
Sang murobbi tersenyum "Akhi, jama'ah ini adalah jamaah manusia. Mereka adalah kumpulan insan yang punya banyak kelemahan. Tapi dibalik kelemahan itu, masih amat banyak kebaikan yang mereka miliki . Mereka adalah pribadi-pribadi yang menyambut seruan Allah untuk berdakwah. Dengan begitu, mereka sedang berproses menjadi manusia terbaik pilihan Allah." "Bila ada satu dua kelemahan dan kesalahan mereka, janganlah hal itu mendominasi perasaan antum. Sebagaimana Allah ta'ala menghapus dosa manusia dengan amal baik mereka, hapuslah kesalahan mereka dimata antum dengan kebaikan-kebaikan mereka terhadap dakwah selama ini. Karena di mata Allah, belum tentu antum lebih baik dari mereka."
"Futur, mundur, kecewa atau bahkan berpaling menjadi lawan bukanlah jalan yang masuk akal. Apabila setiap ketidak-sepakatan selalu disikapi dengan jalan itu , maka kapankah dakwah ini dapat berjalan dengan baik?" sambungnya panjang lebar. "Kita bukan sekedar pengamat yang hanya bisa berkomentar. Atau hanya pandai menuding-nuding sebuah kesalahan. Kalau hanya itu, orang kafirpun bisa melakukannya. Tapi kita adalah da'i. kita adalah khalifah. Kitalah yang diserahi amanat oleh Allah untuk membenahi masalah-masalah di muka bumi. Bukan hanya mengeksposnya, yang bisa jadi justru semakin memperuncing masalah.
"Jangan sampai, kita seperti menyiram bensin ke sebuah bara api. Bara yang tadinya kecil.tak bernilai, bisa menjelma menjadi nyala api yang yang membakar apa saja. Termasuk kita sendiri!" "Bekerjalah dengan ikhlas. Berilah taushiah dalam kebenaran, kesabaran dan kasih sayang kepada semua ikhwah yang terlibat dalam organisasi itu. Karena peringatan selalu berguna bagi orang beriman. Bila ada isyu atau gosip tutuplah telinga antum dan bertaubatlah. Singkirkan segala ghil antum terhadap saudara antum sendiri. Dengan itulah, Bilal yang mantan seorang hamba hina menemui kemuliaannya.
" Suasana dialog itu mulai mencair. Semakin lama, pembicaraaan melebar dengan akrabnya. Tak terasa, kokok ayam jantan memecah suasana. Sang mad'u bergegas mengambil wudhu untuk berqiyamu lail. Malam itu. Sang mad'u sibuk membangunkan mad'u yang lain dari asyik tidurnya. Malam itu sang mad'u menyadari kesalahannya. Ia bertekad untuk tetap berputar bersama jama'ah dalam mengarungi jalan dakwah. Pencerahan diperolehnya. Demikian juga yang kita harapkan dari semua kita.

Posted by Mama Wednesday, October 15, 2008 2 comments  



9 Steps to a Successful Business Turnaround

9 Steps to a Successful Business Turnaround

If the business is not working out as planned then it may be time to investigate what to do to turn the business around. There are 9 basic steps that a business owner should follow to succeed.

Many owners of small and medium sized businesses have successfully used these steps to improve their business results.

Step 1: Write up proper plans.
It is absolutely critical that your business has written plans relating to your operation. Companies who develop and follow their plans on a day to day basis generally never get into trouble. The plan is the roadmap for your business. Your plan makes it easier to detect when you have run off the road and what you have to do to get back on. It prevents your business running into difficulties from which you may not be able to recover.

Everyone involved in a business - management, employees and the business owners - need to understand the business’s future plans as well as how to achieve the objectives of those plans. Each person needs to see how they fit in and what they have to do to assist in meeting the targets. Many people value the opportunity of putting forward suggestions, ideas and skills from their own experience that may help turn the business around.


Step 2: Keep contact with the key staff and directors.
When things are tough and a turnaround is needed, get together your key people and have a “no holes barred” brainstorming session focused on how to fix things. Don’t go into a meeting without a plan because people lose confidence in leaders who lack a plan and who have no vision for the business.

Present yourself as being self-assured, open minded, flexible. Listen to your key people as well as other advisers.


Step 3: Keep in touch with your staff.
Your people are the most important asset that your business will ever have. People make the business. Nothing can be achieved without the skill employees and managers bring into the operation. Where necessary meet with everyone and explain the current business situation. Try to find out what others think. See if anyone with expertise can throw some light on what is going wrong and together agree on possible strategies to improve the position. You may be amazed at how employees and managers will rise to the challenge of volunteering their input when asked.


Step 4: Meet often with your customers.
It’s a small world out there and many rumours abound. You don’t want loose speculation flying around the business community about the problems your business may be having. You don’t want your key customers to become nervous. Some may start looking for other suppliers if they suspect things are not good. It is important for you to stay close to your customers and keep them informed of the situation. They need to know that you have the matter under control. They need reassurance. They need to see that you have a sound plan to correct your current state of affairs. They need to know that they are not endangered financially in any way

Most customers will work with you because you are also part of their own business. They are dependent on you to supply them with the products that they need. Don’t go into detail, but simply inform your customers of your situation and how your business is planning to correct the temporary problem. It is important to be reassuring and confident, but it’s not necessary to go into detail.


Step 5: Meet with your suppliers.
Suppliers get very nervous when they hear on the grapevine that one of their customers may be having problems. Gossip and bad news travel faster than good news, so be aware that some people need to be alerted quickly before things get out of hand.

Once again, prepare a statement to your suppliers of the temporary problems your business is facing. Let them know about the plans you have to correct the situation. Most suppliers understand where you are at because many of them have been in the same position in the past. You will be pleasantly surprised at the support you will receive from most suppliers. They will stick by you as long as you are open and not deceitful.


Step 6: Talk with the tax man.
If you find that your situation does not allow you to pay your tax on time, get in touch with the Taxation Department. You'll have a better hearing from them if you are upfront with everything. Most tax departments will work out a strategy allowing you extra time to meet your tax obligations.


Step 7: Keep close to your bank.
If you need more funds and you have a loan in place or a line of credit, talk to your bank manager or loan officer. Let your bank know what your needs are. Don’t write. It's best to deal with these things face to face. Give them the bad news, but follow this up quickly with your proposed plan of action. Be confident and reassuring. This will guarantee you a better hearing and co-operation.


Step 8: Retain the staff you need.
Sometimes it is too much stress trying to look after all staff if there is not enough money coming into the business to pay everyone. No one likes to let people go, but if the business is to survive you may have to retain only those who are essential for producing the products or making the sales.


Step 9: Reduce all costs.
Sit down and make a list of all expenditure in your business. Eliminate what you can do without. Some expenses can be put forward to the future. Other costs can be reduced immediately without affecting the business operation. Sometimes it's not always a matter of trying to generate additional sales or income. Sometimes the more drastic action of cutting expenses mercilessly can fix the problem overnight.

Posted by Mama Tuesday, October 14, 2008 1 comments  



Dia tidak akan kembali

Dua hari sudah berlalu daripada sepuluh terakhir Ramadhan thn 1429.
Atau dua puluh dua hari keseluruhan Ramadhan tahun ini telahmengucapkan selamat tinggal kepada kita.
Detik Ramadhan tahun ini hanya tinggal lapan hari sahaja lagi. Waktu yang telah berlalu DIA tidak akan kembali lagi. Jika kembali pun, mungkin akan berlaku pada hari akhirat nantidalam bentuk yg selayaknya bagi Allah ketika Dia memapar kembaliamalan kita.Ditolak dengan kesibukan persiapan hari raya dan urusan nak balik kampung, berapakah waktu yang masih tinggal untuk kita fokus bacaan quran dan amalan-amalan lain?

Ungkapan Arab ada berbunyi: "Apa yang tidak boleh dimiliki keseluruhannya, janganlah ditinggalkan kesemuanya".

Berdasar semangat ungkapan ini, penuhilah baki-baki Ramadhanyang masih tinggal dengan memperbanyakkan ibadah. Siapa tahu dengan sedikit penumpuan kita di akhir Ramadhan ini, kita akan dipertemukan dengan Lailatul Qadar, iaitulah malam yang lebih baik dari seribu bulan.Sekian, moga kita termasuk dikalangan manusia yang beruntung untuk bulan Ramadhan tahun ini. Aminnn

Posted by Mama Monday, September 22, 2008 0 comments  



Perutusan Ramadhan dari Ustaz Muhammad Mahdy Akif

Walaupun ramadhan sudah dua minggu bermula, tetapi belum terlambat kerana Ramadhan masih ada. Mungkin dengannya kita menambahkan semangat dan kekuatan utuk mengurangkan tidur, kurang rihat dan tambah amal terutama dalam mengejar malam Lailatul Qadar. satu malam yang lebih baik dari seribu bulan......

***************************************************************************

“Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Dia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna…” (al-Anfal:24)

Wahai ikhwan dan akhawat (sdra dan sdri)

Assalamu’alaikum warahmatullahi wa barakatuh, wa ba’d

Moga-moga setiap tahun kamu dilimpahi kebaikan. Kini kamu dipayungi bulan mulia lagi berkat. Di dalamnya kebaikan berantai-rantai tiada putus, hembusan rahmat bertali arus, limpahan kasih al-Rahman mengalir laksana arus. Sesungguhnya Ramadan benar-benar bulan rahmah, maghfirah dan bebas dari belanggu api neraka. ”(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah...” (al-Baqarah:185)

Ketahuilah sesungguhnya perjalanan yang panjang itu memerlukan bekalan. “….dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah takwa dan bertakwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya)”. (al-Baqarah:197)

Hendaklah kamu jadikan Ramadan ini masa untuk menyiapkan bekal setahun. Jadikan siam (puasa), qiam, wirid, i’tikaf, sedekah dan solat sebagai bekalan dalam perjalanan mengadap Tuhan. Daripada bekalan itu kita bisa berdiri, membangun cita-cita yang tinggi, memperkuat keazaman yang murni. Saat kita beramal di bulan yang mulia, hati bertaut dengan Kekasihnya, tidak lucut ikatannya, tidak putus pengharapannya, sedang jiwa mencapai keberuntungan berjual beli dengan Allah Yang Maha Esa. ”Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata dan Allah pula Amat belas-kasihan akan hamba-hambaNya.” (al-Baqarah:207)

Jadikanlah Ramadan ini titik berlepas ke arah mencapai tujuan. Jadikan Islam sebagai sebuah daulah yang bergerak di dalam jiwa-jiwa manusia dan melekat di dalamnya. aqidah dan iradah, amal dan ibadah, ilmu dan kepimpinan, keagungan dan ketuanan. Biarlah Islam menjadi aqidah yang menggerakkan iradah (kemahuan), ibadah yang melahirkan amal, ilmu yang melayakkan memimpin, mendapat penghurmatan dan ketuanan. Semuanya terhasil dan tercerna mengikut acuan rabbani yang amat luas. Hendaklah semua hati-hati menjadikan matlamat puasa mereka seperti yang telah digariskan di dalam firman Allah yang bermaksud: ”.... supaya kamu bertakwa”. (al-Baqarah:183)

Beramallah dengan bersungguh-sungguh supaya bulan ini tidak pergi kecuali dalam keadaan kamu telah memperlihatkan kepada Allah keyakinan kamu kepada janjiNya, beriltizam dengan perintahNya, berjalan mengikut manhajNya, “Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma) dan dia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya.” (al-Baqarah268). Pacakkan bendera yang bersesuaian bagi setiap sepuluh hari bulan Ramadan. Sepuluh yang pertama haraplah rahmat dengan berkasih sayang dan menguhubung silatul rahim. Sepuluh kedua harapkan keampunan dengan memohon ampun dan saling bermaafan agar terlerai segala dosa dan kesilapan lalu. Dan kemudian sepuluh terakhir haraplah kebebasan dari segala belenggu di dunia dan akhirat. “Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.” (al-Ahzab:23)

Sahutlah seruan untuk hidup pada bulan Ramadan ini supaya sepanjang tahun akan datang nanti terus mekar dan subur berpanjangan. ”Wahai kaum kami! Sahutlah (seruan) Rasul (Nabi Muhammad) yang mengajak ke jalan Allah, serta berimanlah kamu kepadanya, supaya Allah mengampunkan sebahagian dari dosa-dosa kamu dan menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya.” (al-Ahqaf:31)

Awas dan waspada Jangan sampai Ramadan kali ini terlucut dari genggaman kamu! Jika itu berlaku, rugilah kamu, kerugian yang tidak mungkin ditampung dengan apa usaha sekalipun. ”Dan sesiapa tidak menyahut (seruan) Rasul yang mengajaknya ke jalan Allah, maka dia tidak akan dapat melepaskan diri (dari balasan azab walau ke mana sahaja dia melarikan diri) di bumi dan dia tidak akan beroleh sesiapapun yang lain dari Allah sebagai pelindung-pelindung yang membelanya; mereka (yang demikian sifatnya) adalah dalam kesesatan yang nyata.” (al-Ahqaf:32) “Kepada pentadbiran Allah jualah terpulang segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira” (al-Rum:4)

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

محمد مهدي عاكف
المرشد العام للإخوان المسلمين

Terjemahan Ustazah Maznah Daud
Ramadhan 1429.

Posted by Mama Tuesday, September 16, 2008 1 comments  



Kita dah masuk 10 Ramadhan kedua…..

Pejam celik, pejam celik, kata orang diam tak diam, kita dah nak masuk gear dua dalam bulan Ramadhan, Ya kita dah masuk 10 hari kedua dalam bulan Ramadhan. Seorang sahabat mengghantar email maka mama kongsikan sebuah tazkirah yang sungguh menyentuh norani dari seorang ustaz .

" kita pergi ke kedai tayar, untuk ‘balancing tayar’ sahaja. Cina tu kata,” tayar dah rosak - beralun alun dan bahaya”. Maka kita pun risau, kita pun suruh dia menukar tayar.
Kemudian foreman itu kata lagi, ”Minyak hitam (injin) pun dah pekat, nanti balik raya jalan jauh tak elok pada injin. kita pun tukar minyak hitam (pastinya dengan filternya sekali, tambah lagi duit! ). Cina tu cakap, kita percaya. Tak musykil pun. Kita Yakin, ‘Haqqul yakin (dengan sebenar benar yakin!, Kita tidak mempersoalkan nya, apalagi membantah. Padahal Foreman itu bukan Islam, kata setengah orang disebut ‘kafir’.

Tetapi bila Allah SWT berfirman maksudnya : “ 10 hari pertama ramadhan adalah keberkatan”, ramai yang macam tak percaya atau mungkin tak rasa apa-apa”. Masih ada berlegar-legar di Chow kit sebab sentiasa menyangka dan memujuk hati dengan berkata,” masih ada masa nak terawikh, 20 hari lagi.
Kemudian 10 hari ke dua adalah keampunan Allah, pun ramai yang macam tak dengar sahaja., bahkan untuk 10 hari yang ketiga adalah pelepasan dari api neraka –bertambah lah ramai yang macam dengar tak dengar sahaja. Almaklumlah sudah sibuk persediaan raya, pakaian, kuih-kuih, hiasan, dah sampai di kampung dan melayan ahli keluarga). Maka di mana kita???,
Jom gandakan amal, jangan miss tarawikh, banyakan baca Quran, cuba dapatkan lailatul qadar, malam seribu bulan……entah entah ramadhan kali ini mungkin lebih baik dari ramadhan tahun lepas…..

Posted by Mama Wednesday, September 10, 2008 0 comments  



Wanita boleh berkhutbah Jumaat?

Tetiba pagi ini teringat nak melawat website sifu PTS Puan Ainon. Wahhh memang teruja membaca khutbah jumaatnya pagi ini... Wanita boleh berikan khutbah jumaatnya.....

Khutbah Jumaat PTS: Memilih Prioriti - antara Menyebar-kembangkan Islam ataupun Mempertahankan Islam

http://universitipts.com/index.php/site/comments/khutbah_jumaat2/

mama terasa teruja juga hendak menuliskan sedikit dalam webnya yang sangat popular itu...

"Salam, Alhamdulillah, MasyaAllah.

Saya rasa sunggh teruja dengan khutbah jumaat pagi ini.

Siapa kata wanita ‘tidak boleh’ berikan khutbah jumaatnya?. Kita wanita millinuem serba boleh, tidak boleh berkhutbah di mihrab masjid, makanya khutbah jumaat oleh wanita diberikan di cyberspace!. Makmumnya global. Kerana setiap individu Muslim bebas melakukan dakwah dan jihad menurut kemampuan masing-masing, bak kata kata As Syahid Hassan AL Banna:
“ ”Sesungguhnya tukang berbicara itu berbeza dari ahli amal, dan ahli beramal berbeza dari ahli jihad, dan ahli jihad berbeza dari ahli jihad yang produktif dan bijaksana. Dia memperolehi keuntungan yang gemilang dengan pengorbanan yang sekecil-kecilnya”
Yang paling penting ialah kita ‘cinta’ terhadap semua usaha dan kerja ‘dakwah’kita. KIta ‘cinta’ dakwah bukan setakat ‘berdakwah’ sahaja. Teringat kata kata yang dipetik dari Dari filem Sang Murabbi – Almarhum Rahmat Abdullah – Sheikh Tarbiyah PKS, Indonesia :
“Kita bukan hanya ‘BERDAKWAH’ tetapi mesti CINTA DAKWAH”
Cinta dakwah mendorong kita mencintai SEMUA ORANG dan SEMUA TUGAS.Apabila kita cinta dakwah maka dengan cinta kita melakukan sesuatu tugas laksana enjin dan ELEMENT lain berfungsi dalam kenderaan: tidak penting siapa ‘penumpangnya’....
Saidina Khalid bin Al-Walid mencintai jihad, bukan menikmati saat-saat membunuh orang. Dia mencintai “tugasnya”, misi cinta dakwah menjadikan dia menikmati ‘kesulitan’, setiap halangan menjadi cabaran, kesusahan adalah bayangan keenakan syurga. Dia juga berkata, “Berada pada suatu malam yang dingin membeku dalam suatu pertempuran, lebih aku sukai daripada tidur bersama seorang gadis dimalam pengantin”.
Jika ingin berehat nanti di syurga....
Dakwah ialah mengajak/memujuk/menggoda atas nama cinta. Bukan menyuruh atau memaksa
Semoga kita semua dirahmati Allah....
Tumpang mempromosikan buku saya, “Bagaimana akhirnya saya bertudung” telah dicetak buat kali ke 7, dan buku kedua saya “Mengapa Saya Bekerja” akan keluar dalam pasaran tidak lama lagi (telah dihantar ke printing), Terima Kasih PTS memberi saya peluang saya mencintai dakwah melalui minat saya mencintai penulisan.
Selamat berpuasa, bulan rahmah maghfirah dan janji syurga dan jom kita sama sama merebut malam lailatul qadar.

Posted by Mama Friday, September 05, 2008 0 comments  



Nostalgia surah Al Baqarah ayat 133 dan ayahnda tercinta


133] (Demikianlah wasiat Nabi Yaakub, bukan sebagaimana yang kamu katakan itu wahai orang-orang Yahudi)! Kamu tiada hadir ketika Nabi Yaakub hampir mati, ketika dia berkata kepada anak-anaknya: Apakah yang kamu akan sembah sesudah aku mati? Mereka menjawab: Kami menyembah Tuhanmu dan Tuhan datuk nenekmu Ibrahim dan Ismail dan Ishak, iaitu Tuhan Yang Maha Esa dan kepadaNyalah sahaja kami berserah diri (dengan penuh iman).


Mama bertilawah Al quran seperti biasa pagi ini selepas solat subuh, tetiba teringat almarhum ayahnda yang telah lama pergi apabila terbaca ayat 133 surah Al Baqarah diatas. Air mata terburai hati sayu dan teringat ingat, terngiang suara ayahnda tercinta yang membaca ayat diatas tadi berulanga-ulang pada malam terakhir kehadiran beliau bersama sama anak anak & cucunya di malam hari raya keempat (Aidulfitri) di rumah nya di Kg Sg Pulai Muar tahun 1994.

Malam itu kita semua berkumpul di rumah ayahnda (anak anak mama memanggilnya Tok Yek) dan malam itu ada beberapa kumpulan perbincvangan, ada kaum ibu, kaum bapa dan anak anak berborak dan ketawa gembira sehingga puul 2 pagi. Tok Yek mula-mula joint perbincangan dalam kelompok kaum bapa, kemudian neliau bergerak dan berjalan dari kelompok kesatu kelompok perbincangan sambil mengulang ulang ayat diatas dan ditambah dengan ulasan dan syarahan kecil;

"Nabi Yaakub bertanya kepada anak-anaknya, Siapakah yang akan kamu sembah setelah aku mati?...kenapa dia tidak bertanya, apakah yang kamu nak makan apabila aku mati? apakah yang akan kamu warisi setelah aku mati...?".......

Itulah yang Tol Yek ulang ulang....sehingga semua orang tertanya tanya kenapa Tok Yek berbicara soal kematian?....Sebenarnya ia bukan soal kematian, tetapi ia mengingtakan kepada kita pokok kehidupan kita, ia itu soal akidah dan kepercayaan...dalam kehidupan ini bukan soal makan dan minum, bukan soal harta dan kelazatan semata....tetapi soal akidah dan kepercayaan dan sola syiar dan syariah..its all about syariah.... anak anak akan bertanya apa beza syiar apa beza syariah?...itu sendiri kena tahu

Tiba tiba dalam jam 3 pagi kami dikejutkan oleh berita Tok Yek akan dihantar ke hospital kerana sakit perut yang bersangatan, mama pegang perut Tok Yek...keras sangat! Tok Yek mengerang kesakitan sepanjang jalan ke hostpital Muar. Esoknya Tok Yek di bedah kerana komplikasi usus, the operation was recessful but he never recover after the operation, kata orang mungkin dia sudah tua tidak tahan dengan ubat bius. Benarkah begitu any doctor here?

Sehari kemudian Tok Yek meninggal dunia yang fana ini, sebaik sahaja azan Asar berkumandang, Masa itu mama sedang menghadapi Tok Yek ditepi katil nya sedang membacakan surah Al Waqiah, sebaik azan dikumandangkan , nafasnya berhenti... Wahai jiwa jiwa yang tenanag kembalilah kepada tuhamnu dengan kedaan redha dan diredhai, dan masuklah ke dalam syurga ku....

Jadi sebaik sahaja mama stumbled upon this ayat, tetiba nostalgia itu kembali lagi. Marilah kita bacakan al Fatihah untuk AlMarhum ayahnada (aka Tok Yek) Tuan Guru Hj Mohd Tahir bin Daeng Mengati. Beliau merupakan seorang pahlawan kemerdekaan Indonesia Melawan Belanda, menjadi suaka di Tanah Melayu tahun 1946 namun disini dia mengembangkan keturunan nya, untuk kita warisi semangat dan roh perjuangannya. Disini menjadi pelopor dakwah dan kerja kerja Islam. Malah menjadi salah seorang pengasas Parti PAS di Johor pada tahun 1954 dan tsabat dalam perjuangan Islam sehingga beliau menghenbuskan nafas terakhirnya. Disamping itu itu beliau telah menterjemahkan berpeluh buku buku mengenai geraka Islam yang ditulis oleh tokoh tokoh perjuangan dan dakwah dari Ikhwanul Muslimin. Kenapa beliau terlalu minat dengan ikhwan?..Ada kisah yg paling menarik semasa beliau menunaikan haji di Mekah pada tahun 1955. .......

Pokoknya ada darah panas perjuangan mengalir dalam diri kita semua. Kita nyalakan obor agar darah yang mengalir dapat direalisasikan oleh kita dalam mengamalkan Islam dalam diri dan keluarga serta masyarakat

Posted by Mama Thursday, September 04, 2008 1 comments  



Sahabat pergi menemui Ilahi- Prof Madya Tarmidi Tamsir

Inna Lillahi wa inna ilai rajiun
Dari Allah dia datang dan kepada Allah dia kembali
Dia pergi di bulan Ramadhan yang mulia ini. Betapa ALlah sayang kepadanya

Al Fatihah

Pagi ini mama dikejutkan dengan berita kembalinya seorang sahabat lama Prof Madya Termidi Tamsir, Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Elektrik, UTM Skudai) yang tinggal di Taman Sri Pulai, Skudai. Beliau telah mengadu sesak nafas pada awal pagi tadi, dan isterinya telah membawa ke klinik swasta di Taman Sri Pulai. Walau bagaimanapun, beliau telah menghembuskan nafas terakhir di klinik berkenaan pada kira-kira 6.40 pagi tadi. Menurut auntie Dayat kematian mungkin kerana penyakit cancer yang dihidapi sejak beberapa tahun lalu. Urusan jenazah akan diuruskan oleh kariah Masjid Taman Sri Pulai dan akan dibantu oleh Prof Dr Noorazlan Zanzali. Keluarga telah membuat keputusan untuk dikebumikan di Skudai, Johor hari ini.

Anak-anak almarhum ialah Aiman( class mate Kak Yong di Al Amin), Naim( class mate Bangah di AL AMin juga), Zakri (26 thn), Hanif (24 thn, study medicine di Uni Hassanuddin, Sulawesi), Ahnaf (22 thn, Uni Tun Husin Onn Malaysia), Izzati (20 thn, Univ.Malaya), Ghazi (18 thn), dan Alifah (16 thn), sementara balunya ialah ukht Maimunah.

PM Tarmidi kawan baik papa dan senior mama during diploma years @ UTM(dulunya ITK). PM Tarmidi selau mengadakan tution sebelah malam untuk adik adik junior semasa dia berada di tahun akhir Diploma ITK. Isteri beliau mama panggil Kak Munah memang rapat dgn keluarga kita.

Mama mendapat berita terbaru tadi bahwa semasa solat jenazah selepas zohor, lebih 1000 orang solat jenazah untuknya. ALangkah beruntungnya dia. Semoga doa para sahabat memudahkan segala urusannya di alam baqa'.

Mama wish one day when the time comes to be treated like that too. Mama berharap nanti apabila mama pergi pun mama ingin kan seramai itu orang akan mensolatkan jenazah mama. AMINNNNN....

Sama-sama kita doakan agar ruhnya dirahmati oleh Allah swt, ampunkan segala dosa-dosanya dan ditempatkan bersama orang-orang soleh.

Posted by Mama Tuesday, September 02, 2008 1 comments  



Sebarkan banner Ramadhan agar kita penuhkan Puasa dengan amalan

Salam,

Hari kedua Ramadhan, dah beberapa muka surat Al Quran dibaca? Ini peringatan untnuk diri snediri yangs elalu alpa dan lupa....

Boleh lah sebarkan banner ini dan masukkan dalam blog masing masing....





Ramadhan silih berganti meniti usia
Kini datang lagi menjengah muka
Bertanya khabar dan berita
Tentunya ramai yang bergembira
Tapi kenapa ada juga yang berduka?

Saratnya Ramadhan dengan pahala memang dinanti
Siapa dan apa saja amal akan diganjari
Kerana bulan ini bulan tarbawi lagi diberkati
Usah dipersia nanti rugilah diri

Masihkah ada baki usia kita
Sedangkan ajal pergi tanpa diminta
Entah hari ini, esok atau pun lusa
Bersemadi di pusara menunggu hari bicara

Ayuh ! ... rebutlah peluang
Jalan telah terbentang
Mendamba rahmat serta keampunan
Syarat syurga Tuhan.


Posted by Mama Tuesday, September 02, 2008 0 comments  



Buku Terbaru bakal keluar....


Insya Allah dalam waktu terdekat ini buku mama yang terbaru akan keluar, tajuknya

Mengapa saya bekerja
lebih lanjut di sini....


http://bukumama.blogspot.com/2008/08/mengapa-saya-bekerja.html

Posted by Mama Saturday, August 30, 2008 0 comments  



Abai solat & mudah bersumpah boleh jadi iblis

Seorang ustaz menghantar satu email yang baik untuk dibuat renungan dan dikongsi bersama.

Beliau mengambil beberapa petikan dari buku "Tanbih al-Ghafilin" mengenai "kebudayaan bersumpah''.

"Dahulunya Iblis dapat dilihat dan bertemu secara terang terangan dengan semua manusia, maka ada seorang insan bertanya kepada Iblis: "Hai Abu Murrah (Iblis)! bagaimana caranya untuk menjadi seperti engkau? (maksudnya: untuk menjadi Iblis). Jawab Iblis: Celaka engkau! Tidak pernah ada seorang manusia yang mahu menjadi seperti aku. Bagaimana engkau boleh membuat permintaan itu?

Insan malang ini menjawab itu: "Memang saya betul-betul ingin menjadi seperti engkau".

Maka Iblis pun berkata: " Kalau engkau betul-betul ingin menjadi seperti aku, engkau lakukan dua perkara:

pertama, abaikan sembahyang

dan

kedua, jangan mengambil berat tentang sumpah (maksudnya: Selalulah bersumpah samada kamu bercakap benar atau berdusta)... .."

Dari kitab Tanbih al-Ghafilin, ms 395, (Bahasa Indonesia ke Bahasa Malaysia)

Posted by Mama Friday, August 29, 2008 0 comments  



Rumah ALlah di dunia adalah di hati kita

Ahlan wa sahlan Ya Ramadhan

"Aku telah menyediakan syurga untukmu. Sebelum itu aku usir syaitan dari dalam syurga itu. Namun rumah-ku di dunia adalah dihatimu. Jadi sudahkah kamu bersihkan hatimu dari selain-Ku"

(Hadist-Qudtsi)

Semak lah,muhasabah lah dan tanyalah dalam diri kita. Dalam hati kita masih kah ada atau penuh dengan "tuhan-tuhan" yang lain...seperti wang, pekerjaan, harta benda, emas permata, kekaksih yang terlalu kita impikan, ,dambakan dan cita citakan sehingga melebihi keperluan spiritual kita ?

Di bulan Ramadhan adalah saat terbaik membuat interopeksi dan muhasabah diri. Kita bersihkan hati dan fikiran kita dari semua tuhan-tuhan yg lain.

Di bulan yang penuh rahmat, maghfirah ini., kita mulakan fokus usaha dan amal kita untuk memenuhi hati kita dengan Tuhan Allah kita.

InsyaAllah, Allah akan ada di setiap hati kita dan kita tidak akan resah & gelisah saat "tuhan-tuhan" yang lain meninggalkan kita, kerana Allah TIDAK pernah meninggalkan hambanya yg mengingatNya..Subhanallah...

Selamat menjalankan ibadah Puasa...
Sama samalah kita bermaaf maafan Lahir Batin..

Posted by Mama Wednesday, August 27, 2008 0 comments  



Kezaliman yang paling dahsyat....

Mama baca berita ini terlewat, sebab setelah beberapa hari apabila ada kawan memberitahu mengenainya.

*Abdullah meletak kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara sempena sambutan Hari Pahlawan, di Kuala Lumpur, semalam. (Berita Harian, Jumaat, 1 Ogos 2008)*

*Kenyataan Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin Tentang Upacara Tugu Negara Sempena Hari Pahlawan* <http://drmaza.com/home/?p=344>“Perbuatan mana-mana individu muslim sama ada pemimpin atau rakyat yang meletakkan kalungan bunga, tabik hormat dan bertafakur yang dilakukan untuk Tugu Negara adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip akidah Islam yang anti kepada sebarang unsur keberhalaan. Perbuatan seperti itu seakan menjadikan tugu berkenaan berhala yang dihormati. Sekiranya pun pelakunya tidak mempunyai sebarang iktikad bahawa itu semua memberi manfaat dan mudarat, maka perbuatan itu adalah sia-sia dan bodoh. Ia haram tetap kerana meniru perbuatan musyrikin. Jika pelaku beriktikad itu memberikan kemanfaatan kepada keamanan, kedamaian ruh mereka yang telah meninggal dunia, maka itu adalah perbuatan syirik yang jelas. Akidah Islam menentang sebarang unsur keberhalaan. Pemimpin atau sesiapa sahaja yang terlibat dalam perbuatan ini hendaklah bertaubat kepada Allah dan kembali kepada akidah Islam yang sebenar. Firman Allah: (maksudnya) /“Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberi kepada Ibrahim sebelum itu jalan yang benar (dalam bertauhid), dan Kami mengetahui akan halnya. Ketika dia berkata kepada bapanya dan kaumnya: “Apakah patung-patung ini yang kamu berdiri di hadapannya (memujanya)? Mereka menjawab: “Kami dapati datuk nenek kami selalu menyembahnya. Ibrahim berkata: “Sesungguhnya kamu dan datuk-nenek kamu adalah dalam kesesatan yang nyata”./ (Surah al-Anbiya 50-54)”

Apakah kezaliman yang paling dahsyat?


Membunuh tanpa hak itu zalim,
menahan tanpa perbicaraan itu zalim
Menuduh orang terhadap sesuatu yang tidak dibuatnya juga zalim
Dan orang kata buang subsidi minyak secara mengejut juga zalim.
Terasa bila kena diri sendiri.

Tetapi bila orang Islam berbuat syirik
Syirik itu benar-benar kezaliman yang (amat) besar -Luqman
Syirik adalah antara dosa yang tidak diampunkan Allah
Dengan orang-orang kafir masih kita ketemui
ayat-ayat al-Quran yang berbicara
katakanlah wahai orang-orang kafir.
Tetapi tidak dengan orang musyrik.

Perjuangan atas kertas.
Jika orang murtad ingin menulis pertukaran agama
atas dokumen resmi, ramai yang sensitif.
Tetapi jika buat terang-terang dan masuk kertas suratkhabar?
Bagaimana kita dipesungkan?Bukankah kita tahu seseorang akan sampai
di hari akhirat dengan amalan perbuatannya
bukan mykad bukan dokumen dunia tetapi
apa yang dicatatkan malaikat.
Saya ingat apabila Abrahah datang dengan tentera bergajah
mahu runtuhkan Kaabah dan merampas harta-harta penduduk Makkah
Abdul Muttalib datang berunding
minta pulangkan unta-untanya.
Kaabah? Itu Allah punya, terpulang kepadaNya.
astaghfirullah

Ayuh, berlindunglah!
Ya, Allah kami berlepas diri dari Abdullah Badawi
Kami berlepas diri dari Musa Hasan
Kami berlindung dengan Mu dari mensyirikkan Mu
dengan sesuatu yang kami ketahui
dan
Kami memohon ampun dari Mu terhadap apa yang tidak kami ketahui.
Janganlah Engkau masukkan kami dari golongan yang zalim itu.

Syirik adalah kezaliman yang besar
Zalim kepada terhadap tuhan semesta Alam.
Jika tiada manusia mahu mempertahankan Allah,
maka Allah maha perkasa dari segala dari apa yang manusia mampu lakukan.
Hukum Islam sudah jelas
Fatwa kebangsaaan fatwa negeri sudah ada.
Di mana orang yang mahu mempertahankan Islam?
Di mana letaknya muka orang Islam?
Jika bukan Islam mahu berbincang tentang hukum Islam
sangup buat bantahan.
Jika ketua Islam Hadari menzalimi Tuhan tiada tindakan.
Bukankah lebih baik belanja diberikan kepada pahlawan-pahlawan
bukan kepada batu yang tidak bernyawa.
Wahai tuhan kami janganlah engkau siksa kami
kerana kelupaan kami, ampunikanlah kami

oleh Wan Hasbullah Pulau Pinang

Posted by Mama Wednesday, August 13, 2008 0 comments  



Buku BASB dicetak kali ke 7


Buku "Bagaimana akhirnya saya bertudung" telah diulang cetak untuk kali ke tujuh....

http://bukumama.blogspot.com/2008/08/buku-mama-di-kemas-kini.html

Posted by Mama Friday, August 08, 2008 0 comments  



Usah takut miskin kerana bersedekah

Usah takut miskin kerana bersedekah

(Tersiar di Berita Harian 28 Jun 2008)

"APA itu miskin, bu? Budak-budak lain di taman kata kita miskin. Benarkah itu, bu?" tanya si anak. “Tidak, kita tidak miskin, Aiko,” jawab ibunya. “Apakah kemiskinan itu?” Aiko, si anak, bertanya lagi.
“Miskin berarti tidak mempunyai se suatu apapun untuk diberikan kepada orang lain.” Aiko agak terkejut. Oh! Tapi kita memerlukan semua barang yang kita punya, apakah yang dapat kita berikan” katanya menyelidik. “Kau ingat makcik penjual kuih yang menjaja keliling kampung ke sini minggu lepas? Kita memberinya sebahagian dari makanan kita kepadanya. Kemudian dia datang semula ke sini. Kita berikan dia tempat tidur, kerana dia tidak ada tempat untuk menginap malam itu?

“Rumah kita pun jadi sempitkan?” jawab Aiko. Tapi si ibu tidak mengaku kalah “Kan kita selalu memberikan sebahagian dari sayuran kita kepada keluarga Watari, bukan?” katanya. “Ibulah yang memberinya. Hanya saya seorang yang miskin. Saya tidak punya apa-apa untuk diberikan kepada orang lain.” Si ibu tersenyum dan memberikan pandangan pada anaknya.

“Oh! engkau pun ada sesuatu. Setiap orang mempunyai sesuatu untuk diberikan kepada orang lain. Fikirkanlah hal itu dan kau akan menemukan sesuatu.” Tidak lama kemudian, si anak mendapatkan jawapannya. “Bu! Saya mempunyai sesuatu untuk saya berikan. Saya dapat memberikan cerita-cerita saya kepada teman saya. Saya dapat memberikan kepada mereka cerita-cerita dongeng yang saya dengar dan baca di sekolah.”


“Sudah semestinya! Kerana kau pandai bercerita, seperti bapamu juga. Setiap orang senang mendengar cerita.” “Saya akan memberikan cerita kepada mereka, sekarang ini juga!” kata Aiko. Dialog itu terdapat dalam buku kumpulan kisah-kisah inspirasi Aiko and Her Cousin Kenichi.

Dialog antara ibu dan anak itu, meneguhkan sebuah kesedaran besar, bahawa setiap kita boleh memberi. Ini lebih dari sekadar sebuah kesedaran sosial. Tapi kesedaran untuk menjadikan hidup ini lebih bererti kerana dapat membahagiakan orang orang lain. Akhlak mengenai kesedaran terhadap kehidupan orang lain, dimiliki oleh qudwah yang tidak ada bandingnya, iaitu Rasulullah SAW.

Malah utusan Allah itu disebut sebagai ‘orang yang tidak takut miskin kerana memberi’. Dialah yang menanamkan prinsip menolong orang lain untuk menolong diri sendiri. Perhatikan bagaimana sabdanya, “Allah SWT selalu menolong seorang hamba, selama hamba itu menolong saudaranya.” Atau, sabdanya yang lain, “Barang siapa yang memberi kemudahan kepada saudaranya, maka Allah akan memberi kemudahan baginya di dunia dan akhirat.” Itu adalah prinsip memberi dan menerima yang ditanamkan Rasulullah SAW.

Memberi kepada sesama insan kerana kita percaya kita membuatnya untuk berlumba merebut ganjaran Allah SWT. Secara praktiknya, prinsip itu berubah menjadi memberi dan memberi. Sebab penerimaan itu tidak datang dari manusia, tetapi dari Allah SWT. Mengajak untuk prihatin dan empati, memberi bantuan kepada orang lain, menolong atau memberikan jasa, mengeluarkan infaq dan sedekah, sering kali juga menimbulkan pertanyaan, “Bagaimana saya hendak bantu orang lain? Sedangkan saya sendiri dalam serba kekurangan, malah memerlukan dari orang lain?”

Kita memang mesti ingatkan bagaimana Rasulullah SAW menanamkan nilai bersedekah ini, nilai tertinggi sedekah ialah ketika dan saat kita dalam keadaan yang sangat sulit untuk mengeluarkannya. Suatu hari, datang seorang lelaki kepada Rasulullah dan bertanya, “Ya Rasulullah, sedekah apa yang paling besar pahalanya?” Rasulullah mengatakan, “Yaitu engkau bersedekah dalam keadaan engkau sangat memerlukan, dalam keadaan engkau takut miskin dan dalam keadaan engkau bercita-cita besar mahu menjadi kaya.” - (HR. Bukhari dan Muslim).

Hadis ini menjelaskan bahawa dalam situasi seseorang bertanya, “Apalah yang boleh saya bantu, kerana saya pun susah dan sangat memerlukan?” Maka rebutlah pahala dengan bersedekah walaupun sedikit. Semakin seseorang di dalam dilema antara keinginan dirinya dengan apa yang akan disedekahkan, semakin tinggi nilai sedekahnya jika benar-benar dilakukan. Kesedaran memberi kepada orang lain, tidak semestinya berupa benda, material, wang ringgit, atau bantuan yang lahiriah. Tetapi boleh saja berbentuk buah fikiran, waktu, idea bernas, dan apa saja yang memberikan bermanfaat.

Oleh Endok Sempo Mohd Tahir, AJK Wanita JIM Pusat dan boleh dihubungi di e-mel wanitajim0@yahoo.com

Posted by Mama Thursday, August 07, 2008 0 comments  



Tolak ramalan nasib dari horoskop bintang

Satu masa, Khalifah al-Muktashim bersiap sedia untuk berangkat ke medan peperangan.Segolongan pakar ilmu bintang peramal nasib telah menemui baginda seraya berkata:

"Tuanku! Janganlah berperang pada bulan ini kerana bintang yg tujuh dan planet yg tujuh menyaksikan bahawa tuan akan kalah dalam peperangan".

Khalifah menjawab: "Saya tidak setuju dengan pendapat dan ilmu kalian. Saya bersaksi tidak ada Tuhan melainkan Allah dan nabi Muhamad saw adalah utusan Allah. Saya berserah diri kpd Allah, cukuplah Allah sebagai pelindungku dan Dia adalah sebaik-baik pelindung".

Khalifah dan bala tenteranya pun berangkat ke medan perang. Ketika kemenangan begitu hampir diraih oleh kaum muslimin, Abu Tammam berkata kepada golongan pakar ilmu bintangan tadi:

"Di mana kebenaran ramalan kalian, di mana kehebatan ilmu kalian, apa permainan duniawi yang menghiasi ilmu kalian...?".

Itulah janji-janji palsu, kata-kata yang penuh dengan hiasan belaka.

"Bukan sebuah ketangkasan dan bukan juga sebuah kemenangan...Sesungguhnya kemenangan ada pada hujung-hujung tombak dan pedang yang berkilauan di tangan tentera-tentera yang sentiasa siap sedia dan bukan pada gugusan tujuhbintang."

Akhirnya Khalifah Muktashim menang kerana dia membawa kalimat"Laa Ilaha Illallah' dan dia juga adalah pembela kalimat tersebut.

Nukilan dan adaptasi dari "Jalan menuju kejayaan" oleh Dr 'Aidh bin Abdullah al-Qarni.

Posted by Mama Tuesday, July 29, 2008 0 comments  



Minyak naik? Harus marah kepada siapa?

Sejak minyak naik mama macam orang lain juga marah marah sama Petronas, tetapi bila baca posting kawan yang membaca blog Che Det, rasa marah dengan petronas jadi sejuk sikit.

Ada juga betulnya Che Det ni. Memang sejak peristiwa 1997 dan zaman reformasi 1998 mama marah dan benci dengan Che Det. Benci dengan perangainya yang membenarkan fitnah berlaku sewenang wenangnya dan angkara politik kotor. Namun benci mama bukan kerana orang nya tetapi perjuangan yang didokongnya. Jika perjuangan nya zalim mama benci la, jika perjuangannya untuk keadilan dan untuk rakyat saya sokong. Demikian juga mama sokong Anwar kerana perjuangannya untuk rakyat nanti apabila ditakdirkan Anwar memerintah Malaysia, kemudian dia melakukan kezaliman mama akan bencinya juga. Jadi sokong seorang pemimpin bukan kerana batang tubuhnya tetapi kerana dasar perjuangan yang di bawanya, kewibawaa dan keberaniannya . Demikian juga dengan Che Det ini. Idea orang tua itu banyak juga betulnya.. Allah mencipta manusia dengan pelbagai guna dan ada juga yang melakukan pelbagai angkara untuk menguji kita semua.

Sahabat ini memberi komen penulisan Che Det,

"Beberapa fakta & konsep yang betul yang telah diceritakan oleh Che Det dalam bahasa orang awam yang lebih mudah, terutamanya yang diwarnakan kuning. Sebar & ceritakan pada yg lain. Dengan modal sebanyak RM 10 million sahaja, PETRONAS telah memulangkan semula RM 336 billion kepada Kerajaan dari 1976 - 2007.

Persoalan yang patut ditanya adalah ke mana & bagaimanakah RM 336 billion ini telah diuruskan oleh pemimpin negara ?

Kita harus ambil pengajaran dari Indonesia dengan pengurusan syarikat minyak negaranya, PERTAMINA.

- Indonesia mengeluarkan minyak lebih 3 kali ganda dari pengeluaran Malaysia..
- PERTAMINA juga pernah menjadi guru PETRONAS pada tahun 70 an.
- Tetapi dek kerana pelbagai isu (kronisma, nepotisma dll) maka PERTAMINA mengalami kerugian (menjadi liabiliti pula kepada kerajaan Indonesia) & merudum sejak lebih 15 tahun lalu & akhirnya Indonesia terpaksa menarik diri dari menjadi anggota OPEC."

......ini from Che Det's blog.......

Saya berasa amat sedih kerana ada orang menyalahkan Petronas kerana kenaikan harga minyak sehingga sanggup mengkasari beberapa pekerja Petronas yang memakai baju Petronas dan menolak-nolak mereka dalam keretapi komuter. Kenaikan harga minyak disebabkan oleh peniaga minyak antarabangsa yang menjual beli minyak sesama mereka seperti dahulu mereka menjual beli matawang negara tertentu termasuk negara kita. Terdapat maklumat yang mengatakan mereka menyewa tanker besar untuk simpan minyak menunggu kenaikan harga. Kenaikan harga yang amat tinggi mempunyai kesan negatif kepada negara seperti China dan Jepun yang bersaing dengan Amerika Syarikat dan Eropah.

Di masa yang sama pendapatan dolar yang bertimbun-timbun oleh Negara pengeluar minyak terpaksa disimpan di Amerika. Wang ini digunakan oleh Amerika untuk menampung ekonomi mereka yang menghadapi defisit dalam belanjawan negara dan defisit dalam dagangan Amerika.Kebanyakan daripada syarikat pengeluar minyak dimiliki oleh rakyat Amerika dan mereka mendapat keuntungan yang amat besar daripada penjualan peratusan minyak yang dikeluarkan oleh mereka bagi negara-negara pengeluar yang tidak mampu mengeluar sendiri. Di Malaysia juga terdapat syarikat-syarikat asing yang untung besar daripada bahagian mereka dalam perjanjian "production sharing".

Hanya di Malaysia Petronas memiliki bahagian yang lebih besar kerana kita tidak serah semua kegiatan pengeluaran kepada syarikat asing semata-mata. Industri petro-kimia juga adalah milik Petronas.Kerana Petronas terlibat secara menyeluruh dalam industri minyak ia diundang untuk mengambil bahagian dalam pengeluaran, penapisan dan lain-lain kegiatan industri minyak di 34 buah Negara.Keuntungan daripada operasi luar Negara kian meningkat dan pendapatan dibawa balik dan di miliki sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia.Pendapatan Petronas lebih tinggi daripada jumlah cukai korporat dan cukai pendapatan Kerajaan.

Tanpa sumbangan besar daripada Petronas Kerajaan tidak akan dapat memberi subsidi minyak sama sekali.Keputusan untuk menggunakan sumbangan wang daripada Petronas untuk subsidi adalah hak Kerajaan dan bukan hak Petronas. Bagaimana dan banyak mana subsidi yang hendak diberi adalah tanggungjawab dan hak Kerajaan. Mengurang atau tidak jumlah subsidi juga ditentukan oleh Kerajaan.Walaupun Kerajaan mengganti rugi semua syarikat minyak di Malaysia kerana menetap harga minyak yang rendah daripada kos minyak, ini tidak dilakukan berkenaan harga gas.

Harga gas sekarang jauh lebih rendah daripada harga sebenar. Kerajaan memaksa syarikat penjual gas menanggung kos ini. Oleh itu hanya Petronas sahaja yang sanggup mengadakan stesen gas untuk kereta dan juga membekal gas kepada stesen jana elektrik. Tiap satu meter padu gas yang dibekal oleh Petronas untuk kereta atau stesen janakuasa, Petronas menanggung kerugian.Oleh kerana permintaan untuk gas melebihi daripada pengeluaran di Semenanjung, Petronas terpaksa beli gas dengan harga pasaran dunia. Dengan ini kerugian menjadi lebih besar.Jika lebih banyak gas digunakan, walaupun Petronas dibenar menaikkan harga gas, tetapi Petronas tetap akan rugi. Sudah tentu syarikat minyak yang lain tidak akan import dan jual gas di Malaysia. Sebagai syarikat negara Petronas sanggup tanggung kerugian. Syarikat dagang tidak akan berasa bertanggung jawab terhadap negara ini.

Penggunaan minyak dalam negara meningkat sepanjang masa. Tiap tahun hampir setengah juta kenderaan bermotor didaftar. Bangunan-bangunan pencakar langit dan bangunan rumah bertambah dengan pesat. Demikian juga industri yang mewujudkan peluang kerja kepada rakyat. Semuanya mengguna kuasa elektrik yang dijana dengan gas sebagai bahan api.

Hari ini kita keluarkan lebih kurang 650,000 tong sehari, dan kita guna 400,000 tong dalam negara. Baki 250,000 tong kita jual di luar negara dengan harga pasaran iaitu 140 Dolar Amerika se-tong bersamaan dengan RM420 se-tong.Dengan kenaikan harga minyak, subsidi untuk minyak tentu naik. Tetapi kerana kita dapat tambahan pendapatan daripada kenaikan harga jualan minyak yang kita eksport maka subsidi boleh ditambah.Tetapi jika kegunaan dalam negeri meningkat, dan ia tetap meningkat, maka eksport tentulah merosot sepanjang masa. Bertambahnya penggunaan dalam negeri bermakna lebih banyak jumlah subsidi yang diperlukan.

Lebih banyak yang digunakan dalam negeri, maka jumlah eksport tentulah merosot dan pendapatan daripada eksport juga akan merosot.Jika sampainya satu masa jumlah kegunaan dalam negeri menjadi sama dengan jumlah pengeluaran dalam negeri, maka tidak akan ada lagi pendapatan daripada eksport. Di waktu itu tidak ada wang untuk memberi subsidi lagi.Petronas saya percaya jika tidak diganggu oleh pihak tertentu untuk menguasai industri yang begitu untung ini, akan cuba mengeluarkan minyak di luar negara. Minyak ini tidak akan beri pulangan yang sebesar minyak dalam negeri. Bayaran hasil oleh Petronas kepada Kerajaan akan merosot.


Jika tidak ada sesuatu usaha dibuat sekarang, jika hanya politik yang diberi perhatian oleh Kerajaan Dato Seri Abdullah Badawi, ekonomi negara ini boleh hancur dan rakyat akan kembali jadi rakyat negara ketiga.Sementara itu kita harus fikir apakah akan jadi kepada kita jika tidak ada Petronas dengan kecekapan anggotanya dalam industri yang strategik ini.

Walaupun saya dinamakan penasihat kepada Petronas, setelah saya tidak jadi Perdana Menteri saya tidak lagi memberi apa-apa nasihat.Apa yang saya tulis ini ialah berkenaan dengan strategi Petronas yang dibentuk dahulu, yang mengambilkira masa depan industri minyak negara dan kesan terhadap ekonomi negara. Memang kenaikan harga minyak tidak diduga, tetapi ramalan kita tidak akan sebegini teruk.

Strategi ini perlu dikaji semula memandangkan kenaikan harga yang luar biasa.Strategi ini perlu mengambilkira bukan sahaja keadaan dalam negara dan keperluan mencari populariti tetapi juga keadaan di luar Negara di mana sekali lagi konsep pasaran bebas (free market) memberi peluang kepada penyangak gergasi untuk memperkayakan diri mereka di atas penderitaan yang miskin di dunia. - Che Det

Posted by Mama Tuesday, July 08, 2008 0 comments  



Mama Vs Basikal Hikmat-to burn fat not petrol

Bila baca posting salah seorang sahabat mengenai mengubah cara hidup dek harga mintak naik, mama pun teruja dengan manfaat yang dia perolehi. Tetiba mama teringat basikal Hikmat yang lama tersadai ditepi rumah. Apa kata mama baiki dan boleh mula kayuh basikal selain jogging keliling rumah setiap pagi....siapa tahu umur mama dilanjutkan bertahun tahun lagi dalam keadaan sihat wal afiat...bukan mama nak hidup melangit tetapi biarlah hidup mama yang panjang itu tidak menyusahkan orang lain terutama anak anak. Kita namakan itu sebagai umur yang berkat, berguna kepada orang lain dan manfaat untuk diri sendiri.

Inilah posting dari nya:
" Sudah sebulan setengah saya berbasikal ke ofis. Lebih kurang 3-4 kali seminggu. 1.5 jam one way. Semalam saya gembira. Saya timbang berat badan. Saya sudah dapat mengenyahkan 5kg of fat. Alhamdulillah. No change in eating habit.I am 46 yrs old and was 95 kg before (now slightly below 90). The last time I cycle was when I was in Tingkatan 3. That was a long-long time ago! If I can do this, I'm sure lot more people younger and stronger than me can do better!

Points-to-ponder:
1. We need to educate our road users to share the road with cyclist.
2. Public bathing facilities.
3. Bicycle storage - some will use road bike costing easily RM3000 onward.
4. The more people cycle the more likely these changes will happen. Kalau cakap-cakap saja tak menjadi. Just Do It! Burn Fat Not Petrol.

Posted by Mama Tuesday, July 08, 2008 0 comments  



Cukup lah Allah bagiku- Jangan lah bersedih wahai hati...

Seorang sahabat menghantar nasihat ini buat meredam kedukaan dan sedikit keterputus asaan. Mengapa perlu ada perasaan demikian ya....Itulah yang dinamakan manusia...

Kehidupan kita ada turun naiknya, demikian juga iman kita pula ibarat gelombang sinus (sine wave) sekejap berada ditahap maksimum dan sekejap berada di tahap minimum. ALangkah beruntungnya manusia yang berada ditahap minimum , namun hatinya sentiada mengingati ALlah dan tetap berada di jalan yang benar. Nah tulisan ini amat berguna untuk diriku yang memerlukan motivasi jiwa...

Suatu hari, seorang arab Badwi datang bertemu dengan Rasulullah s.a.w katanya, "Wahai Rasulullah, adakah Tuhan itu dekat sehingga kami dapat bermunajat kepadaNya? Atau Tuhan itu jauh sehingga kami perlu menyeru kepadaNya?" Rasul terdiam hingga turunlah jawapan terus dari Allah swt berkenaan pertanyaan Badwi tadi…

Dan apabila hamba-hamba- Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. (Surah al-Baqarah ayat 186)

Berpergang teguhlah dengan janji Allah ini, kerana tiada yang paling setia dengan janjinya melainkan Allah semata-mata. Allah memberikan baik dan buruk sesuatu perkara hanya atas tiga perkara:

1) Kerana Dia mahu mengingatkan kita kepadaNya.

2) Kerana Dia mahu mengampunkan dosa kita.

3) Kerana Dia mahu mengangkat martabat kita di sisiNya.

Tetapi, asal ketiga-tiga yang di atas itu adalah kerana Dia Maha Menyayangi kita sehinggakan bila kita terlupa atau sengaja lupakan Dia, tidak diazabnya kita terus serta merta. Bahkan Dia berikan sedikit cubaan, supaya kita ingat kembali padaNya. Supaya kita rasakan kembali kasihNya yang melimpah-limpah, supaya kita lembut hati untuk berkasih padaNya, dan supaya kita kembali ke pangkuanNya.

Hanya Dia sahaja tempat pergantungan kita. Selama mana kita bergelar hamba kepadaNya, selagi itulah kita bergantung seratus peratus kepadaNya. Dia menjanjikan kebahagiaan dengan segala ketenangan, ketenteraman, kekuatan, kebenaran, kemuliaan dan kesucian diri apabila manusia mendekatiNya. Dia Maha Menyayangi hamba-hambaNya, walau pun jelas keingkaran hambaNya. Dia tidak pernah memungkiri janji-janjiNya. Dia menawarkan kasihNya di mana sahaja kita perlukan. Dia menawarkan kasihNya bila saja kita dambakan. Dan Dia menawarkan kasihNya atas apa sebab sekali pun kita pohonkan.

Oleh itu, Kenapa perlu berputus harap padaNya. Sedangkan Dia tidak pernah memandang kita dengan pandangan kebencian? Kenapa perlu merintih pada ketentuanNya sekira Dia menawarkan kebahagiaan yang sangat besar di hujung perjalanan? Kenapa perlu ragu-ragu padaNya yang tidak pernah memungkiri janjiNya kepada kita? Tanda kasihNya sentiasa ada di dalam hati kita. Rujuklah kembali kepada ayat-ayat kasihNya yang diturunkan kepada kita, nescaya di sana ada janji setiaNya untuk kita…

Katakanlah: "Hai hamba-hamba- Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah az-Zumar ayat 53)

Ujian yang datang dariNya, terimalah dengan hati yang tenang. Berpautlah pada tali cintaNya dengan sekuat-kuat pautan, nescaya kita tidak akan terhempas dipukul badai dunia. Pandanglah sesuatu ujian itu dengan pandangan Allah. Letaklah Allah di hadapan kita dalam melalui sesuatu musibah, nescaya Allah meletakkan kita di hadapanNya, nescaya Allah memandang kita selamanya dengan pandangan kasihNya, nescaya Allah sejukkan hati dan jiwa kita dengan hidayahNya, dan diterangi jalan hidup kita dunia dan akhirat dengan Nur kekuatanNya.

Tidak ada gunanya kita mengadu dan bersedih hati, bila kita diuji Allah. Kerana orang-orang yang beriman hanya bersedih bila Allah tidak memandangnya lagi, selagi ada pandangan Allah pada kita, maka syukurilah dengan ujian itu. Tanda Dia amat mengambil berat akan hal kehidupan kita. Tidak bermakna hilang kasih manusia itu, hilang selamanya. Mungkin ada kasih yang lebih hebat menanti di hari muka, yang kita tidak pernah bayangkan di mata dan tidak pula pernah kita kecapinya di hati.

Sebaliknya, dekatilah Allah sedekat-dekatnya. Kasihilah Allah sedalam-dalamnya. BERBUALLAH DENGAN ALLAH selalu. Bermunajatlah kepadaNya selalu. Mengadulah masalah kita padaNya selalu. Mintalah kasihNya selalu. Nescaya Dia akan sentiasa dekat pada kita. Dia akan sentiasa kasih pada kita. Dia akan selalu berbual dengan kita. Dia akan selalu mendengar munajat kita. Dia akan selalu berkongsi masalah kita. Dan yang paling penting, Dia akan sentiasa meletakkan kita sebagai hambaNya yang mulia di sisiNya.

Apalah harga dunia jika ditimbangkan dengan setitik kasih sayang Allah. Hilang nikmat dunia bila datang setitis rahmat Allah. Lebur seluruh dunia, tenggelam dalam cinta Allah. Bila manusia sudah benar-benar teguh bersama Allah, perjalanannya sentiasa tenang dan damai, hatinya sentiasa terpaut pada Allah. Kasihilah Allah sepenuh hatimu, tumpahkanlah cintamu kepadaNya seikhlas mungkin, dekatilah Allah sedekat mungkin dan cintailah Allah sehalus mungkin. Nescaya hadir nanti insan yang mendekatimu kerana kelimpahan kasihmu pada Allah, kerana keikhlasan cintamu pada Allah, kerana dekatnya dirimu dengan Allah.. ketika itu dirimu akan menjadi perantara tumpahnya kasih Allah padanya...

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal saleh, kelak Allah Yang Maha Pemurah akan menanamkan dalam (hati) mereka rasa kasih sayang. (Surah Maryam ayat 19)

Posted by Mama Monday, July 07, 2008 0 comments  



Agama Bukan Candu Untuk Mengkhayalkan Orang MiskinPosted

Sungguh menarik pandangan Mufti Perlis ini
on Jun 08, 2008
“Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya”. (Surah al-Isra: 26-27).

Saya tertarik apabila membaca membaca kisah al-Imam al-Nawawi (631-676H) yang diminta oleh Raja pada zamannya al-Malik al-Zahir untuk memberikan fatwa bagi mengharuskan Raja mengambil harta rakyat untuk digunakan memerangi musuh yang mengancam negara iaitu tentera Tatar. Tujuan itu pada zahirnya baik kerana mempertahankan negara dari ancaman musuh. Harta itu pun hendak digunakan untuk keperluan jihad.

Namun ramai ulama yang telah dibunuh ketika itu kerana enggan mengeluarkan fatwa berkenaan. Al-Nawawi juga enggan menulis surat sokongan terhadap tindakan Raja Zahir itu sekalipun beliau tahu pengambilan harta itu untuk kepentingan negara juga.

Apabila Raja bertanya kepada beliau mengapa beliau enggan menyokong? Beliau menjawab: Setahu saya engkau dahulunya seorang hamba, tidak mempunyai harta. Kemudian Allah memberikan kurniaan kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang raja. Aku dengar engkau memiliki seribu hamba lelaki yang setiap mereka memiliki talipinggang daripada emas. Engkau juga ada memiliki dua ratus hamba perempuan, dan setiap mereka memiliki sebekas perhiasan. Jika engkau belanjakan itu semua, sehingga hamba-hamba lelakimu hanya memakai tali pinggang kain, dan hamba-hamha perempuanmu hanya memakai baju tanpa perhiasan, juga baitul mal sudah tiada simpanan wang, harta dan tanah lagi, maka aku akan fatwakan untukmu keharusan mengambil harta rakyat itu. Sesungguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah dan mengikut jalan nabiNya s.a.w. (lihat: ‘Abd al-Ghani al-Daqar, al-Imam al-Nawawi, 144-145, Damsyik: Dar al-Qalam).

Saya suka dengan jawapan al-Imam al-Nawawi ini. Saya tahu, selepas ini banyak forum-forum perdana, ceramah-ceramah di radio dan televesyen akan memperkatakan tentang kewajipan berjimat cermat. Maka ustaz, ustazah dan penceramah pun –atas pemintaan penaja yang membayar harga ceramah- akan bersungguh-sungguh menyuruh orang-orang bawahan untuk berjimat cermat.
Dalil-dalil pun akan dibaca. Mungkin akan ada ustazah yang mencari cerita-cerita ajaib yang baru untuk dikaitkan dengan bab jimat cermat dan jangan membazir. Mungkin akan ada penceramah yang cuba menangis-menangis –seperti seorang pelakon berjaya yang menerima anugerah- bercerita kepada mak cik-makcik yang kusyuk menonton tentang azab seorang yang membazir ‘nasi lemaknya’.
Datanglah orang-orang kampung mendengar forum perdana dengan basikal atau motosikal sebagai menyahut seruan agar tidak membazir petrol. Adapun penceramah, datuk-datuk pengajur, YB-YB hanya menggunakan kenderaan mewah yang berkapasiti atas daripada 2000cc. Tujuannya untuk mengelakkan pembaziran wang kerajaan yang terpaksa dibayar kepada empunya kenderaan 2000cc ke bawah, lebih tinggi daripada 2000 ke atas.
Maka insaflah mak cik dan pak cik yang barangkali teringatkan tulang ikan yang pernah dibuangnya padahal masih ada sedikit sisa isinya yang melekat. Itulah membazir namanya. Maka, atas keinsafan dan taubat itu, mungkin ada yang akan mula mengurangkan makan nasi lemak daripada sebungkus seorang kepada sebungkus yang dikongsi bersama. Air kopinya yang memang sudah ‘ceroi’ akan ditukar kepada yang warna hitamnya antara kelihatan dan tidak. Maka selamat negara kita ini, disebabkan pakcik dan makcik, pak long dan mak long, pak lang dan mak lang di kampung sudah mengubah gaya hidup mereka.
Jika saya hadir ke forum yang seperti itu, saya ingin bertanya soalan, tapi soalan yang belum ‘dijakimkan’, “apakah agama ini dihantar oleh Allah untuk menghukum manusia bawahan dan menghalalkan yang lain tidur dalam kekenyangan dan kemewahan?”. Sebelum harga minyak naik, telah sekian mereka yang berada di teratak usang itu menjimat makan dan pakai. Saban hari mereka mengira belanja untuk memboleh mereka terus hidup di kala negara dunia belum menghadapi krisis harga minyak.
Saya tidak mahu membicarakan tentang kenaikan harga minyak dari sudut perjalanan ekonomi antarabangsa. Telah banyak pakar-pakarnya bicarakan. Tapi saya ingin bincangkan tentang soal pembaziran dan jimat-cermat. Ya, memang Islam memusuhi pembaziran. Bahkan al-Quran tidak pernah mempersaudarakan antara mana-mana pembuat dosa dengan syaitan, melainkan mereka yang membazirkan.
Allah menyebut dalam al-Quran: (maksudnya): “Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya”. (Surah al-Isra: 26-27).
Demikianlah Allah persaudarakan pembazir dengan syaitan. Kesan pembaziran sangat besar. Lihat negara kita yang kaya dengan berbagai hasil. Sepatutnya kita akan tetap kukuh dan setiap rakyat akan menikmati kekayaan ini dengan adilnya. Namun, disebabkan pembaziran, harta negara yang sepatutnya dapat dimakan puluhan tahun, tetapi surut mendadak dalam masa beberapa tahun.
Maka, yang patut mendapat bantuan dan hak, tidak cukup untuk sampai kepadanya. Barang keperluan pula bertukar menjadi mahal. Pembaziran memusnahkan kehidupan rakyat bawahan dan menghalang hak yang sepatutnya sampai kepada mereka. Maka betapa wajar untuk para pembazir itu dipersaudarakan dengan syaitan. Apatah lagi dalam banyak keadaan, pembaziran itu lahir dari keangkuhan dan kesombongan. Sifat-sifat itulah jua yang menjadi asas kepada kekufuran syaitan.
Soalannya, mengapakah apabila kita membicarakan tentang pembaziran, kita hanya terbayang orang-orang bawahan di kampung ataupun bandar. Jika kita ingin meminta supaya setiap warga negara ini berjimat dan jangan membazir, maka bermulalah daripada atas. Bukan sekadar untuk ‘mengenakan si miskin yang sekian lama telah berjimat dan sudah tidak tahu apa yang hendak dijimatkan lagi. Mengapa kita hanya terbayang rakyat yang berada dalam rumah persendirian dan berbelanja dengan wang poketnya yang sudah lelah?
Kita sepatutnya terlebih meneliti semula bagaimana perbelanjaan yang menggunakan harta negara dan rakyat yang sedang berjalan di istana-istana, kediaman-kediaman rasmi kerajaan di peringkat negara dan negeri?. Apakah wajar di kala ini keraian untuk orang-orang besar sama ada sultan atau menteri begitu mewah? Makanan yang dihidangkan untuk mereka, harga satu meja kadang-kala boleh dimakan oleh ratusan rakyat bawahan. Karpet yang dipijak oleh mereka harganya ribuan bungkusan nasi yang dimakan oleh ‘orang biasa’.
Apakah patut di saat yang sebegini, ada istana atau kediaman rasmi menteri yang hendak ditambahmewahkan? Apakah patut orang-orang besar ini diraikan dengan hiburan atau pertunjukan dan konsert yang menelan puluhan ribu ringgit sempena sesuatu kunjungan mereka. Wang itu, wang negara. Wang itu, wang rakyat.
Apakah dalam masa yang sebegini mereka masih mendapat peruntukan untuk bersantai, bermain golf dan ‘berhiburan’ dengan menggunakan wang rakyat bawahan yang disuruh menjimatkan nasi lemak dan air kopi mereka?. Pembaziran sebegini lebih rapat menjadi saudara syaitan dibanding wang persendirian yang dibelanjakan.
Meminjam falsafah al-Imam al-Nawawi yang saya sebutkan tadi, jika orang atasan telah benar-benar berjimat, maka wajarlah untuk dikurangkan subsidi rakyat. Al-Nawawi telah dibuang negeri kerana enggan bersekongkol dengan perkara yang seperti ini. Namun, jika itu tidak dilakukan, ulama bukan burung kakak tua.
Saya mengambil risiko menulis hal ini. Tanggungjawab di hadapan Allah lebih besar daripada segala-galanya. Para ulama dahulu jauh lebih mulia, tidak dibandingkan kedaifan saya ini. Pun mereka telah menunaikan tanggungjawab al-Amr bil Ma’ruf dan al-An-Nahy ‘an al-Munkar ini. Semoga Allah menimbang tinta para ulama dengan darah para syuhada.
Telah berlaku tahun kesusahan dan kelaparan yang amat sangat di Semenanjung Arab pada zaman Amirul Mukminin ‘Umar bin al-Khattab. Dikenali dengan ‘Am al-Ramadah kerana seakan bagaikan warna ramad atau abu disebabkan kekurangan hujan, warna tanah dan warna kulit manusia yang bertukar disebabkan kekeringan. Ini berlaku pada antara tahun 17H dan 18H selama sembilan bulan.
Amirul Mukminin telah berhempas pulas menguruskan harta negara ketika itu bagi mengatasi kesusahan rakyat. Di samping kecemerlangan pengurusan, yang ingin disebutkan di sini kecemerlangan pendirian dan sikap. Ibn Jarir al-Tabari meriwayatkan bahawa ‘Umar bin al-Khattab tidak memakan pada tahun berkenaan lemak haiwan, susu dan daging sehingga orang ramai dapat memakannya. Barangan makanan berkurangan di pasar.
Pada suatu hari pekerjanya dapat membeli untuknya lemak dan susu namun dengan harga yang agak tinggi. ‘Umar enggan makan bahkan berkata: “Engkau telah menyebabkan lemak dan susu menjadi mahal, sedekahkan keduanya, aku bencikan pembaziran. Bagaimana aku dapat memahami keadaan rakyat jika tidak mengenaiku apa yang mengenai mereka?”. (Al-Tabari, 2/358, Beirut: Dar al-Fikr).
Juga diriwayatkan bahawa suatu hari pada tahun berkenaan disembelih unta lalu dimasak dan dibahagikan kepada orang ramai. Lalu diceduk masakan itu untuk dihidangkan juga buat ‘Umar. Tiba-tiba yang diceduk itu bahagian belakang unta dan hatinya. Lalu ‘Umar bertanya: “Dari mana diperolehi ini?”. Daripada unta yang kita sembelih hari ini. Kata ‘Umar: “Oh! Alangkah buruknya aku ini sebagai pemimpin, jika aku memakan bahagiannya yang baik lalu aku berikan rakyat makan yang sisa” (Ibn Sa’d, al-Tabaqat al-Kubra, 3/312, Beirut: Dar Sadir).
Maka alangkah buruknya seorang presiden, atau sultan, atau raja, atau perdana menteri, atau menteri besar, atau menteri yang makan dengan mewah daripada peruntukan harta negara atau negeri sedangkan rakyatnya dalam kesusahan. Ketika rakyat membilang butiran beras, helaian ringgit untuk persekolahan anak, keperitan membayar sewa rumah, api dan air, sementara mereka yang berkuasa ini pula menghadiri jamuan negara dan negeri itu dan ini.
Bermewahan dengan pertunjukan dan hiburan dari peruntukan wang negara. Kemudian bercuti rehat, tanpa rakyat ketahui apakah kepenatannya untuk rakyat. Kos cuti itu pula ditanggung oleh negara tanpa sebarang pulangan keuntungan buat rakyat. Alangkah zalim! Alangkah keji sikap yang sedemikian rupa.
Saya kadang-kala begitu hairan apabila seseorang dianggap ‘berjiwa rakyat’, hanya kerana makan nasi yang dijamu oleh rakyat, atau masuk ke kampung mendukung anak rakyat untuk beberapa minit bagi membolehkan wartawan mengambil foto. Apakah itu dinamakan berjiwa rakyat?
Jika hendak diiktiraf sebagai berjiwa rakyat, rasailah apa yang rakyat rasai. Orang seperti ‘Umar bin al-Khattab lebih mulia daripada segala keturunan atau pangkat yang ada di kalangan manusia. Kemuliaannya telah diiktiraf oleh Allah dan RasulNya. Dia ahli syurga dengan jaminan Allah dan RasulNya sementara politiknya tidak ada saingan yang menggugatnya. Namun tetap amanah dan jujurnya terhadap rakyatnya. Merasai penderitaan rakyat. Beliau idola kepimpinan kita sepatutnya. Walaupun beliau tidak pernah menyuruh orang menyembah atau menjulangnya, namun beliau dipuja oleh sejarah dan diangkat oleh Allah.
Kenaikan harga minyak menaikkan harga barang. Orang berpendapatan rendah menjadi mangsa. Agama berperanan untuk menyedarkan semua pihak tentang tanggungjawab terhadap rakyat. Dalam keadaan begini, antara perkara pertama yang patut dibentang kepada rakyat adalah pengurusan kemasukan dan pengagihan zakat. Zakat yang mungkin sampai kepada peringkat bilion ringgit di seluruh negara mesti diagihkan secara telus dan bijaksana.
Mengapa masih ada fakir miskin yang bagaikan meminta sedekat kepada pihak yang menguruskan zakat? Mengapa program tv lebih menjumpai si miskin dibanding pihak yang menguruskan zakat? Mengapa zakat masih berbaki dengan begitu banyak setiap tahun sedangkan kemiskinan masih banyak? Mengapa pihak yang menguruskan zakat kelihatan bertambah mewah, sementara yang patut menerima hak kelihatannya bertambah letih dengan keadaan sekarang?
Di masa inilah peranan zakat bagi memastikan setiap yang memerlukan memperolehinya tanpa kerenah birokrasi yang bukan-bukan. Jangan sampai untuk mendapat RM150 si miskin berulang alik berkali-kali dengan tambang sendiri, sementara yang mendakwa amil zakat mengisi minyak kereta dengan wang zakat atas nama amil! Ramai kata kita berjaya menguruskan zakat sebab kutipan yang tinggi. Saya katakan, pengurusan yang berjaya itu bukan sahaja kutipan semata, tetapi juga pengagihan secara telus, bijaksana dan bertanggungjawab.
Dalam usaha kerajaan menangani kemelut ekonomi hari ini, perkara-perkara yang disebutkan ini mestilah dipandang serius. Kejayaan sesebuah kerajaan menghayati penderitaan rakyat akan menjadikan mereka lebih disayangi dan disokong. Jika orang atas mengubah cara hidup, kita akan berkempen untuk semua agar mengubah cara hidup. Jika orang agama disuruh berkempen orang bawahan agar mengubah cara hidup, sementara melupai yang di atas, mereka sebenarnya cuba menjadikan agama sebagai candu agar seseorang melupai masalah yang sebenar.

Posted by Mama Wednesday, June 11, 2008 1 comments  



Subsidi minyak atau mencekik darah rakyat?

Seorang sahabat mama di ALKIS Dr Zuraidah Mahmud menulis mengenai pemberian subsidi kepada rakyat kononnya untuk menjaga kebajikan rakyat... Bacalah sendiri.. untuk membuka mata kita...

Saya ingin melontarkan sedikit pandangan mengenai istilah SUBSIDI gasdan petrol yg seringkali disebut oleh kerajaan.Adakah rakyat memahami istilah subsidi ini sebenarnya bukanlah subsidi dalam erti kata sebenar?

"In economics, a subsidy (also known as a subvention) is a form of financial assistance paid to a business or economic sector (wikipedia.com)".

Sekiranya secara realiti kerajaan membayar subsidi ini, adakah ia terus kepada Petronas? Adakah nyata di dalam budget, ada sejumlah subsidi yang dibayar kepada Petronas?Sekiranya kita menggunakan definisi wikipedia ini, ia adalah merujuk kepada sejumlah wang yang dibayar utk mendapatkan barang tersebut dalam harga yang lebih murah utk kegunaan rakyat.

Sebagai contoh, rakyat M'sia sangat memerlukan barangan X sebagai makanan ruji, namun disebabkan negara M'sia tiada kemampuan langsung utk mengeluarkan barangan X, maka ia terpaksa diimport dari Jepun. Barangan X ini pula sangat mahal sehingga 70% rakyat M'sia tidak berkemampuan untuk membelinya, maka kerajaan M'sia membayar 50% daripada harga beli yang sebenar kepada negara Jepun membolehkan rakyat M'sia membeli pada kadar 50% sahaja dari harga sebenar.Ini bagi hemat saya baru betul dikatakan subsidi.

Tetapi ini tidak boleh diaplikasikan kepada petrol dan diesel kerana mereka dikeluarkan oleh Petronas bahkan dia juga yang supply kepada BHP dan Shell. Maka, sebenar-benarnya 'subsidi' yang mereka sebut-sebut itu adalah 'potential profit' atau potensi keuntungan yang bakal diperolehi sekiranya harganya dinaikkan pada sekian-sekian harga.

Dua tahun lepas semasa kenaikan minyak sebanyak 0.30, kerajaan menyatakan bahawa 4 bilion yang dijimatkan akan digunakan utk memperbaiki kemudahan jalan raya. Benarkah ia berlaku? Apakah kayu ukur yang digunakan utk menaikkan 0.30 harga minyak pada waktu itu? Adakah ia dibandingkan dengan harga pasaran dunia?Tidak. Apa yang jelas adalah kerajaan akan MEMPEROLEHI 4 bilion pada waktu itu dan bukannya menjimatkan subsidi sebanyak 4 bilion.
Apa alasan yang digunakan oleh kerajaan utk mewajarkan tindakan menaikkan harga minyak?

Di dalam mainstream media dinyatakan bahawa kerajaan akan memperbaiki kemudahan dan infrastruktur awam dan yang paling klise adalah untuk kebaikan pada masa hadapan.Sekiranya benar bahwa alasan utk menaikkan harga minyak ini adalah disebabkan reserve petroleum semakin menyusut mengapa hanya satu hari rakyat Thailand dan Singapore diharamkan membeli petrol M'sia?

Mengapa tidak direncanakan agar pengeluarannya di rancang sekadar mencukupi keperluan rakyat M'sia? Maka, ternyata alasan itu pun tiada benarnya.

Bagi saya kebajikan yang terbaik, paling cepat, paling mudah dan merata dan adil kepada semua rakyat Malaysia adalah dengan menurunkan harga minyak yg akan menyebabkan penurunan harga barang dengan drastik. Apakah langkah yang kerajaan ambil dalam menangani chain reaction ini? Shahrir menyatakan akan ada langkah audit yang akan dilakukan kepada peniaga yang menaikkan harga tanpa justifikasi.

Semalam saya mendapati semua harga barang basah telah naik. Dahulu semasa harga ayam ditetapkan harga siling 6.00 ada peniaga yang menjual 6.50. Alasannya adalah harga borong telah naik. Apalagi yang ada pada pengguna? Boikot? sampai bila. Akhirnya kita terpaksa juga menelan jadam yang telah lama pun merobek halkum.

Bagi saya punca sebenar kerajaan menaikkan harga minyak adalah kerana desakan utk mendapatkan sejumlah wang yang besar dalam masa yang cepat utk melangsaikan perbelanjaan tertentu yang hanya Allah Maha mengetahui.

Memandangkan Petronas adalah GLC yang dimiliki oleh kerajaan yang paling mampu menghasilkan sumber kewangan yang sangat besar, mereka hanya mempunyai satu cara iaitu menaikkan harga minyak.

Alasan kebajikan untuk penaiktarafan jalan dan kemudahan awam atau manfaat jangka masa panjang hanyalah lelucon penyedap hati makcik dan pakcik di Ulu Tembeling, Pahang.

Pada zaman pemerintahan Tun Mahathir salah satu cara meningkatkan ekonomi M'sia pada waktu itu adalah dengan menggalakkan rakyat M'sia berbelanja. Ia terbukti berkesan . Keadaan sudah terbalik pada masa sekarang. Kita kena berjimat dengan cara mengikat batu pada perut. Sekiranya kita berjalan pada hari minggu sangat sedikit kenderaan di jalan raya apatah lagi di supermarket. Semuanya sudah sangat berkira-kira.Hilang 'feel good factor'.

Dalam berita tv3 ada dilaporkan seorang calon univ yang membuat laporan polis ingin mendakwa kerajaan pakatan rakyat selangor yang gagal menunaikan manifesto utk membayar 1000 seorang utk calon yang berjaya memasuki univ.

Bolehkah kita mendakwa TPM kerana dia juga gagal menunaikan janji utk tidak menaikkan harga minyak selepas pilihanraya?Bagi saya cara terbaik meraih kepercayaan rakyat selepas kekalahan besar pilihanraya adalah dengan menurunkan harga minyak. Tetapi ini tidak berlaku pun..Tahniah kepada diri kita yang masih memberi undi kepada kerajaan Barisan Nasional. Sesungguhnya seseorang muslim itu tidak akan tertipu pada lubang yang sama sebanyak dua kali..

Posted by Mama Tuesday, June 10, 2008 1 comments  



30th. Wedding Anniversary

Alhamdulillah.

Hari ini genap 30 tahun mama dan papa berkongsi hidup suka dan duka, gelak ketawa, menangis bersama mengharungi kehidupan yang penuh gelora dan ombak dugaan.

Anak anak yang kami lahirkan, semuanya tujuh orang kami besarkan dengan penuh kasih sayang, kami berikan didikan semaksimum dan semampu mungkin sebenarnya menjadi pelengkap kehidupan kami.

Kami sentiasa mengharapkan anak anak kami mewarisi perjuangan Rasulullah, yang menjadi insan insan soleh wa musleh. Berbudi kepada manusia dan menghambakan diri kepada Allah swt. Hablun minnas wa hablun minallah...

Hidup ini tidak bermakna tanpa ujian dan dugaan. Dalam ujian dan dugaan itu kami bina kekuatan. Semoga kasih sayang kami akan kekal fillah di dunia dan abadi di akhirat.

Alluhumma...aminnnnnnnnn....

Posted by Mama Monday, June 09, 2008 3 comments  



Ubat Hati

Kebahagian dunia dengan ilmu, kebahagian akhirat dengan ilmu dan kebahagian dunia akhirat juga dengan ilmu- " maksud hadith

Gersang Bumi Tanpa Hujan,
Gersang Minda Tanpa Ilmu,
Gersang Hati Tanpa Iman,
Gersang Jiwa Tanpa Amal

Posted by Mama Wednesday, May 28, 2008 0 comments  



I'm trying to motivate myself

"Seorang pahlawan boleh salah, boleh gagal, boleh ditimpa musibah...Tapi dia tidak boleh kalah, dia tidak boleh menyerah pada cabaran dan tentangannya. Dia tidak boleh menyerah kepada keterbatasannya, dia harus tetap melawan, menembus gelap supaya dia mampu menjemput fajar sebab kepahlawanan adalah piala yang direbut, bukan anugerah yang dihadiahkan"...

Posted by Mama Thursday, May 22, 2008 1 comments  



Apabila non muslim berkata-BismiLLah adalah bukti trinity.


Apabila non muslim berkata atau bertanya;

Penggunaan istilah aku dan kami oleh Allah dlm AlQuran menunjukkan Allah bersifat trinity. begitu juga pada ayat bismillah yang merangkum 3 nama Allah iaitu Allah, ArRahman dan Ar Rahim menunjukkan Islam btuhankan trinity.

Jawapan:

1) Dua jenis 'plural'Di dalam bahasa arab, terdapat dua jenis kata jama' atau plural, iaitu plural of numbers (plural yang menunjukkan maksud angka/bilangan tiga atau lebih) dan plural of respect (kata plural yang tidak menunjukkan angka atau bilangan tetapi sebaliknya menunjukkan penghormatan).

Jika kita lihat program wawancara di TV dalam bahasa arab, hos akan menyebut 'ahlan wa sahlan wa marhaban biKUM' kepada seorang tetamu jemputan. Sedangkan 'KUM' boleh kita ertikan sebagai 'kamu SEMUA' (plural). Seharusnya ayat yang digunakan adalah 'ahlan wa sahlan wa marhaban biKA.' 'KA' boleh kita ertikan sebagai 'kamu' (singular).Sebenarnya penggunaan kata plural di sini bukanlah plural yang merujuk kepada bilangan tetapi plural yang digunakan sebagai penghormatan kepada tetamu tersebut.

Apabila seseorang bertanya soalan kepada seseorang tokoh atau ulama, biasanya dia juga akan menggunakan kaedah yang sama iaitu dengan mem'plural'kan ayatnya. Ini adalah penghormatan kepada tokoh atau ulama' tersebut.Kita juga selalu memberi salam kepada seorang kawan kita dengan lafaz Assalamu alaiKUM, bukan assalamu alaiKA. Adakah ini salah?? Tidak. Walaupun maksudnya plural, tetapi ia adalah suatu bentuk penghormatan.Malah Ratu England juga sering menggunakan perkataan 'WE' apabila merujuk kepada dirinya sendiri. Ia juga adalah suatu bentuk plural of respect.Begitu juga apabila Allah menggunakan perkataan 'KAMI,' ia bukanlah bermaksud plural of numbers, tetapi plural of respect. Plural tersebut bukan bermaksud ada banyak Allah tetapi bermaksud penghormatan.

2) Seseorang boleh mempunyai banyak sifat.Apabila kita berkata, "Pelajar itu bijak, kurus, lagi handsome." Ada berapa orang pelajar?

SATU!

Begitu juga dengan BismiLLah AR-Rahman AR-Rahim. Dengan nama Allah YANG Maha Pemurah, YANG Maha Penyayang. In The name of Allah THE Most Gracious, THE Most Merciful. Ada berapa Allah?

SATU!

Ini berbeza dengan konsep trinity orang kristian.

Di dalam bahasa arab, mereka menyebut "Bismirabb WA Yasu' WA ar-Ruhil Quds." Dengan nama Tuhan Bapa DAN Jesus DAN Roh Kudus. In the name of the Father AND Jesus AND The Holy Ghost. Ada berapa orang? TIGA!

WaLLahu A'alam (Allah knows best).

Posted by Mama Thursday, May 22, 2008 0 comments  



Ten Tips on How To Be A Successful Husband.

Advice From some husbands to some husbands . Mama thinks it is a good advice to follow.

Ten Tips on How To Be A Successful Husband.

By Muhammad Al Shareef

1. Dress up for your wife, look clean and smell good.When was the last time us men went shopping for designer pajamas? Just like the husband wants his wife to look nice for him, she also wants her husband to dress up for her too. Remember that Rasul Allah - sal Allahu alayhi wa sallam - would always start with Miswak when returning home and always loved the sweetest smells.

2. Use the cutest names for your wife. Rasul Allah - sal Allahu alayhi wa sallam - had nicknames for his wives, ones that they loved. Call your wife by the most beloved names to her, and avoid using names that hurt their feelings.

3. Don ' t treat her like a fly. We never think about a fly in our daily lives until it ' bugs ' us. Similarly, a wife will do well all day - which brings no attention from the husband - until she does something to ' bug ' him. Don ' t treat her like this; recognize all the good that she does and focus on that.

4. If you see wrong from your wife, try being silent and do not comment! This is one of the ways Rasul Allah - sal Allahu alayhi wa sallam - used when he would see something inappropriate from his wives - radi Allahu ' anhunn. It ' s a technique that few Muslim men have mastered.

5. Smile at your wife whenever you see her and embrace her often. Smiling is Sadaqah and your wife is not exempt from the Muslim Ummah. Imagine life with her constantly seeing you smiling. Remember also those Ahadith when Rasul Allah - sal Allahu alayhi wa sallam - would kiss his wife before leaving for Salah, even if he was fasting.

6. Thank her for all that she does for you. Then thank her again! Take for example a dinner at your house. She makes the food, cleans the home, and a dozen other tasks to prepare. And sometimes the only acknowledgement she receives is that there needed to be more salt in the soup. Don ' t let that be; thank her!

7. Ask her to write down the last ten things you did for her that made her happy. Then go and do them again. It may be hard to recognize what gives your wife pleasure. You don ' t have to play a guessing game, ask her and work on repeating those times in your life.

8. Don ' t belittle her desires. Comfort her. Sometimes the men may look down upon the requests of their wives. Rasul Allah - sal Allahu alayhi wa sallam set the example for us in an incident when Safiyyah - radi Allahu ' anha - was crying because, as she said, he had put her on a slow camel. He wiped her tears, comforted her, and brought her the camel.

9. Be humorous and Play games with your wife. Look at how Rasul Allah - SalAllahu alayhi wa sallam - would race his wife Aisha - radi Allahu ' anha - in the desert. When was the last time we did something like that?

10. Always remember the words of Allah ' s Messenger - SalAllahu alayhi wa sallam: "The best of you are those who treat their families the best. And I am the best amongst you to my family." Try to be the best!

And Allah knows best

Posted by Mama Saturday, May 17, 2008 0 comments  



Tazkirah hari Jumaat- Sikap positif dorong umat fahami fitrah

Hari ini penulisan mama tersiar di Berita Harian dalam kolumn Jendela Hikmah. Ini mama anggaplah sebagai tazkirah hari jumaat.

Semoga kita dapat sentiasa melihat dengan mata hati.

AHLI tafsir terkemuka, Imam Ar Razi, ketika menafsirkan ayat ‘Al-Rahman Al-Rahim’ (surah al-Fatihah) menyebutkan dua kisah sangat mengesankan dan menunjukkan betapa Allah Maha Pengasih dan Penyayang. Satu kisah itu ialah pengalaman seorang salih dan ahli sufi bernama Ibrahim Adham.

Pada suatu hari Ibrahim menjamu selera di rumah seorang ketua kaum. Ketua kaum itu menghormati beliau dengan menghidangkan makanan enak. Ketika Ibrahim hendak menyuap, tiba-tiba datang seekor burung gagak menyambar makanan itu. Ibrahim segera melihat bahawa pasti ada suatu pengajaran daripada tindakan aneh burung itu. Beliau segera bangkit dan berjalan mengikuti arah burung itu terbang.Ibrahim ternampak gagak itu menjatuhkan makanan ke suatu tempat. Ibrahim mendekati arah jatuhnya makanan itu. Setibanya di tempat itu, Ibrahim menyaksikan seorang lelaki yang diikat dalam keadaan terlentang di bawah sebuah pohon rendang. Rupa-rupanya makanan yang dijatuhkan burung gagak terus masuk tepat ke mulut insan tidak berdaya itu.

Ibrahim segera mengagungkan Allah, yang menyelamatkan hamba-Nya yang tidak berdaya. Secara logik akal, insan itu tidak akan hidup lama dalam keadaan terikat seorang diri di hutan namun, kerana kasih sayang Allah, Dia menghantar gagak untuk membantu insan malang itu.

Cerita Ibrahim ini menggambarkan kepada kita mengenai sikapnya yang melihat kebaikan di sebalik kejadian yang kelihatan buruk. Sering kali kita dengar pakar motivasi memberikan tip untuk mencapai kecemerlangan dan kebahagiaan. Antaranya, kita perlukan tiga perkara untuk mencapainya iaitu ilmu, kemahiran dan sikap. Daripada ketiga perkara ini, yang paling utama adalah sikap. Andai kata kita ingin menjadi sahabat yang cemerlang, hanya sikap menjadi penentu.Kita mungkin menjadi seorang paling alim dan intelek di muka bumi, tetapi kita pastinya dibenci oleh lawan, mahupun kawan andai tidak mempunyai sikap yang baik. Sikap negatif seperti tidak prihatin, mulut celupar, panas baran sudah cukup membuatkan orang benci pada kita.

Kajian oleh seorang profesor daripada Universiti Yale, membuktikan hal ini apabila didapati tujuh peratus kejayaan graduan dari Sekolah Perniagaan Harvard bergantung pada ilmu dan kemahiran sementara 93 peratus bergantung kepada sikap.Sikap maksudnya cara kita melihat pada sesuatu. Kita dapat apa yang kita lihat. Contoh, apabila kita melawat pantai yang memutih, ada tiga cara (mungkin lebih) melihat pantai itu. Sebagai pelancong kita melihatnya sebagai tempat untuk merehatkan minda dan bersantai. Maka kerehatan yang bakal kita peroleh. Sebagai penangkap ketam, kita ke sana untuk menangkap ketam. Maka ketam akan kita dapat. Sebagai usahawan, kita mencari ruang niaga yang sesuai dan menguntungkan. Maka memang kemungkinan besar, itulah yang akan kita peroleh.

Seruan untuk membetulkan cara melihat atau sudut pandangan, bukanlah semata-mata seruan daripada pakar motivasi saja.Seruan itu juga adalah seruan Ilahi dalam al-Quran. Berapa banyak ayat yang seolah-oleh bertanya kepada manusia, “Tidakkah kamu melihat?” dan kritikan buat manusia yang membutakan diri, “Apakah kamu tidak melihat?” Ada pelbagai cara untuk memandang, iaitu pandangan mata, akal, nafsu dan mata hati.

Cara paling baik untuk menentukan sikap ialah dengan pandangan mata hati, pandangan digandingi dengan aktiviti berfikir untuk menghasilkan yang terbaik bagi semua pihak.Contoh, kita ingin mengambil kaedah digunakan seorang ulama, Abd Majid Aziz Az-Zindani dalam bukunya, Kitab Tauhid ketika membicarakan perihal ayat dalam al-Quran yang bermaksud: “Maka hendaklah manusia itu memperhatikan makanannya.” (Surah Abasa, ayat 24).

Menurut beliau, daripada makanan beliau boleh melihat sembilan sifat Allah padanya antaranya Maha Pemberi Rezeki. Apakah nilai pada sepinggan nasi berharga RM5 jika kita tidak fikirkan berapa orang terbabit untuk menyediakan sepinggan nasi. Jika kita kaji proses terhasilnya nasi daripada beras, menjurus kepada padi di sawah, kita dapat merasai kasih sayang Allah yang memberikan rezeki.

Daripada contoh kita fahami fitrah manusia memerlukan kepada masyarakat sama ada dia mahu atau tidak, suka atau tidak. Dalam kehidupan sehari, sedar atau tidak kita sentiasa mendapat pertolongan Allah terutama saat berada dalam keadaan genting dan sangat terdesak.Kita sering dimanjakan dengan kasih sayang-Nya.

Namun, kita selalu melupakannya. Malah, kadangkala kita sering menganggap bahawa kecemerlangan dicapai kerana kehebatan kita. Akibatnya kita acap kali menjadi sombong dan bangga kerananya. Kita ambil mudah banyak perkara dan melanggar hukum-Nya, dengan pelbagai alasan yang kita reka sendiri. Walhal sebenarnya nikmat itu hanyalah kurniaan Allah.


Penulis ialah AJK Wanita JIM Pusat dan boleh dihubungi di e-mel wanitajim0@yahoo.com

Posted by Mama Friday, May 16, 2008 0 comments  



KASIH IBU CINTAI ALAM SEKITAR

Beberapa orang ibu yang meraikan hari ibu- Kasih Ibu Cintai Alam Sekitar

Sedang mencari nama nama pelbagai tumbuhan di taman mini taman botani

Imang - an engineer cum professional camera women using DSLR

Mama & team untuk mencari nama-nama tumbuhan sekitar taman botani

Aalaa' , Imang & team among the earlier to come

Semalam 11 Mei mama menyertai team Wjim Pusat merayakan Sambutan hari ibu bertemakan Kasih Ibu Cintai Alam Sekitar di Taman Botani Putra Jaya. Laporan bergambar lebih lanjut mama boleh di layari di blog wanita JIM Ceria yang mama jadi ownernya.

Mama seronok sebab kedua orang anak perempuan (Aalaa' & Naeeimah) yang mama cintai menemani dan sama sama meraikan hari itu sebagai hadiah untuk mama. Walaupun Aalaa' dan Naeeimah aka Imang belum hilang penat mengemaskan barang barang dari kampus USM..(ye yeh imang dah habis belajar dengan B SC Aerospacenya- tak tahu nak kerja aper & dimana ).

Terima kasih, jazakallah khairan dan a BIG TQ kerana memahami! Mama tidak harapkan hadiah yang mahal mahal (yang hanya akan menguntungkan penjual kad dan memorabilia), mama hanya perlukan kasih sayang berpanjangan, pemahaman sepanjang hayat, dan paling utama berniat untuk bersama sama mengamalkan Islam dan nilai unggul universal untuk keselamatan manusia dan alam. Hanya dengan syariat kita mampu berbuat demikian.

Mari kita hayati ucapa perasmian ini dibacakan oleh Tiumbalan Ketua Wanita, Puan Che Asmah

Teks Ucapan Perasmian Ketua Wanita JIM Pusat sempena Sambutan Hari Ibu 2008 (11 Mei 2008 )

Tema : Kasih Ibu Cintai Alam

Assalamualaikum warahmarullahi wabarakatuh

Selawat dan salam untuk Junjungan Besar, Muhammad SAW

Alhamdulillah, di pagi yang mulia dan berbahagia ini, Allah SWT telah menghimpunkan kita semua di dalam suatu majlis yang aman makmur, untuk sama-sama menyambut sebuah hari yang besar maknanya kepada semua wanita bergelar ibu.

Izinkan saya mengalu-alukan kehadiran semua hadirin dan hadirat yang sudi meluangkan masa untuk bersama-sama kami pada hari ini. Saya memohon berbanyak ampun dan maaf kerana tidak dapat bersama secara fizikal dengan sidang hadirin sekelian kerana terpaksa bertolak ke Bandung atas urusan kerja pagi ini. Namun saya yakin, penganjuran dan pengendalian majlis yang cekap dan rapi, yang diketuai oleh Timbalan Ketua Wanita JIM Pusat, dengan kerjasama padu Wanita JIM Selangor kali ini akan memastikan perjalanan majlis Sambutan Hari Ibu yang paling bersejarah dan bererti untuk kita semua. Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada komitmen dan susah payah mereka dalam menjayakan program ini.

Hari Ibu di Malaysia biasanya disambut setiap tahun pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Selain menjadi hari yang diperuntukkan untuk mengenang jasa dan pengorbanan para ibu, hari ini sambutan Hari Ibu menjadi satu `trend’ yang sering diambil kesempatan oleh pihak tertentu untuk mendapatkan keuntungan komersial yang berlipat kali ganda. Gedung-gedung membeli-belah, restoran-restoran dan hotel-hotel mewah menawarkan pekej-pekej istimewa sambutan Hari Ibu yang lebih bertujuan mengaut dan memancing komitmen kewangan dari anak-anak yang tidak kisah bergolok dan bergadai demi untuk `membuktikan’ penghargaan mereka kepada ibu yang mereka kasihi. Eksploitasi ini dibimbangi, akan mengikis erti dan makna sebenar mengapa diperuntukkan sebuah hari yang khusus untuk mengenang jasa dan sumbangan kaum ibu selama ini.

Untuk memastikan Hari Ibu disambut dengan pengertian yang benar lagi tulus, Wanita JIM Pusat memilih untuk memberikan penekanan kepada suatu aspek yang belum mendapat perhatian serius umat Islam di negara ini. Kesedaran untuk mencintai alam sekitar dan usaha mengurangkan pencemaran dan kerosakan yang berpunca dari tangan manusia sendiri masih agak kurang mendapat tempat atau prioriti. Mungkin tidak keterlaluan untuk mengatakan isu penjagaan alam sekitar belum dijadikan agenda utama dalam perancangan strategi organisasi-organisasi Islam di kalangan kita.

Dengan memilih tema : ` Kasih Ibu Cintai Alam Sekitar ’ untuk sambutan Hari Ibu tahun ini, Wanita JIM memberikan fokus kepada peranan dan sumbangan besar yang boleh dimainkan oleh para ibu dalam memastikan penjagaan alam sekitar bermula di rumah. Keprihatinan terhadap isu alam sekitar mestilah menjadi budaya dalam kehidupan setiap keluarga dan kelompok masyarakat. Nilai dan penghargaan yang tinggi kepada suasana alam sekitar yang bersih dan tidak tercemar mestilah disemai dari alam kanak-kanak lagi. Ibu mempunyai pengaruh yang besar terhadap anak-anak mereka dalam membentuk sikap yang betul dan keprihatinan yang tinggi terhadap penjagaan alam sekitar.

Program Sambutan yang diadakan di Taman Botani ini sekaligus bertujuan mengajak para ibu dan keluarga mereka mendekatkan diri secara langsung kepada suasana alam sekitar yang bersih dan tidak tercemar. Dengan beberapa aktiviti yang dirancang, diharapkan kesedaran ini dapat mencetuskan satu komitmen baru dalam minda dan kehidupan para ibu terhadap perihal pentingnya menjadi `agen’ yang turut memainkan peranan besar dalam aspek penjagaan alam sekitar. Suasana iklim dunia yang semakin tidak menentu kerana pengaruh pemanasan global ( global warming) – akan tetap memberikan kesan kepada kehidupan kita semua, di mana jua kita berada di atas muka bumi ini.

Saya menyeru kepada semua ibu di Malaysia khususnya dan di dunia amnya sempena Hari Ibu 2008 ini, untuk melaksanakan secara serius tanggungjawab menyemai kesedaran terhadap alam sekitar di kalangan anak-anak, keluarga, kejiranan dan di peringkat negara. Mereka juga haruslah memainkan peranan yang lebih efektif dengan melaksanakan sendiri amalan-amalan yang menekankan ciri-ciri mesra alam di dalam urusan seharian di rumah dan lingkungan persekitaran mereka sendiri. Marilah kita mengambil pengajaran dari apa yang dinukilkan di dalam Surah Ar-Rum, ayat 41 :

ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ

Mafhumnya :

Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).

MAKA, dengan lafaz yang mulia : Basmallah – saya merasmikan Sambutan Hari Ibu Wanita JIM 2008 ini.

Posted by Mama Sunday, May 11, 2008 0 comments  



Finally Aalaa ......is a lawyer....

Aalaa’ being called to the bar today . Alhamdulillah, she is a lawyer now and we can call her advocate & solicitor. It’s the ‘long call’ day. Its very interesting to see the chambering students who successfully end up their ‘chambering student’s life to day at the 3rd floor of RKK2 – Rayuan Kuasa-kuasa Khas of Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. The judge delivers a long lectures adressed specifically to students and the respective parents attending the ceremony.

Aalaa' completed her chambering after 9 months of internship with 2 law firms, to learn the ins and outs of working as a lawyer. After she has completed her law degree from UIA undergone her chambering from 1st. June 2007 – 31st.December at Mssr Azman, Sazira & Partners and Messr Kahar & Co and from 2nd January 2008-3rd March 2008.


I was so proud watching her standing and bowing before the Judge Yang Ariff Dato Abd Kadir Musa while papa put on her robe. Both of her 2 masters are present, Azman Jaacob and Kaharudin. Thanking you all the same....

Ironically upon reaching home she said... i dont wanna work as a lwayer. Tired of messing around with the courts procedures, affidavit and never ending compiling and submitting 'papers' after papers. I just wanna work some where in the banks....be Masya Allah what a 'U- turn of event'!









Posted by Mama Friday, May 09, 2008 0 comments  



Aduhai puteriku sayang..


Kak Yong, Thank you so much for writing such a very sweet and beautiful poem for mama 's bday in you blog. I'm proud of you....Hmm…biasalah air mata terlalu murah untuk tumpah. Air mata rindu.

There is nothing so inspiring as reading your blog, and running into the smiling naughty faces of my 2 cucus, Luqman n Iqbal. There are so damn cute and ‘beautiful’. They will definitely be wonderful people someday.InsyaAllah. I’m inspired by their innocence and sweetness. At times in a way they are lighting my dull moments sometimes ! Bless you for birthing them and being a MOM! .You’ve made the right choice to to ‘choose’ and pick their fathers as your husband,

For all my three sweets girls, Kak Yong,Aalaa & Imang, I dedicated this touching poem for your ‘renungan’. BTW I picked up these poem somewhere I don’t remember where….but its good ….

Aduhai puteriku sayang..

lembutmu tak bererti

jika kau mudah dijual beli

kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti

lembut bukan hiasan

bukan juga kebanggaan

tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

di sebalik bersih wajahmu

di sebalik tabir dirimu

ada rahsia agung

tersembunyi dalam diri

itulah sekeping hati

yang takut pada ilahi

berpegang pada janji mengabdikan diri...


Aduhai putriku sayang

Malumu mahkota yang tidak perlukan singgahsana

tetapi ia berkuasa menjaga

diri dan nama

tiada siapa yang akan

boleh merampasnya

melainkan kau sendiri

yang pergi menyerah diri...


ketegasanmu umpama benteng negara dan agama

dari dirobohkan dan juga dari dibinasakannya

wahai putriku sayang

kau bunga terpelihara

mahligai syurga itulah .. tempatnya

Aduhai putriku sayang

kau bunga kebanggaan

aduhai putriku sayang

kau bunga idaman...

Posted by Mama Saturday, May 03, 2008 0 comments  



Hari ini hati mama puas sebab dapat memberikan sesuatu.....

Alhamdulillah, selamat tamat Bengkel Penulisan dan Pengendalian Media di Kuantan anjuran Wanita JIM Pahang. Satu kegembiraan dan kebahagian apabila dapat menyempurnakan misi ini. Misi dakwah bil qalam. Serak suara bercakap dan bersyarah selama lebih kurang dua jam dan di sambung semula sesi bengkel sehingga ke petang. Ini adalah adat memebri ilmu.

Mama Patut Hargai Apa Jua Yang mama Lakukan. Apatah Lagi Jika Ia Dihasilkan Dengan Iringan doa, Keringat Dan Usaha. Hasilnya Adalah Kebaikan semata Dan Kepuasan Yang Tiada Tolok Bandingnya.


Puas rasa hati (contented soul) mama dapat berkongsi pengalaman dan ilmu menulis artikel dakwah dan islah. Agar dengan ini akan bertambah ramai penulis penulis yang boleh menyumbang dalam 'bank artikel' utk memenuhi ruangan Jendela hikmah dan Bicara kalbu.

Mama mengharapkan dan sentiasa berdoa agar lebih ramai penulis lahir untuk menjalan kan misi dakwah bil qalam.

Semoga ALlah menerima amal ini sebagai amal jariah mama. Selagi ilmu ini dimanfaatkan oleh perserta bengkel ini selagi itu mama akan mendapat pahala dan ganjaran dari Allah. Mama mesti saban waktu membetulkan niat. Innamal a'amalu binniyat.

Semoga Allah merahmati mama di yaumil akhirah dengan shurga firdaus, Aminnnn

Posted by Mama Monday, April 28, 2008 0 comments  



Teringat Buya HAMKA di hari lahirku....

Seorang alumni mengingatkan mama tentang umur bagaimana dihabiskan, tentang usia yang amat takut kita terima lanjutnya....dan tetiba mama teringat Buya HAMKA, seorang pujangga Islam pahlawan kemerdekaan Indonesia. Semoga Allah merahmatinya..Alfatihah untuknya juga buat Almarhum ayahnda mamaku tercinta yang mengenalkan mama kepada insan hebat ini dengan membelikan novel paling mama suka baca semasa remaja. Mama tidak tidur sepanjang malam sehingga habis dibaca, tajuk buku itu: TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER WICK.

"Sungguh selalu kita menyadari zaman yang kita tinggalkan. di waktu remaja disadari zaman semasih kecil. setelah jadi ayah, teringat semasa jadi anak, setelah jadi nenek teringat semasa jadi anak dan cucu..

hendak dipanggil hendak diulang sudah tidak bisa lagi. sebab umur adalah laksana perjalanan di lebuh besar dan zaman remaja, muda dan tua laksana tonggak-tonggak penunjuk yang berderet-deret di tepi jalan.

demikianlah adanya penyesalan dan penyedaran di waktu kita masih hidup; terasa di hati tuan, dan terasa di hati kami, dan terasa di hati seluruh makhluk yang memikirkan hayatnya.

kalau demikian halnya di waktu badan masih hidup maka bagaimana pula agaknya setelah badan mati? bagaimana jika kita teringat setelah di alam kematian, kepada ketaksiran kita semasa masih hidup? sedangkan di watu tua sahaja sudah tidak mungkin kembali muda. di waktu muda tidak kembali kecil, padahal kita masih di dunia...?

alangkah besar sesal, alangkah pahit kesedaran di waktu itu, di waktu jasmani hancur bersama kekotorannya, dan rohani telah murni menurut tabiat asal kejadiannya... di sanalah.. sesal yang tak ada di atasnya penyesalan lagi..."

~ BUYA HAMKA ~

Posted by Mama Saturday, April 26, 2008 2 comments  



A BIRTHDAY TO REMEMBER

Ohh....dear to day is my birtday...52nd. i had a wonderful birthday, though I'd thought otherwise because last night was terrible, i ve got a very or rather severe headache. My BP went high with, slight fever & tingling sensation. Then Overslept.

However, things are different in the morning ...

Salam, ma! Happy birthday ma, that sweet voices woke me up. it was early morning greeting and wishing from beloved Aalaa, my grown up sweet petite little girl turned lawyer. Though sometimes she was lamenting, ohhh how I hate this job! How i wished to be born as an interior decorator, ohhh that dreamer lad..

Glanced my hp, got 2 messages - Birthday wishes from Abg Uda ( a very long romantic wishes- as though to a sweet heart, yeahh in a way he is my sweet heart, we have been through together emotionally thro' thick and thin, and Tame from Cairo and later from Imang. Jazakallah khairan and Thanks to all of you dear. You make my day.

I dedicated this song by Saujana to my soul:

Awan Berarak Ceria
Tiada Titisan Hujan
Pohon Melambai
Tanda Sokongan

Kususuri Perjalanan
Bertemankan Senyuman
Di Hari Lahirmu
Sahabatku

Dedaun Berguguran
Membuktikan Kedewasaan
Walau Tanpa Madah Dan Hadiah
Namun Cukup Bagiku
Sekadar Ucapan

Selamat Hari Lahir
Iringi Doa Kuhulur
Bersyukur KepadaNya
Atas Nikmat Usia

Sahabatku
Usia Yang Tuhan Kurniakan Ini
Dihasilah Ia Dengan Amalan Yang Murni
Semoga Ia Menjadi Temanmu Di Akhirat Nanti
Selamat Hari Lahir

Usiamu Ibarat Mutiara
Tiada Berganti Lagi
Hiaskan Iman Bersulam Taqwa
Agar Sempat Mengucup
Haruman Syurgawi

Posted by Mama Saturday, April 26, 2008 0 comments  



KUNJUNGAN HORMAT WANITA JIM PUSAT KE PEJABAT EXCO SELANGOR




Shah Alam 24 April 2008.

Beberapa orang AJK WJIM Pusat telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat exco Selangor YB Rodziah Ismail yang menjadi pengerusi jawatankuasa tetap kebajikan dan kebudayaan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi.




Rombongan Wanita JIM Pusat diketuai oleh Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj(Ketua Wanita), diiringi oleh AJKPW, Ir Endok Sempo Tahir(Unit Media dan penulisan), Puan Rosmawati Zainal (Raudatus Sakinah) , Puan Anfal Saari (Pendidikan Aulad), Cik Nazirah (SU eksekutif), Cik Khadijah Azman (Corpoarte Comm). Turut serta ialah Ketua Wanita JIM Petaling , Prof Madya Wan Norainin dan Prof Madya Fauziah Arshad.


Dr Harlina sedang menerangkan sesuatu mengenai plan memacu agenda untuk wanita Negeri Selangor dan memberikan cenderamata dari wanita JIM.
Bergambar sebelum meningglakan pejabat YB Rodziah aka OGY

Antara tajuk perbincangan:

1. Wanita JIM memberikan taklimat :

a) Mengenai cadangan dan harapan wanita JIM sebelum PRU12 dan selepas PRU 12 terutama 6 tuntutan itu
b)Penglibatan WJIM dengan CSW di New York terutama untuk mempelopori agenda Pro Family Vs Feminism
c) Image building of a 'different kind' of a women exco and her family, as an EXCO - as wife and a mother untuk dijadikan contoh dan inspirasi wanita, satu contoh kehidupan yang simple bukan seperti status quo yang sangat mewah dan berlebihan
d).Sistem sokongan keluarga yang perlu diberi perhatian kepada nya.
Maklumbalas dari YB Rodziah:
1. Pembentukan think thank wanita Selangor yang terdiri dari berbagai latarbelakang NGO dan Wanita JIM akan di jemput sebagai wakil NGO dan juga wakil professional
2. Mengenai tuntutan wanita JIM agar memberikan elaun suri rumah RM200.00 , kerajaan negeri akan melaksanakannya setelah mengambil kira keadaan ekonomi negeri pakatan rakyat yang lain. Selangor tidak boleh bertindak sendirian, kerana ia akan melibatkan negeri negeri pakatan rakyat yang lain.
3. Beberapa projek kemasyarakatan untuk wanita, OKU, warga emas dan anak anak terpinggir, PEMALIK
3. Bagaimana merapatkan jurang kehidupan dan ekonomi antara kawasan bandar dan kampung-kampung
4. Projek Toy library di kawasan kampung dan pendalaman - telah ada syarikat korporat yang bersedia untuk berikan fund
5. Projek modal Insan - juga ada syarikat yang boleh sponsor program
6. Memulihkan dan memanfaatkan bangunan Balkis yang super mewah serta penglibatan yang optimam isteri menteri besar bersama WJIM dalam aktiviti balkis
7. Wanita JIM perlu fokus sesuatu projek dan perlu bertindak cepat untuk menyediakan plan tindakan agenda wanita yang akan dibentangkan pada sidang ADUN 21 Mei 2007.8. Tindakan seterusnya nanti akan mengambil kira input dari perjumpaan dalam sesi brainstoring bersama beberapa NGO yang akan diadakan pada hari esok Jumaat 25 April 08

Posted by Mama Friday, April 25, 2008 0 comments  



In a men's world- IEM 49TH ANNUAL MEETING



19th April, attending 49th IEM Annual General Meeting. Chaired by By: Dato' Paduka Engr. Keizrul bin Abdullah President, The Institution of Engineers, Malaysia (IEM)

How I wished more ladies in the engineering field. The numbers of lady engineers attended the meeting can be counted less than ten...(urghhh) boleh bilang dgn jari.

The message of the presidential address is about from nation builders to nation movers .




Its all about the current status of engineering profession. How the engineering profession is given less priority in career choices! The survey says, engineering is the last choice after medicine, architecture, legal,accouning etc.



Now is the time engineers reflect and reengineer their profession from a mere nation builders but moving the nation to a greater height.

Posted by Mama Saturday, April 19, 2008 1 comments  



I Believe...

1. I believe that life is there to enjoy.
2. I believe crushes are there to crush hearts.
3. I believe true love is there from the start.
4. I believe you should give people chances.
5. I believe you should treat people the same because you never know what they will do for you in the future.
6. I believe that good things will come to people who work hard.
7. I believe great things come to people who never give up .
8. I believe silence will teach you something if you listen hard.
9. I believe that the heart leads you in the right direction if you follow it.
10. I believe friends are needed no matter who you are.
11. I believe family should stick by your side.
12. I believe God will help you if you believe in him and trust him.
13. I believe drugs destroy.
14. I believe sleep calms the soul.
15. I believe the heart and soul are more important than looks.
16. I believe trust helps the world go round.
17. I believe love brings great things.
18. I believe kids could teach adults a lot if adults would just listen.
19.I believe pets are great because they listen and love you no matter what you look like.
20. I believe you should always chase your dreams.
21. I believe hope is something everyone needs.
22. I believe you need to make time for fun.
23. I believe music soothes the soul.
24. I believe that money cannot buy happiness.
25. I believe books can take you anywhere.
26. I believe jokes have to be there to keep people sane.
27. I believe people are special the way they are.
28. I believe that true friends will last a lifetime.
29. I believe that enjoying what you do will help you enjoy life more.
30. I believe parents are more important than you think.
31. I believe the sky is the limit.
32. I believe you should shoot for the stars.
33. I believe being loved and loving are two totally different things.
34. I believe that you have to love yourself before you can love others.
35. I believe records are made to be broken.
36. I believe promises should be kept.
37. I believe brothers and sisters are made to teach.
38. I believe a simple smile can make anybody's day better.
39. I believe that being popular is not the key to life.
40. I believe in being nice to nerds because you might grow up and have to work for on

Posted by Mama Thursday, April 17, 2008 0 comments  



We make a life by what we give



Why do you like to 'susah kan dirimu'?


Segala hukum yang tersebut adalah batas-batas (Syariat) Allah dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya dan itulah kejayaan yang amat besar.


An Nisa' ayat 13



"We make a living from what we get;

we make a life by what we give."


- Winston Churchill

Posted by Mama Saturday, April 12, 2008 0 comments  



Gambar2 sekitar sidang media Pasca PRU 12

JUMAAT, 14 Mac 2008: Presiden JIM, Tuan Hj. Zaid Kamaruddin dan Ketua Wanita JIM, Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj telah mengeluarkan kenyataan media pada pukul 10 pagi di Pusat Komuniti JIM, Taman Melawati, bagi menyatakan pendirian JIM terhadap keputusan pilihanraya umum ke-12 pada sabtu lepas.

Sidang media ini mencatatkan beberapa perkara menarik; semua wakil akhbar "mainstream" hadir: Berita Harian, Utusan, NST, The Star, Harian Metro, Sinar Harian. Wakil Harakah tidak dapat hadir kerana semua wartawannya telah punya tugasan.

Sidang Media kali ini adalah yang paling lama, sekitar satu jam setengah. Para wartawan begitu berminat untuk mendapatkan pandangan Presiden dan KW berkaitan PRU 12.

Memandangkan semua parti politik sekarang ini berpeluang menjadi pemerintah dan pembangkang, maka JIM bersetuju memberikan tajuk: Masa Untuk Memberi Khidmat Terbaik.

Pendirian JIM ini telah meletakkan asas yang baik untuk JIM meneruskan tugas dan peranan JIM sebagai sebuah gerakan Islam.

Dalam pada itu Wanita JIM pula mengeluarkan kenyatan akhbar bersempena Hari Wanita Sedunia 2008 dan Pasca PRU12 dengan Tema : `Investing in Women and Girls' ( Melabur untuk Wanita dan Kanak-kanak Perempuan).



Prof Madya Dr Harlina Halizah and Mama (Committee on media and pulication)

Tan Yaacob (Bendahari JIM), Hj Nahar (Setiausaha Agong), Hj Zaid (Presiden JIM) , Prof Madya Dr Harlina (KW) dan mama

Q & A with Reporters from STAR and Berita Harian

After The press conference: Reporter from STAR, NST and Berita Harian

Reporter from Sinar Harian

Posted by Mama Friday, March 14, 2008 3 comments  



Persahabatan renggang gara-gara pilihan raya

Penulisan mama di Berita Harian hari ini....dalam kolumn Bicara Kalbu.


SAYA mempunyai dua kategori kawan, seorang yang tidak mahu mengundi, kerana berpendapat mengundi pada pilihan raya umum ini membuang masa dan membawa permusuhan, sementara seorang lagi ialah seorang kaki kempen yang sangat bersemangat, tetapi tidak sensitif perasaan kawan. Saya melihat sejak demam pilihan raya ini hubungan dua orang kawan tadi menjadi renggang. Saya tidak suka bergaduh dan tersepit di tengah-tengah. Saya mengharapkan pilihan raya cepat selesai untuk melihat persahabatan antara kami bertiga kembali jernih.

Kawan simpati

Kajang, Selangor

PENDAPAT seorang kawan itu ada kebenarannya namun, tanggungjawab warga negara mesti ditunaikan dengan menjaga etika memilih pemimpin dalam pilihan raya. Negara berdemokrasi hanya dapat dilaksanakan jika semua rakyat faham hak mereka sebagai rakyat dan pengundi.

Jangan risau kerana hanya tinggal esok bagi rakyat Malaysia memilih wakil Dewan Undangan Negeri DUN dan Parlimen. Proses pemilihan dalam pilihan raya ini memberikan ruang kepada setiap individu yang layak memilih menurut rasional dan rasa hati nurani.

Dalam pada itu, kita perlu memahami etika Islam supaya proses demokrasi ini tidak dinodai dengan politik wang, pujukan dan ugutan atau cercaan yang menimbulkan tekanan serta paksaan kepada setiap pemilih.

Sejarah Islam yang panjang memaparkan kontroversi mengenai penentuan kriteria pemimpin. Dilema dalam menentukan pemilihan pemimpin bukan sesuatu perkara yang baru. Selepas kewafatan Rasulullah SAW pada 11 Hijrah/632 Masihi, umat Islam pernah digegarkan dengan isu serupa.

Selepas Rasulullah menghembuskan nafas terakhir, terjadi ketegangan antara golongan Muhajirin dan Ansar. Dua kekuatan besar itu bmerasakan masing-masing layak menduduki kerusi khalifah untuk menggantikan kepemimpinan Rasulullah SAW.

Perdebatan dan ketegangan berlaku ketika proses perlantikan secara sederhana berlangsung di Saqifah bani Saidah yang akhirnya melantik Saidina Abu Bakar sebagai khalifah pertama. Yang paling menarik, pemilihan masyarakat Muslim ini serentak dengan ikrar taat setia kepada Abu Bakar.

Peristiwa ini secara tidak langsung mengiktiraf kedaulatan rakyat. Nilai yang diterapkan mencerminkan suatu sistem demokrasi sekali gus menepis pemerintahan alamonarki.

Walaupun pada masa itu tidak ada apa yang kita namakan pada hari ini sebagai pilihan raya, persetujuan golongan Muhajirin dan Ansar menyelesaikan masalah pemimpin memiliki hakikat yang tidak jauh bezanya dengan pilihan raya kita masa ini.

Melihat realiti sejarah, pemilihan seorang pemimpin itu dapat dijadikan bukti bahawa untuk memilih pemimpin dalam perspektif Islam adalah sebuah kemestian. Kepemimpinan dalam Islam dipandang sebagai satu instrumen penting bagi melindungi agama dan kemajuan mengurus kehidupan di dunia.

Kekosongan pemimpin akan mendatangkan kekacauan. Lebih daripada itu, menurut Islam, pemimpin adalah ‘bayangan khalifah’ Allah di muka bumi. Ulama bersepakat perlantikan pemimpin bagi kaum Muslim adalah wajib syarie.

Majoriti ulama menyatakan Islam adalah agama dan negara. Al-Ghazali melukiskan hubungan antara agama dan kekuasaan politik sebagai berikut: “Sultan (kekuasaan politik) adalah wajib untuk ketertiban dunia; ketertiban dunia wajib bagi ketertiban agama; ketertiban agama wajib bagi keberhasilan di akhirat.”

Inilah sebenarnya tujuan Rasul. Jadi wajib adanya imam adalah kewajipan agama yang tidak ada jalan untuk meninggalkannya.

Pemikir politik seperti Abu al-Hasan al-Mawardi dalam al-Ahkam al- Sulthaniyah, Ibn Taimiyah dalam al- Siyasah al-Syar’iyah, Yusuf Qardhawi dalam Fiqh al-Daulah dan Sayyid Muhammad Rasyid Ridha dalam al-Khilafah au al-Imamah al- ‘Udhma juga berpendapat serupa.

Siapakah sebenarnya orang yang berhak menjadi pemimpin (DUN dan Parlimen) yang bakal kita panggil Yang Berhormat (mesti pula yang berkhidmat untuk rakyat) dalam pandangan Islam.

Ada beberapa ayat al-Quran dan hadis yang menunjukkan secara jelas kriteria seorang pemimpin. Firman Allah bermaksud: “Pemimpin adalah seorang yang mampu memberi manfaat bagi orang yang dipimpinnya.” (Surah al-Maidah, ayat 42)

Apabila seseorang mahu menjadi pemimpin, ia harus berani tampil ke depan, memberi contoh yang hebat sama ada dalam ucapan dan perbuatan, memberi dan meniupkan semangat mengarah aspirasi, serta meningkatkan keazaman untuk berubah dan maju di tengah-tengah masyarakat.

Firman Allah lagi bermaksud: “Sesungguhnya Kami mengutus engkau (Muhammad) dengan kebenaran sebagai pembawa khabar gembira dan pemberi peringatan dan engkau tidak akan diminta pertanggungjawaban mengenai penghuni-penghuni neraka.” (Surah al-Baqarah, ayat 119)

Al-Mawardi memberi tujuh syarat dalam penentuan kriteria pemilihan pemimpin iaitu:

l Bersifat adil yang mampu melaksanakan keadilan terhadap semua rakyatnya dan tindak-tanduknya tidak bersikap diskriminasi. Keadilan bererti tahu meletakkan sesuatu pada tempatnya.

l Memiliki pengetahuan yang luas dan bersifat universal supaya dia mampu mengupas berbagai persoalan termasuk mengistinbat hukum-hakam.

l Sihat pancaindera iaitu baik pendengaran, jelas penglihatan, dan petah lisannya apabila berbicara serta mantiqnya tinggi untuk menjawab persoalan rakyat.

l Sihat anggota badannya daripada pelbagai penyakit dan kekurangan. Dengan itu dia mampu memberikan maklum balas yang cepat untuk bertindak.

l Kreatif dalam mengatur dan menguruskan hal ehwal serta bijak menjaga kebajikan dan kebaikan rakyatnya.

l Memiliki keberanian dan berdiri teguh memelihara rakyatnya menghadapi kesusahan hidup termasuk serangan musuh;

l Nasab Quraisy. Syarat terakhir ditafsirkan secara kontekstual oleh Ibn Khaldun, lebih menekankan pada kualiti, kemampuan dan keterampilan.

Kriteria itu boleh dijadikan panduan kerana tugas pemimpin sangat berat. Oleh itu, Rasulullah SAW pernah memberi wasiat supaya umat Islam tidak meminta jawatan. Sabda Baginda bermaksud: “Janganlah kamu meminta jawatan, jika kamu diberi jawatan kerana meminta, ia akan menjadi (beban) berat, tetapi jika kamu diberi jawatan bukan kerana memintanya, maka Allah akan membantu kamu.”

Namun, pemahaman hadis itu pada masa sekarang, mungkin kurang popular, tetapi kita berhak memilih pemimpin menurut acuan di atas sebagai standard moral untuk memilih pemimpin yang bermoral, berpengetahuan dan komited terhadap kebajikan serta kebaikan rakyat.

Pilihlah pemimpin mengikut saranan al-Quran dan hadis. Pilih pemimpin yang mesra rakyat, tidak rasuah dan tidak gila kuasa, yang memancarkan wibawa kerana memiliki komitmen serta integriti. Pemimpin perlu amanah, bijak dan kreatif, jujur serta santun kepada rakyat.



Jawapan disediakan Ahli Jawatankuasa Wanita JIM, Endok Sempo M Tahir. Semua persoalan dan jawapan yang lalu boleh dilayari di www.bicarakalbu.blogspot.com

Posted by Mama Friday, March 07, 2008 0 comments  



Wise words to contemplate on saturday morning

Ainullotfi sent this quotation attributed to Theodore Roosevelt:

“It is not the critic who counts; not the man who points out how the strong man stumbles, or where the doer of deeds could have done them better. The credit belongs to the man who is actually in the arena, whose face is marred by dust and sweat and blood, who strives valiantly; who errs and comes short again and again; because there is not effort without error and shortcomings; but who does actually strive to do the deed; who knows the great enthusiasm, the great devotion, who spends himself in a worthy cause, who at the best knows in the end the triumph of high achievement and who at the worst, if he fails, at least he fails while daring greatly. So that his place shall never be with those cold and timid souls who know neither victory nor defeat.”

Syed Ibrahim Alhabshi terjemahkannya secara bebas :

''Kotorkanlah" diri dengan debu kepanasan, basah hujan dan peluh keringat walaupun kemenangan belum pasti malah kegagalan biasa dihadapi. Jangan takut dengan kegagalan kerana mencuba. Jangan gusar dengan kekurangan dan kelemahan. Yang penting kita tahu kita berani berdepan dengan kemenangan atau kegagalan kerana kita telah sanggup berkorban untuk satu matlamat yang murni.

Posted by Mama Saturday, March 01, 2008 2 comments  



Kasih IBU Dulu Kini dan Selamanya!

Pada pagi Selasa (26 Feb 08) yang lalu, mama, papa dan Aalaa' balik kampung di Muar, untuk menziarahi jenazah Al Marhumah Pwang Accah (adinda kepada Pwang Mindi- nenek kita) yang menghembuskan nafas terakhirnya pada hari Isnin jam 3.30 petang (umurnya sekitar 90an hampir 100 tahun). Mula mula marilah kita bacakan fatihah buat Pwang Accah, semoga rohnya di rahmati Allah dan segala dosanya di ampuni oleh Nya Al Ghafur yang maha pengampun.

Hati mama rasa terusik dan sayu teringatkan kisah nostalgia lama semasa bersama dengan Pwang sejak dari kecil hingga dewasa.

Mama pernah hidup sekampung dengan Pwang Accah sejak dari masa kecil di Sg Pulai tahun 60 han. Apabila berlaku krisis keluarga terhebat(Perang Besar akan diceritakan lain kali) dalam sejarah keluarga besar kita, maka keluarga kita semua berpecah-pecah dan berpindah randah keluar dari Kg Sg Pulai. Atok Yek+ Nenek (termasuk, Paklong Dalek, Mama, Pakcik Mohd. Lamappa, Auntie Kamaliah & auntie dayat)dan Pwang Mindi +Pwang Hj Hamid pindah ke Batu 4 Kg Jawa Endau Pahang. Manakala keluarga Pwang Accah + Pwang Jafareng pindah ke Batu 7,Tenglu, Mersing.

Walaupun pun telah diistiharkan perang dan berpatah arang. Namun kata orang air dicincang tidak akan putus. Demikianlah hubungan Pwang Accah dengan Pwang Mindi. Pwang Accah tidak dapat berpisah lama dengan kakaknya yang amat disayang itu, maka beberapa bulan kemudian dia sekeluarga berpindah mengikuti jejak kakaknya di Kg Jawa Endau Pahang. Tahun tahun terus berlari dengan beberapa episod perjuangan meneruskan kehidupan, mereka akhirnya kembali semula ke kampung halaman di Sg Pulai apabila sudah puas merantau di negeri orang. Disitulah mereka berdua disemadikan.

Pwang Accah adalah woman of substance!, malah semua adik beradik perempuan Pwang Pwang kita adalah turun temurun merupakan woman of substance. Full of heroic deeds and mercifulness. Kata kunci kehebatannya terletak pada " Pemurah Hati" kerana suka berderma fi sabillillah dan penyayang pengasih kepada anak anak cucu. Mereka tu semuanya bersemangat dan kuat kerja di kebun kebun mereka, pada umur masing masing mencecah 80 han masih mampu menajak rumput dan mengusahakan kebun sawit masing masing walaupun dengan berkesot (apa tu berkesot? cari dictionary) . Mereka punya wawasan kerja kuat untk dapatkan wang yang di tujukan untuk infaq fi sabilillah. Pantang orang datang minta derma, tidak pernah orang tersebut pulang dengan tangan kosong. Mesti ada, tak sedikit banyak. Bayangkan seorang Pwang berumur 80an yang mengusahakan kebun sawit mudah mudah sahaja mengeluarkan wang RM1000 atau RM2000 sekaligus untuk derma buat surau? kalau ditanya dengan orang bandar yang gaji RM10,000 sebulan belum tahu boleh bagi selepuk sebanyak itu?

Sebaik mama sampai rumah terakhir nya (rumah anaknya bernama Makcik Khatijah aka Upek) wahhhhh dah penuh rumah. Ini lagi satu ironi. Pwang Accah ada rumah sendiri yang didirikan di tanah nya sendiri. Apabila Pwang Jafareng (suaminya meninggal dunia), tanah nya itu dibahagi2kan kepada anak anaknya, tanah tapak rumahnya di berikan pada seorang anak lelakinya(W). Tak tahu macamana ceritanya, Pwang itu kena keluar dari rumahnya dan tingggal di rumah anaknya, Upek di bandar Pagoh. Pwang minta upek tinggal bersamanya kerana di Pagoh pun mereka menyewa rumah. Namun oleh kerana Upek tidak sebulu dengan abangnya, W tak izin. W yang mewarisi tapak rumah itu. FYI, W tidak tinggal dirumah itu, kerana dia sekeluarga telah menetp di bandar Muar, namun dia tidak benarkan si Upek duduk dirumah Pwang yang diwarisi nya itu kerana ada masalah adik beradik. Maka Upek pun buat rumah baru berdekatan dengan rumah pwang sebab nak jaga Pwang yang tinggal sendirian di rumah itu. Rumah Pwang itu pula sudah didiami oleh cucu yang merupakan anak kepada W. Semasa memandikan jenazah Pwang, anaknya W lansung tidak kelihatan apatahlagi menolong memandikan jenazah ibunya. Anak Pwang ada 3 lelaki dan 4 perempuan. Seorang perempuan, Makcik Timang anak sulong Pwang telah kembali ke rahmatullah pada tahun lepas. Jadi hanya anak lelaki bungsu bersama dan 3 kakaknya yang memandikan jenazah ibunya.
Pengajarannya apabila adik beradik tidak sebulu maka sang ibu menjadi mangsa.

Ramai yang datang, sedara mara, kawan-kawan, lelaki perempuan. kecil besar, muda dan tua. Sayang seribu kali sayang, hanya beberapa kerat sahaja yang mensolatkan jenazah. Kaum Adam lebih kurang 20 orang (padahal yang bersidai di laman memang lah lebih ramai) yang solat jenazah dan kaum hawa nya pula boleh dikira dengan jari sebelah tangan, auntie dayat, mcik Hajrah, seorang jiran terdekat berpangkat nenek dan mama. Apakah agaknya yang menghalang mereka untuk solat? tak tahu? kan boleh ikut sahaja sebagai makmum? tak biasa? mungkin?

Peristiwa ziarah kematian ini membuat Mama rasa sangat sedih dan merefleksi diri apabila melihat fenomena layanan anak anak kepada ibu mereka. Kata kata dari seorang kawan mama dibawah boleh dijadikan cerminan buat kita semua. Manalah tahu mungkin madah kawan mama ini boleh menjadi tazkirah buat kita semua.

Ketika berusia setahun,ibu suapkan makanan dan mandikan kita.
cara kita ucapkan terima kasih kepadanya hanyalah dengan menangis sepanjang malam.

apabila berusia 2 tahun, ibu mengajar kita bermain,
kita ucapkan terima kasih dengan lari sambil ketawa terkekeh-kekeh apabila dipanggil.

menjelang usia kita 3 tahun, ibu menyediakan makanan dengan penuh rasa kasih sayang, kita ucapkan terimakasih dengan menumpahkan makanan ke lantai.

ketika berusia 4 tahun, ibu membelikan sekotak pensel warna,
kita ucapkan terima kasih dengan menconteng dinding.

Ketika berusia 5 tahun, ibu membelikan sepasang pakaian baru,
kita ucapkan terima kasih dengan bergolek-golek dalam lopak kotor.

setelah berusia 6 tahun, ibu memimpin tangan kita kesekolah, kita ucapkan terima kasih dengan menjerit :"tak nak! tak nak!".

apabila berusia 7 tahun, ibu belikan sebiji bola.
cara mengucapkan terima kasih ialah kita pecah kancermin tingkap jiran.

menjelang usia 8 tahun, ibu belikan aiskrim,
kita ucapkan terima kasih dengan mengotorkan pakaian ibu.

ketika berusia 9 tahun, ibu menghantar ke sekolah,
kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan pontengkelas.

berusia 10 tahun ibu menghabiskan masa sehari suntuk menemankan kita ke mana saja,
kita ucapkan terimakasih dengan tidak bertegur sapa dengannya.

apabila berusia 12 tahun, ibu menyuruh membuat kerja sekolah,
kita ucapkan terima kasih dengan menonton televisyen.

menjelang usia 13 tahun, ibu suruh pakai pakaian yang menutup aurat,
kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan memberitahu bahawa pakaian itu tidak sesuai zaman sekarang.

ketika berusia 14 tahun, ibu terpaksa mengikat perut untuk membayar wang persekolahan dan asrama, kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan tidak menulis sepucuk surat pun.

ketika berusia 15 tahun, ibu pulang daripada kerja dan rindukan pelukan dan ciuman, kita ucapkan terima kasih dengan mengunci pintu bilik.

menjelang usia 18 tahun, ibu menangis gembira apabila mendapat tahu kita diterima masuk ke ipta,
kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan bersuka ria bersama kawan-kawan.

ketika berusia 19 tahun, ibu bersusah payah membayaryuran pengajian, menghantar ke kampus dan mengheret beg besar ke asrama, kita hanya ucapkan selamat jalan pada ibu di luar asrama kerana malu dengankawan-kawan.

berusia 20 tahun, ibu bertanya sama ada kita ada teman istimewa,
kita kata, "? itu bukan urusan ibu."

setelah berusia 21 tahun, ibu cuba memberikan pandangan mengenai kerjaya,
kita kata, "saya tak mahu jadi seperti ibu."

apabila berusia 22-23 tahun, ibu membelikan perabot untuk rumah bujang kita.
di belakang ibu kita katakan pada kawan-kawan? . "perabot pilihan ibu aku tak cantik, tak berkenan akuuu!"

menjelang usia 24 tahun, ibu bertemu dengan bakal menantunya dan bertanyakan mengenai rancangan masa depan,
kita menjeling dan merungut, "ibuuu,tooooolonglahhh? ."

ketika berusia 25 tahun, ibu bersusah payah menanggung perbelanjaan majlis perkahwinan kita. ibu menangis dan memberitahu betapa dia sangat sayangkan kita,
tapi kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan berpindah jauh.

pada usia kita 30 tahun, ibu menelefon memberi nasihat dan petua mengenai penjagaan bayi, kita dengan megah berkata,"? itu dulu, sekarang zaman moden."

ketika kita berusia 40 tahun, ibu menelefon mengingatkan mengenai kenduri-kendara di kampung, kita berkata,"kami sibuk, tak ada masa nak datang."

apabila kita berusia 50 tahun, ibu jatuh sakit dan meminta kita menjaganya, kita bercerita mengenai kesibukan dan kisah-kisah ibu bapa yang menjadi beban kepada anak-anak.

dan kemudian suatu hari, kita mendapat berita ibu meninggal! khabar itu bagaikan petir! dalam lelehanair mata, barulah segala perbuatan kita terhadap ibu menerpa satu persatu.jika ibu masih ada, sayangi dia. jika telah meninggal, ingatlah kasih dan sayangnya.

sayangilah ibu kita, kerana kita semua hanya ada seorang ibu kandung.

Posted by Mama Saturday, March 01, 2008 1 comments  



Menyelami maksud kata kata IBNU QAYYIM

KATA-KATA NASIHAT IBNU QAYYIM

Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali
menerima kehendak Allah swt.

Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak
dengan dengan Allah swt

Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok
mengenali Allah swt

Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali
berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya

Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha
dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta
kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya

Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali
kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.

Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. . . .

Posted by Mama Wednesday, February 20, 2008 1 comments  



Bicara Kalbu: Tinggal berasingan elak krisis mentua, menantu

(Berita Harian, Jumaat 1/2/2007)

Jawapan oleh Endok Sempo M Tahir
www.bicarakalbu.blogspot.com

Soalan;

SAYA sudah berumah tangga selama tiga tahun dan ada seorang anak. Sejak berkahwin hingga sekarang kami masih tinggal bersama mentua. Suami saya bekerja di sebuah syarikat swasta dengan gaji yang kecil di bandar. Suami pulang ke kampung seminggu sekali. Pada awal perkahwinan mentua sangat positif dan menerima dengan baik dan berasa cukup selesa tinggal sebumbung. Namun sejak akhir-akhir ini hubungan saya dengan ibu mentua mulai dingin dan kurang baik. Beliau sering menunjukkan sikap sinis terhadap saya dan menunjukkan perilaku yang tidak menyenangkan seolah-olah ia tidak suka dengan kehadiran saya. Beliau selalu menunjuk-nunjuk kelebihan anak lain dan membanggakan anak dan menantunya yang yang semuanya tinggal di bandar. Bukan sekali dua mentua saya itu membandingkan gaji suami saya dengan gaji anak-anaknya yang lain yang jauh lebih tinggi. Di samping itu, ibu mentua saya juga selalu menceritakan kebaikan menantu lain. Beliau mesti memuji melambung dan memberi penghargaan melangit dan perhatian yang sengaja menunjuk-nunjuk di depan saya. Ini membuat saya berasa pengabdian saya terhadap mentua selama ini tidak pernah dihargai. Kekecewaan ini saya adukan kepada suami. Tetapi aduan saya seolah olah tidak dapat diterima oleh suami dan kami bertengkar. Berilah sedikit nasihat apakah langkah terbaik buat kami untuk menghindari perkara itu atau adakah lebih baik jika kami pindah ke tempat lain?

Suhana Muar Johor

JAwapan;

PUAN berasa kecewa dengan perilaku mentua kerana beliau selalu membanding-bandingkan dan membanggakan anak serta menantu yang lain. Di samping itu berasa jerih payah puan selama ini kurang dihargai. Ibu mentua lebih menghargai pengorbanan menantu yang pulang sekali sekala. Berbincanglah dengan cara yang paling baik dan berdiplomasi kepada suami dan luahkan rasa isi hati puan. Mungkin puan tidak membenci mentua. Mungkin juga mentua puan tidak bermaksud untuk menyakiti puan.. Apa yang berlaku ialah adanya pelbagai perbezaan sudut pandang dan nilai dipegang. Mungkin ini menyebabkan salah faham antara menantu dan mentua. Jika tidak diurus dengan baik dan dicari penyelesaian segera, kita bimbang perkara yang kecil sebegini boleh berkembang dan menjadi masalah yang sangat kompleks.

Mungkin beberapa langkah boleh mengelakkan pertengkaran lebih besar:

Mengajak suami menilai semula keputusan tinggal berasingan.

Keputusan untuk tidak tinggal bersama diambil, puan sebagai isteri tinggal di kampung dan suami tinggal di bandar. Keputusan ini sudah tentu berdasarkan pertimbangan ekonomi dan hubungan baik menantu-mentua pada peringkat awal. Selepas beberapa lama hidup bersama mentua, ada pula keluhan dan perasaan tidak puas hati. Ini adalah perkara yang wajar dan dijangka berlaku dalam hubungan mentua yang hidup sebumbung.

Oleh itu puan dan suami perlu melihat, menimbang dan menilai kembali keputusan lalu. Mungkin masanya tiba untuk keluarga puan berpindah ke rumah sendiri, mengikut suami tinggal di bandar. Fitrah wanita sentiasa mengharap menjadi permaisuri di rumahnya sendiri. Jika masih menumpang di rumah mentua, mentua sebenarnya yang menjadi permaisuri rumah itu. Cari masa sesuai dan waktu yang tepat untuk memulakan perbincangan. Fokuskan perbincangan kepada keputusan untuk tinggal bersama. Jelaskan kepada suami fitrah kehidupan adalah perubahan. Dunia berubah dan kita juga berubah, demikian juga hubungan suami isteri juga perlukan perubahan kepada yang lebih baik. Puan perlu keintiman hubungan yang lebih. Perubahan adalah satu kemestian. Berbincang berasa semakin sukar dan tertekan dengan hidup yang berjauhan suami yang memisahkan keintiman kasih keluarga, antara suami dan isteri serta ayah dengan anak. Katakan kepada suami tiga tahun adalah satu masa yang lama untuk hidup berjauhan dan berpisah. Masalah ekonomi mungkin tidak timbul lagi kerana suami telah bekerja beberapa lama dan gaji juga meningkat.

Sampaikan kepada suami dan mentua ada perbezaan sudut pandang dan nilai dipegang dan ini menimbulkan salah faham antara puan dan mentua. Kalau tidak ditangani dengan bijak pemasalahan itu mungkin boleh merebak dan menjadi masalah sangat kompleks. Tekankan kepadanya kadangkala seorang isteri tidak bertujuan menyakiti perasaan mentuanya, tetapi kerana adanya perbezaan sudut pandang suatu perbuatan atau perkataan yang tidak bertujuan menghina boleh diertikan sebagai perilaku menghina. Begitu juga sebaliknya, mentua mungkin tidak bermaksud mencemuh atau merendah menantunya, tetapi kerana cara beliau mengekspresikannya kurang tepat atau kadang-kadang terlebih kata, ini menyebabkan menantu tersinggung. Contohnya ada mentua yang sangat baik kepada menantunya tetapi cepat marah bila sesuatu yang bersifat peribadi ditanyakan kepadanya. Puan masih dalam proses belajar mengenali mentua. Tunjukkan kepada suami berusaha untuk tidak mudah tersinggung dengan sikap mentua itu, apalagi yang didasarkan pada prasangka. Puan perlukan masa bertenang untuk melakukan ini.

Jangan mengkritik ibu mentua.

Menantu yang peka terhadap perasaan suami tidak sekali kali mengkritik ibunya (mentua) di depan suami. Walau bagaimana buruknya perangai ibu ia tetap ibu kandungnya. Perlu diingat pertalian darah tidak akan hilang sampai bila-bila dan kasih ibu anak tidak boleh dipisahkan. Kata-kata negatif mengenai ibu kandungnya hanya akan membuat suami puan defensif dan semakin menjauhi. Jika ada tingkah laku mentua tidak menyenangkan hati, puan boleh saja minta suami untuk 'menegur' ibu kandungnya. Teguran itu mestilah dengan kata-kata yang sesuai dan sopan. Kalau anaknya sendiri yang menegurnya, sudah tentu si ibu mentua akan cepat memaafkan dan melupakannya. Lain halnya jika puan yang mengatakannya sendiri kepada ibu mentua. Kemungkinan hubungan puan dengan dia akan bertambah rumit dan setiap kata-kata puan itu mungkin akan dibawa sampai mati.

Kenali mentua

Walaupun ibu mentua bukan sahabat, tetapi puan cuba selami dirinya dan fahami cara fikirannya. Apabila anda anda masuk ke dalam kehidupan suami ini bermakna 'memisahkan' ia dengan anak yang dicintainya. Cuba bayangkan puan menjadi dia, tiba-tiba anak lelaki meninggalkan puan, apakah perasaan puan? Sabar adalah kata kunci mengambil hati mentua. Jika puan dapat lebih bersabar, selalu memberi perhatian dan sikap positif terhadap ibu mentua, lama-lama akan lembut hatinya. Apabila perbuatan negatif dibalas tindakan negatif maka selalunya hasil tidak menggembirakan.

Muhasabah diri.

Apabila suasana hati menjadi lebih tenang dan dapat berfikir dengan lebih jernih, puan cuba periksa diri mengapa agaknya mentua bersikap demikian. Tanyakan pada diri sendiri apakah selama ini puan selalu merasa betul dan tidak boleh ditegur? Adakah puan melihat sesuatu permasalahan secara secara objektif? Tidak adakah perkara positif atau masa indah yang dilalui bersama-sama? Apakah untung ruginya jika puan berterusan bermasalah dengan mentua? Lakukan muhasabah diri secara mendalam. Ingatlah setiap perselisihan pasti membabitkan lebih dari satu orang dan dalam hal ini tidak ada yang tidak bersalah. Jika sebelum ini puan cenderung memikirkan perkara berkaitan mentua secara negatif dan selalu menyalahkan orang lain. Puan perlu mengubah minda dan pola berfikir puan. Belajar melihat permasalahan secara objektif dan positif. Ingatlah ungkapan yang mengatakan: change your thoughts and you change your world. Selain itu cuba belajar untuk tidak menghakimi atau menilai mentua dengan nilai yang ada dalam diri sendiri. Sebab jika cara seperti itu yang puan gunakan maka sukar bagi puan memulakan inisiatif penyelesaian masalah dengan mentua. Mother Teresa pernah mengatakan If you judge people, you have no time to love them.

Beri dorongan kepada suami.

Selepas dapat mengendalikan diri sendiri dalam menghadapi kekecewaan, suami pula menampakkan sifat keterbukaan dan melihat permasalahan dalam rumah tangga beberapa penilaian, maka puan perlu berikan dorongan kepada suami untuk berani mengambil tindakan. Perlu kuatkan tekad suami, pilihan sama ada pindah atau tidak masing-masing ada kesan positif dan negatifnya. Pertimbangkan dengan fikiran jernih pilihan mana yang lebih banyak kesan positifnya, Setelah dapat memutuskan dengan pertimbangan akal sihat, berilah dorongan semangat kepada suami untuk menguatkan diri melangkah ke depan mengikuti keputusan terbaik yang dibuat. Mungkin mulai hari ini galakkan suami membelikan atau hadiah yang menyukakan hati ibunya, misalnya suami belikan kain batik yang kualitinya sama dengan kain batik yang dibelikan untuk puan. Perlu juga sekali sekala suami membalas budi orang tuanya.

Selalu bersabar dan berdoa.

Bersabar dan berdoa adalah gandingan amal yang al-Quran sebut dalam surah al- Baqarah ,"was taiinu bissabri wassalah", mintalah perlindungan dengan solat sabar dan solat. Bersabarlah melayani kerenah mentua dan dalam masa yang sama jangan putus asa berdoa.

Kita semua diuji Allah dengan cara berbeza. Ada yang diuji dengan banjir, kematian, kesakitan, kecurian, manakala puan diuji dengan permasalahan keluarga. Puan boleh mengamalkan doa orang yang diuji ketika menghadapi urusan yang sukar Moga ia boleh meringankan beban puan. Allahumma laa sahla illa maa ja'altahu sahlaa, wa anta taj 'alul hazna idza shi'ta sahlaa Ya Allah, maksudnya: Tiada yang mudah melainkan apa yang Engkau jadikannya mudah. Engkau yang menjadikan kesedihan itu (lenyap) apabila Engkau hendak jadikannya mudah. - (Riwayat Ibn Hibban). As alullah hal 'adhim Rabbal 'Arshil 'adhim ayyash fik (7 kali) - Bermaksud: "Aku memohon kepada Allah yang Maha Agung, Tuhan yang Menguasai Arasy yang Agung supaya Dia menyembuhkanmu." - (Riwayat Tarmidhi & Abu Dawud) .

Jawapan disediakan oleh Endok Sempo M Tahir , AJK Wanita JIM. Semua permasalahan yang lalu serta jawapannya boleh di layari di www.bicarakalbu.blogspot.com

Posted by Mama Friday, February 01, 2008 0 comments  



Jendela Hikmah: Sifat positif lebah pedoman terbaik


Jendela Hikmah: Sifat positif lebah pedoman terbaik
Oleh Endok Sempo M Tahir

wanitajim0@yahoo.com

BERITA HARIAN JUMAAT 1/22008


Semangat setia kawan, saling membantu patut jadi contoh amalan harian



KETIKA kecil saya pernah disengat tebuan, sejenis serangga tergolong dalam keluarga lebah. Bisa sengatan terasa hingga keesokan harinya. Hati saya berdetik, apalah sebabnya lebah ini dicipta kalau kerjanya hanya untuk menyengat dan menggigit orang? Apabila saya mula mengenal dan membaca al-Quran, saya bertemu perkataan An-Nahl (lebah) yang menjadi nama kepada surah ke 16 Mushaf ini. Apabila dewasa, saya didedahkan dengan pelbagai keistimewaan dan khasiat madu lebah dan air liur (susu lebah) yang dikenali sebagai royal jelly.


Allah menyebut dan memfokuskan kebaikan kejadian penciptaan lebah secara nyata. Mungkin kerana itu Allah menamakan surah lebah sebagai salah satu surah dalam al-Quran. Allah mengajar dan memberi peringatan kepada kita dengan pelbagai cara. Memilih lebah sebagai perumpamaan adalah salah satu cara Allah menyedarkan kita. Allah berfirman yang bermaksud:
"Dan Rabbmu mewahyukan (mengilhamkan) kepada lebah: "Buatlah sarang di bukit, di pohon kayu, dan di tempat yang dibina manusia. Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuh jalan Rabbmu yang dimudahkan (bagimu). "Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya ada ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Rabb) bagi orang yang memikirkan" – (An-Nahl: 68-69).

Hadis khusus mengenai lebah juga kita perlu renungkan bersama. Rasulullah SAW. bersabda,
"Perumpamaan orang beriman itu bagaikan lebah. Ia makan yang bersih, mengeluarkan sesuatu yang bersih, hinggap di tempat yang bersih dan tidak merosak atau mematahkan (tempat yang dihinggap)" – (Ahmad, Al-Hakim, dan Al-Bazzar) .
Allah memberikan ilham kepada lebah untuk bekerja dan mengatur kehidupannya. Cara bekerja lebah yang halus dan teliti sungguh mengagumkan kita. Bagaimana lebah membuat sarang yang sangat kompleks, bagaimana mengurus kerja secara berpasukan yang mantap dan akhirnya mengeluarkan hasil madu berkhasiat. Malah madu dan susu lebah diakui oleh saintis dan pakar perubatan boleh menyembuh pelbagai penyakit dan resipi penjagaan kesihatan yang sentiasa relevan sepanjang zaman. Hadis nabi di atas mengisyaratkan kita meniru sifat positif yang dimiliki oleh lebah. Sifat itu adalah ilham dari Allah. Alangkah cantiknya perumpamaan ini.
Inti patinya sama dan saling tidak tumpah antara perlakuan lebah dengan apa seharusnya dilakukan oleh seorang mukmin. Mukmin yang memiliki sifat unggul. Mukmin yang memiliki keistimewaan yang lain dari yang lain. Walau di mana pun dia berada, walau ke mana pun dia pergi, walau apapun yang dia lakukan, peranan dan tugas apa pun yang dipikul dia akan sentiasa memberi manfaat dan membawa maslahah kepada masyarakat di sekelilingnya. Ini jelas digambarkan oleh Rasulullah. Manusia paling baik adalah yang paling banyak memberikan manfaat bagi manusia lain. Kehidupan ini akan menjadi indah, membahagiakan dan lebih sejahtera, jika insan mulia seperti itu memainkan peranan dalam masyarakat seperti lebah.

Sifat lebah boleh jadikan cermin untuk mencapai martabat mukmin dalam mencapai hasil yang terbaik:

* Hinggap di tempat yang bersih dan menghisap hanya yang bersih.
Lebah hanya hinggap di tempat terpilih. Ini sangat jauh berbeza dengan lalat. Serangga membawa kuman ini mudah ditemui di tempat pembuangan sampah dan tempat kotor dan berbau busuk. Sebaliknya lebah hanya hinggap di pohon bunga, buah-buahan dan tempat bersih mengandung bahan madu.
Orang yang mengikut Rasul, Nabi yang ummi yang (namanya) mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka, yang menyuruh mereka mengerjakan yang makruf dan melarang mereka dari mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk dan membuang dari mereka beban dan belenggu yang ada pada mereka. Maka orang beriman kepadanya, memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (al-Quran), mereka itulah orang beruntung. – (Al-A'raf: 157)
Oleh kerana itu, jika ia diberi amanah, dia akan menjaganya dengan sebaik-baiknya. Ia tidak akan melakukan rasuah, mencuri, salah guna kuasa, putar belit, menipu, dan berbohong. dusta. Hasil pendapatan dan kekayaan yang diraih dari perbuatan itu adalah khabaiths (kebusukan).

* Mengeluarkan yang bersih
Madu lebah ada khasiat yang tinggi untuk kesihatan manusia. Tapi dari organ manakah keluarnya madu itu? Itulah salah satu keistimewaan lebah yang mempunyai sistem perkumuhan yang tidak sama dengan makhluk lain. Sistem perkumuhan bukan bahan buangan tetapi produktif dengan kebaikan. Sistem perkumuhan binatang lain hanya mengeluarkan sesuatu yang busuk dan menjijikkan. Disamping itu penemuan terbaru abad ini ialah produk lebah selain daripada madu ialah liurnya yang menghasilkan susu lebah diyakini mempunyai khasiat tertentu untuk kesihatan.

*Tidak merosakkan
Dia tidak pernah melakukan kerosakan sama ada material atau sebaliknya. Bahkan dia sentiasa membaik pulih kerosakan yang dilakukan oleh orang lain dengan cara yang tepat. Dia membaikpulih akidah, akhlak, dan ibadah dengan cara berdakwah. Mengubah kezaliman dengan cara berusaha menghentikan kezaliman itu. Jika kerosakan terjadi akibat rasuah ia membanterasnya dengan menjauhi perbuatan buruk itu dan membawa penjenayah yang rasuah itu ke mahkamah untuk diadili.

* Bekerja keras
Lebah adalah pekerja yang komited dan sentiasa bekerja keras. Sebaik saja ia keluar dari bilik menetas, lebah berpangkat pekerja ini mengosongkan dan membersihkan bilik sarangnya untuk di isi dengan telur baru. Selepas berumur tiga hari ia memberi makan larva dengan membawakan serbuk sari madu. Demikianlah hari-hari seterusnya ia bekerja dengan penuh semangat . Bukankah Allah pun memerintahkan mukmin untuk bekerja keras?

*Bekerja secara berpasukan dan tunduk pada satu pimpinan
Lebah selalu hidup dalam koloni besar, tidak pernah menyendiri dan bersendirian. Mereka bekerja secara kolektif, berpasukan dan amat setia kawan. Masing-masing ada tugas sendiri. Ketika mereka mendapatkan sumber sari madu, mereka akan memanggil kawan untuk menghisapnya. Demikian pula ketika ada bahaya, seekor lebah akan mengeluarkan feromon (suatu hormon) yang dikeluarkan oleh binatang tertentu untuk memberi isyarat penggera bahaya). Isyarat ini bertujuan mengundang kawan-kawannya agar membantu dirinya. Itulah seharusnya sikap orang beriman.

*Tidak mencederakan atau melukakan kecuali apabila diganggu
Lebah tidak pernah memulakan serangan. Ia akan hanya menyerang apabila berasa terancam atau terganggu. Untuk mempertahankan kehormatan umat lebah itu, mereka rela mati dengan melepas sengatnya di tubuh pihak yang diserang. Sikap seorang mukmin: musuh tidak dicari. Tapi jika musuh ada, ia tidak akan lari. Beberapa karakter lebah diatas seharusnya menjadi teladan yang patut kita contohi. Ternyata tidak sia-sia Allah mengabadikan serangga kecil itu dalam Al-Quran sebagai salah satu nama surah An-Nahl.
Penulis AJK Wanita JIM Pusat yang boleh dihubungi di emel wanitajimO@yahoo.com

Posted by Mama Friday, February 01, 2008 0 comments  



Growing up is optional.

A reminder to my injured soul,

Remember,

Growing older is mandatory.

Growing up is optional.

We make a Living by what we get,

we make a Life by what we give.

If you fill your heart with regrets of yesterday and the worries of tomorrow, you have no today to be thankful for....

"Tidakkah engkau melihat (dan merasa ajaib) terhadap orang-orang kafir yang telah menukar kesyukuran nikmat Allah dengan kekufuran dan yang telah menempatkan kaum mereka dalam kebinasaan? " Ibrahim Ayat 28

Kalaulah kamu kufur ingkar (tidak bersyukur) akan nikmat-nikmatNya itu, maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah tidak berhajatkan (iman dan kesyukuran) kamu (untuk kesempurnaanNya) dan Dia tidak redakan hamba-hambaNya berkeadaan kufur dan jika kamu bersyukur, Dia meredainya menjadi sifat dan amalan kamu. Dan (ingatlah) seseorang yang memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja). Kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kembalinya kamu, maka Dia akan memberitahu kepada kamu tentang apa yang kamu telah kerjakan. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada. -Az Zumar Ayat 7

Posted by Mama Wednesday, January 09, 2008 1 comments  



Berita Harian hari ini: Ibadat korban didik perasaan belas ihsan

Jendela Hikmah: Ibadat korban didik perasaan belas ihsan

Oleh Endok Sempo M Tahir

wanitajim0@yahoo.com

KITA berada pada hari kedua Aidiladha, bermakna masih ada dua hari lagi untuk melakukan ibadat korban. Selain aspek berkorban untuk ketakwaan, persaudaraan dan keprihatinan, ada satu lagi aspek yang perlu dihayati dalam ibadat korban. Aspek yang mencerminkan keagungan Islam dalam ibadat korban itu adalah sifat ihsan. Ibadat korban menganjurkan supaya kita sentiasa berlaku belas ihsan terhadap makhluk lain, tidak kira sama ada yang berakal atau tidak. Contohnya, Islam meletakkan garis panduan yang sangat baik bagi memastikan binatang disembelih ditamatkan riwayatnya dengan penuh belas ihsan. Demikian juga daging yang akan diambil kelak, terhindar daripada kotoran yang membahayakan kesihatan.


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah mewajibkan supaya diperlakukan belas ihsan atas setiap sesuatu. Maka jika kamu ingin membunuh, bunuhlah dengan penuh keihsanan. Dan jika kamu ingin menyembelih, maka sembelihlah dengan penuh keihsanan. Hendaklah kamu menajamkan pisau yang kamu akan gunakan untuk menyembelih dan hendaklah kamu memberi rehat yang secukupnya bagi binatang yang ingin kamu sembelih itu." (Hadis riwayat Muslim dan Tarmizi) .

Diriwayatkan oleh Hakim, bahawa seorang lelaki membaringkan binatang yang ingin disembelih. Dia kemudian menajamkan pisaunya. Rasulullah SAW menegur perbuatan lelaki itu seraya bersabda yang bermaksud: "Adakah engkau mahu binatang itu mati dua kali? Alangkah baiknya jika engkau menajamkan pisau engkau dulu sebelum engkau membaringkan binatang itu."

Ada beberapa kajian menunjukkan bahawa cara penyembelihan Islam dapat memastikan binatang yang disembelih tidak rasa kesakitan. Binatang sembelihan pula akan mati dengan cepat.

Mengikut kajian Profesor Wilhelm Schulz dan Doktor Hazim dari Universiti Hanover di Jerman, ketika pisau mula memotong leher binatang, aktiviti otaknya tidak menunjukkan sebarang perubahan. Ini membuktikan ia tidak rasa sebarang kesakitan. Tiga saat selepas penyembelihan, aktiviti otak binatang menunjukkan bahawa ia sudah pengsan atau koma, membuktikan segala kesakitan akibat penyembelihan tidak dapat dirasainya lagi. Ini adalah akibat pengaliran jumlah darah yang terlalu banyak dan terlalu cepat daripada otak binatang itu. Hanya enam saat selepas disembelih, otak binatang itu tidak menunjukkan sebarang aktiviti, menandakan ia sudah mati.

Begitulah hikmah mengapa Allah mensyariatkan penyembelihan, sebagai cara yang penuh belas ihsan kepada binatang. Apabila Allah menyuruh menunjukkan belas ihsan kepada binatang yang akan disembelih untuk dijadikan makanan, kita seharusnya lebih menunjukkan belas ihsan kepada sesama manusia.

Oleh itu, janganlah kita mudah menghukum. Jangan mudah meremehkan perasaan orang lain. Kita bukan dijadikan untuk menjadi hakim bagi semua amalan mereka. Kita bukan dijadikan sebagai penghukum bagi dosa mereka. Itu adalah tugas Allah. Malah, kita sendiri tidak tahu kesudahan mereka dan kesudahan hidup kita.

Oleh itu, kita perlu menunjukkan sifat belas ihsan terhadap semua manusia. Islam adalah agama yang menganjurkan keamanan dan menegah kemungkaran. Marilah kita hidupkan ajaran Islam dengan menggalakkan sifat belas ihsan sesama manusia, tidak kira bangsa dan agama. Semoga kita dapat mengambil iktibar daripada pengajaran yang ditunjukkan dalam ibadat korban ini.

Penulis ialah Ahli Jawatankuasa Wanita JIM Pusat yang boleh dihubungi di e-mel wanitajim0@yahoo.com

Posted by Mama Friday, December 21, 2007 0 comments  



Berita Harian hari ini: Ibadat korban didik perasaan belas ihsan

Jendela Hikmah: Jendela Hikmah: Ibadat korban didik perasaan belas ihsan

Oleh Endok Sempo M Tahir

wanitajim0@yahoo.com

KITA berada pada hari kedua Aidiladha, bermakna masih ada dua hari lagi untuk melakukan ibadat korban. Selain aspek berkorban untuk ketakwaan, persaudaraan dan keprihatinan, ada satu lagi aspek yang perlu dihayati dalam ibadat korban. Aspek yang mencerminkan keagungan Islam dalam ibadat korban itu adalah sifat ihsan. Ibadat korban menganjurkan supaya kita sentiasa berlaku belas ihsan terhadap makhluk lain, tidak kira sama ada yang berakal atau tidak. Contohnya, Islam meletakkan garis panduan yang sangat baik bagi memastikan binatang disembelih ditamatkan riwayatnya dengan penuh belas ihsan. Demikian juga daging yang akan diambil kelak, terhindar daripada kotoran yang membahayakan kesihatan.


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah mewajibkan supaya diperlakukan belas ihsan atas setiap sesuatu. Maka jika kamu ingin membunuh, bunuhlah dengan penuh keihsanan. Dan jika kamu ingin menyembelih, maka sembelihlah dengan penuh keihsanan. Hendaklah kamu menajamkan pisau yang kamu akan gunakan untuk menyembelih dan hendaklah kamu memberi rehat yang secukupnya bagi binatang yang ingin kamu sembelih itu." (Hadis riwayat Muslim dan Tarmizi)

Diriwayatkan oleh Hakim, bahawa seorang lelaki membaringkan binatang yang ingin disembelih. Dia kemudian menajamkan pisaunya. Rasulullah SAW menegur perbuatan lelaki itu seraya bersabda yang bermaksud: "Adakah engkau mahu binatang itu mati dua kali? Alangkah baiknya jika engkau menajamkan pisau engkau dulu sebelum engkau membaringkan binatang itu." Ada beberapa kajian menunjukkan bahawa cara penyembelihan Islam dapat memastikan binatang yang disembelih tidak rasa kesakitan. Binatang sembelihan pula akan mati dengan cepat.

Mengikut kajian Profesor Wilhelm Schulz dan Doktor Hazim dari Universiti Hanover di Jerman, ketika pisau mula memotong leher binatang, aktiviti otaknya tidak menunjukkan sebarang perubahan. Ini membuktikan ia tidak rasa sebarang kesakitan. Tiga saat selepas penyembelihan, aktiviti otak binatang menunjukkan bahawa ia sudah pengsan atau koma, membuktikan segala kesakitan akibat penyembelihan tidak dapat dirasainya lagi. Ini adalah akibat pengaliran jumlah darah yang terlalu banyak dan terlalu cepat daripada otak binatang itu. Hanya enam saat selepas disembelih, otak binatang itu tidak menunjukkan sebarang aktiviti, menandakan ia sudah mati.

Begitulah hikmah mengapa Allah mensyariatkan penyembelihan, sebagai cara yang penuh belas ihsan kepada binatang. Apabila Allah menyuruh menunjukkan belas ihsan kepada binatang yang akan disembelih untuk dijadikan makanan, kita seharusnya lebih menunjukkan belas ihsan kepada sesama manusia.

Oleh itu, janganlah kita mudah menghukum. Jangan mudah meremehkan perasaan orang lain. Kita bukan dijadikan untuk menjadi hakim bagi semua amalan mereka. Kita bukan dijadikan sebagai penghukum bagi dosa mereka. Itu adalah tugas Allah. Malah, kita sendiri tidak tahu kesudahan mereka dan kesudahan hidup kita. Oleh itu, kita perlu menunjukkan sifat belas ihsan terhadap semua manusia. Islam adalah agama yang menganjurkan keamanan dan menegah kemungkaran. Marilah kita hidupkan ajaran Islam dengan menggalakkan sifat belas ihsan sesama manusia, tidak kira bangsa dan agama.

Semoga kita dapat mengambil iktibar daripada pengajaran yang ditunjukkan dalam ibadat korban ini. Penulis ialah Ahli Jawatankuasa Wanita JIM Pusat yang boleh dihubungi di e-mel wanitajim0@yahoo.com

Posted by Mama Friday, December 21, 2007 0 comments  



Tarling, Qiyam & solat Tasbih di Masjid AS Syakirin, KLCC


Hikmat mengingatkan mama. Mama malam ini adalah malam 25 Ramadhan, kita berqiyam di masjid KLCC ya!. InsyaAllah . Dah beberapa hari mama memasanag angan angan untukberqiyam di Masjid As Syakirin KLCC, Alhamdulillah malam tadi Aalaa tidak tidur awal, pada jam 1.30 am. Aalaa kejutkan mama dan papa untuk berqiyam di KLCC. Mama, papa, Hikmat dan Aalaa berempat beranak berqiyam di masjid KLCC.

Sebelum tu Mcik Ibah menghantar sms, ......." Assalamualaikum, Banyakkkan munajat, InsyaAllah malam ini Lailatul qadar!"......... Ya ALlah berikanlah kekuatan dan peluang untukku mengejarkan lailatul qadar!

Walaupun mama tak dapat Tarling (Istilah Indon bermaksud tarawikh keliling - bersolat tarawikh di setiap masjid kelliling untuk mencari imam yang paling sedap bacaannya), mama tak boleh tarling sebab Hikmat dah jadi imam tarawikh di surau Al Azim. Bacaannya sudah cukup sedap dan baik buat mama. Itu sudah cukup. maka mama tidak perlu ber 'tarling'.

Sesampainya mama di Mesjid...wahhh masyaAllah ramai nya orang berqiyam!. Penuh ruang solat muslimat!. Ramai orang mempunyai pendapat bahawa malam ini malam lailatul qadar
Malam tadi qiyam di imamkan oleh seorang imam hafiz yang sedap bacaannya. lagunya yang mendayu dayu penuh shadu. Dia mengetuakan kami bersolat tasbih, solat taubat dan bermunajat.
Sebelum bersolat berjemaah dimulakan lampu di malapkan untuk menimbulkan suasana 'khalwah' dan khalawatul solat.... Masya Allah mama rasa macam berada dalam satu suasana pertemuan dengan ilahi, seolah berkomunikasi dan terasa dekat sekali dengan ALlah. Seolah olah ALlah sentiasa menjawab segala permintaan munajat kami semua.
Suara sedu sedan jamaah menangis teresak esak, airmata hiba bercucuran keluar tidak boleh ditahan tahan, malah ada makmum mengongoi, menangis pilu, kesedihan, keseduan, penuh pengharapan dan keampunan dari Allah. Terasa seolah olah berada dalam sesi training ESQ yang mengesan jiwa. Spiritually high...


Aalaa surrendered sebaik sahaja habis solat tasbih. Pening kepala semacam 'concussion'!. She missed solat taubah yang sangat mengesan jiwa itu.! Lepas tu dia menyesal pula....

Info Solat sunat tasbih;

Bilangan solat tasbih adalah 4 rakaat. Diperintahkan bagi kita untuk mengerjakannya setiap hari sekali, kalau tidak sanggup, satu kali dalam satu jumaat, atau satu kali dalam sebulan, ataupun satu kali dalam setahun, jika tidak sanggup juga, satu kali dalam seumur hidup!

Bacaan tasbih itu ialah :

Lafaz Niat Solat Sunnat Tasbih
Sahaja aku sembahyang sunnat tasbih empat rakaat kerana Allah Ta'ala

Cara bersolat tasbih ialah :

1. Setelah membaca doa iftitah dibaca tasbih 15 kali.
2. Setelah membaca fatihah dan surah 10 kali.
3. Ketika rukuk dan setelah membaca tasbih rukuk, dibaca 10 kali.
4. Semasa I'tidal dan setelah bacaan I'tidal 10 kali.
5. Sujud pertama dan setelah membaca tasbih sujud, dibaca 10 kali
6. Semasa duduk di antara dua sujud setelah membaca doa yang biasa di dalamnya, dibaca 10 kali
7. Sujud kedua dan setelah membaca tasbih sujud, 10 kali.

Doa Sunat Sembahyang Tasbih

"Ya Allah, Ya Tuhanku, aku bermohon taufiq daripada Mu seperti mana orang-orang yang telah Engkau beri petunjuk, dan jadikanlah amalan ini sepertimana amalan ahli yakin, dan jadikan aku dari golongan yang menerima nasihat, orang-orang yang bertaubat, dan keazaman ku seperti mana orang-orang yang takut. Dan aku bermohon seperti mana pemohon orang yang suka kepada kebaikan dan beribadah seperti ibadat orang-orang yang warak. Dan jadikan pengetahuanku ini sebagai ahli-ahli yang berilmu sehingga aku termasuk ke dalam golongan orang yang takut kepada Engkau.Ya Allah, aku memohon kepadaMu, jadikan dalam diriku ini perasaan takut yang dapat menghalang aku daripada melakukan maksiat sehinggalah aku beramal dengan penuh ketaatan kepadaMu sebagaimana amalan yang aku merasa perlu mendapatkan keredhaanMu dan juga sehingga aku betul-betul ikhlas dan bertawakal kepadMu dalam setiap perkara, dan aku memohon supaya menjadi orang yang baik sangka terhadap Engkau Maha Suci Engkau Pencipta Cahaya kebenaran.Ya Tuhan kami, sempurnakanlah kepada kami cahaya kebenaran, dan ampunilah kami. Sesungguhnya di atas sesuatu itu Engkau Maha Berkuasa."

Posted by Mama Sunday, October 07, 2007 2 comments  



Umat hilang dua kenikmatan selepas Ramadan


Oleh Endok Sempo Mohd Tahir
wanitajim0@yahoo.com.

(Tulisan ini tersiar hari ini Jumaat, di ruangan Agama-Jendela Hikmah, Berita Harian)

SEMINGGU lagi Ramadan akan beransur pergi. Jika kita merindukan kehadiran yang indah, inilah masa bahagia, masa betapa dekatnya jiwa kita bersama Allah, inilah waktu kedamaian, keadaan ini belum tentu kita akan temui lagi tahun depan.

Sementara kita masih ada peluang yang hanya beberapa hari ini, kita hirup udara malamnya. Kita sedut udara sahurnya. Kita kini sedang berada pada hari perpisahan yang sangat memilukan. Perpisahan dengan bulan mulia yang hadir bersama seluruh keindahan dan keistimewaannya.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa melakukan satu ibadat sunnah pada Ramadan, maka ia seperti orang yang melakukan ibadat wajib pada bulan selain Ramadan. Dan barang siapa yang melakukan ibadat wajib pada Ramadan, maka ia seperti orang yang melaksanakan 70 ibadat wajib di selain Ramadan.” (Hadis riwayat Ibnu Khuzaimah).
Berpisah dengan bulan ini bermakna kita meninggalkan kesempatan meraih pahala kebaikan yang berlipat ganda.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Ada dua kegembiraan bagi orang yang berpuasa, kegembiraan saat berbuka dan kegembiraan tatkala bertemu dengan Allah.” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

Maka, perpisahan dengan bulan ini, bererti kita kehilangan dua keajaiban kegembiraan di kala berbuka puasa.

Perpisahan dengan bulan ini adalah hilangnya kesempatan kita untuk memperoleh keampunan Allah terhadap dosa yang tidak sanggup kita kira lagi.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa yang menunaikan qiamullail pada Ramadan kerana keimanan dan mengharapkan pahala, nescaya akan diampuni dosanya yang lalu.” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Selesai saja Ramadan bermakna lenyapnya kesempatan kita untuk menunaikan solat malam dengan jaminan pahala ampunan atas dosa dan kesilapan yang kita sudah tenggelam di dalamnya.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Siapa saja yang solat tarawih bersama imam hingga selesai, akan ditulis baginya pahala solat satu malam suntuk.” (Hadis riwayat Abu Dawud, At-Tirmidzi, An-Nasai dan Ibnu Majah)

Bagaimana dengan kualiti ibadat solat tarawih yang sudah kita lakukan? Perpisahan dengan bulan suci ini, bermakna kita akan kehilangan pahala solat tarawih satu malam suntuk.

Jika salafushalih, selama sebulan Ramadan ini berlumba-lumba membanyakkan membaca al-Quran, Malaikat Jibril memperdengarkan al-Quran kepada Rasulullah SAW, Usman bin Affan mengkhatamkan al-Quran setiap hari, Imam Asy-Syafi'i mengkhatamkan al-Quran sebanyak 60 kali di luar solat, bagaimana dengan ibadat membaca al-Quran yang kita lakukan?

Apabila Ramadan berlalu, bererti kita pun kehilangan kesempatan agung untuk memperoleh keberkatan sangat istimewa daripada membaca al-Quran pada bulan mulia ini.

Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Kami sudah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan. Tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan.” (Surah al-Qadr, ayat 1-3)

Maka Rasulullah SAW sentiasa mencari malam Lailatul Qadar dan memerintahkan sahabat mencarinya. Beliau membangunkan keluarganya pada malam sepuluh terakhir dengan harapan mendapat malam Lailatul Qadar.

Perginya bulan ini daripada sisi kita, bermakna kita terlepas kesempatan tidak ternilai dalam seluruh hidup sekalipun. Maknanya, lenyap peluang kita memperoleh keuntungan 1000 bulan, iaitu kira-kira 80 tahun daripada usia kita. Mampukah kita hidup dan beramal lengkap selama 80 tahun?

Oleh itu, jangan disia-siakan detik perpisahan ini. Rasakan benar-benar kehadiran kita pada bulan ini. Lantunkan zikir, tilawah al-Quran, munajat, permohonan ampun di sini. Buang kepenatan, hilangkan rasa lelah.

Hanya untuk hari-hari terakhir menjelang perpisahan dengan bulan penuh kemuliaan, kita kejar Lailatul Qadar. Namun, apa yang lebih penting adalah semangat diambil dengan makna Lailatul Qadar.

Semangatnya, adanya sebuah perubahan sikap yang istiqamah terhadap Islam, mencintai Allah sepenuhnya tanpa dinodai dengan cinta dunia. Dengan itu kita boleh menjadi manusia yang ikhlas, menerima Islam seutuhnya, tidak separuh-separuh dan tidak memilih.

Demi perpisahan ini, menangislah kerana kita akan berpisah dengan kemuliaan dan keberkatan hebat bulan ini. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya.”

Posted by Mama Friday, October 05, 2007 0 comments  



Tears today Happiness tomorrow




Tangisi lah pemergian Ramadhan,

Siramilah mata beningmu dengan airmata taubat, syukur, penuh pengharapan kasih Allah dan nikmat syurgaNya.

Basahilah tempat sujud dengan Tarawikh, tahajjud, iktikaf dan mabit di Mesjid mesjid atau di ruang sunyi rumah kita.....

for tears today, happiness will wait till tomorrow in the Al Jannah, InsyaAllah

Aminnnn

Posted by Mama Friday, October 05, 2007 0 comments  



Munajat Ramadan malam ini


Munajat Ramadan malam ini




Malam ini Ahad 9.30 malam papa dan abang uda bermusafir ke Kuala Krai Kota Baru Kelantan. Urusan yang telah terlalu lama untuk diselesaikan. Misi utama hanyalah untuk mendapat tandatangan Kontraktor Utama AKN S/B bagi projek Bangunan Pendidikan Negeri Pahang yang diselia oleh JKR Pahang. Tandatangan ini amat ‘crucial’ untuk memperakukan bayaran akhir bagi kerja-kerja elektrikal yang telah siap pada tahun 2004 lagi. Projek ini telah lama siap, namun birokrasi memakan masa yang terlalu lama sungguh menyusahkan ramai orang. Mama berdoa agar misi ini berjaya dan mamapu menghantar semua perakuan dan laporan yang telah ditandatangai pada keesokan harinya, ia itu hari Isnin. Inilah datelinenya. Ia mesti sampai di meja Pengarah. Agar pembayaran dapat dibuat sebelum Raya. Semoga ia menjadi kenyataan.
Malam ini hati mama terasa sedikit sunyi tanpa papa disisi. Alangkah baiknya jika malam ini mama mengumpul kekuatan untuk mencari nikmat bermunajat kepada Allah. Mungkin mama boleh merasai, maksudnya benar benar ’rasai’ makna pepatah, ” Sayangkan isteri tinggalkan-tinggalkan, sayangkan anak tangan tangankan...”. Nah inilah tanda sayang papa buat mama.....mama lebih mendekati Tuhannya dalam memaknai malam-malam terakhir Ramadhan dan menghulur munajat, menadah berkat, maghfirah dan syurga dari Allah...........

Ya Allah aku berdoa mengharapkan rahmah dan kasih sayangMu dalam mengejar malam malam Lailatul Qadar yang hanya Engkau yang Maha Mengetahui bila tarikh sebenarnya..... Allahu Aalammmm....
Alhamdulillah…segala puja dan puji hanya bagimu ya Allah, kepada-Mu seluruh wajah tertunduk khusyuk. Ya Allah, Engkaulah Yang Maha menyelamatkan hamba-hambaMu yang terperosok ke lembah hubbuddunya’ kepada kemuliaan dan indahnya akhirat dengan Syurga JannahMu.


Subhaanaka…Maha Suci Engkau Ya Allah…, dengan kasih sayangMu, Engkau hadirkan Ramadhan ke tengah hamba-hambaMu yang sedang terhimpit dan tertindih dengan pelbagai beban dosa, kesilapan dan kesalahan, cabaran dan rintangan, tekanan dan permusuhan daripada orang-orang yang ingin mencelakakan aku dengan hasad dan dengki di hati mereka. Aku sedar ya Allah, ini semua adalah ujian,dugaan dan cubaan buat aku. Moga-moga aku mampu maklumi dan fahami di dalam dadaku bahwa ”ujian Engkau ini hendak meninggikan darjat bagi sesiapa yang lulus daripada ujian Mu, dan Engkau hinakan bagi sesiapa yang gagal dari segala ujianMu. Ya Rabb…. Walaupun kadangkala derap langkah kaki ini dalam menapaki tangga menuju ke dalam dakapanMu terasa sangat berat, Ya Allah… sungguh tiada dayaku dan kekuatanku kecuali dengan pertolonganMu.

Tabaaraka Taala…Maha Suci Engkau Ya Allah…, Pemberi keberkatan, Engkau berkatilah hidup aku untuk berjumpa dengan Lailatul qadar di RamadhanMu kali ini, bulan yang mempunyai sejuta makna daripada kebaikan. Pada bulan ini Engkau bentangkan kesempatan untuk bertaubat, mendapatkan maghfirah, rahmat dan kebebasan dari neraka.

Ya Allah, Azza wajalla, Aku pohon dari MU, Engkau kukuhkan roh jihad di dadaku. Engkau tarbiyah aku untuk memahami unjuk rasa antara sesama hamba dengan jiwa sabar dan ukhuwah. Engkau beri kesempatan kepada aku untuk lebih banyak menghidupkan sunnah RasulMu. Engkau hidupkan ruhiyah dan semangat aku untuk selalu ber’taqarrub’ kepadaMu. Dan Engkau seru hamba-hambaMu; Ya faa’ilal khair aqbil…(wahai pemburu kebaikan, sambutlah…).

Wahai diriku yang dhaif lagi hina dikaki kekuasaanMu. Aku tahu pintu ampunan Mu terbuka luas, kesempatan taubat sentiasa tersedia, pintu-pintu jannah terbuka selebar-lebarnya, wahai diri sedarilah. Mengapakah aku tidak sambut seruanNya semaksimum, mengapakah aku tidak berlari lari, mengapa aku tidak berlumba-lumba memasuki pintu pintu nya dengan amal saleh ku. Walhal aku tidak payah utnuk mengetuk pintu pintu itu lagi...mudah sangat masuk lah sahaja! Mengapakah aku ambil ringankan sahaja selama ini? Mengapa aku biarkan kebaikan-kebaikan itu berlalu pergi.
”.....Ringg.........ring ”, telefon binmbit mama berbunyi...itu papa telefon, hanya igin memberitahu bahwa papa telah sampai ke destinasi di Pekan Kuala Kerai, baru sahaja selesai sahur di sebuah motel murah RM70.00 semalam.... Alhamdulillah papa dah pun sampai....
Wahai diri yang alpa, bukankah di bulan Ramadhan ini, pintu-pintu neraka telah Allah kunci rapat-rapat, namun mengapa aku sia siakan, mengapa ’ghoflah’ dan malas sentiasa menyapa NAFSU.... yang tiada henti-hentinya aku lakukan? Nafsu manusia kadang kala umpama air. Tak pernah berhenti untuk mengalir sentiasa. Selagi masih ada alur, jalur, ruang dan celahan, di situlah air mengalir. Bezanya antara nafsu dengan air yang mengalir ialah air mengalir ke tempat lebih rendah, sebaliknya nafsu terus mengalir ke arah yang lebih tinggi. Sungguh ironis!
Memang manusia digelar makhluk yang jarang rasa ’puas’. Sesuai benar dnegan maksud hadis: ” hanya TANAH yang mampu memuaskannya!”. Selalu saja menemui satu titik yang bertanda ...” kurang ” atau ”...tidak cukup” di hujung sesuatu pencarian. Demikian juga insan pelupa ini ibarat orang yang selalu mendongak ke atas, selalu lupa menatap atau menjengah walau sekilas ke bawah

Bukankah syaitan-syaitan telah Allah belenggu, namun aku kadangkala terleka dan terikut ikut teralun dengan seruan-seruan Jahatnya. Bukankah bisik bisikan halus itu menutup mata hati pendengaran aku? Ya Allah, makhluk apakah aku ini, Engkau telah memberikan kesempatan kepada aku untuk datang kepadaMu di bulan Ramadhan ini, namun banyak kesia siaan yang terus aku lakukan dan aku tidak pandai memanfaatkan kesempatan yang berharga ini? Astaghfirullah..wa atuubu ilaik..Ya Allah aku pohon ampun dna bertaubat kepadamu....

Wahai hati ku yang alpa...sungguh sunguh bermunajat, agar tatapan Rabbi benar benar menumpu memandang kepadaku, yang hanya mampu menangis kerana sesal dosa dan takut dahsyatnya seksa neraka. Ya Allah Engkau Maha Tahu apa yang dikhianati oleh hati dan mata ku. Engkau Maha Halus dengan apa yang ada dalam benak ku. Engkau Maha Mendengar apa yang didengar oleh telingaku ku yang dengan berleluasa mendengar suara-suara maksiat. Engkau Maha meneropong segala gelumang dan lumuran dosa hamba-hamba Nya. Seolah aku mendengar Sergahanmu Ya Allah: Yaa baaghiyas syarr aqshir…(wahai pelaku-pelaku kejahatan, berhentilah…), Ya Allah kurniakan aku rasa takut kepadaMu yang menghalangi aku daripada berbuat maksiat kepadaMu…

Wahai diri yang selalu lupa.....sudah berapa juz Ayat Al-Quran yang telah di baca? Bukanlah Al QURAN YANG mulia penuh bimbingan KHUSUS kepada ku jika dibaca, direnungi, di maknai ia mampu menghidup hati dan fikiran ku, pencerah dan pencetus motivasi ku, penunjuk jalan hidup ku, penyejuk jiwaku, pemberi info siapa saudara dan musuh ku. Mengapa aku tidak dapatkan banyak tip-tip semasa membacanya?mentadabburinya…? menghafalkannya…? Mengamalkannya…? Alangkah ghaflahnya aku…mungkinkah aku mampu memperoleh syafaat-Nya?


Wahai diri ku yang kerdil, mohon lah kepada Allah Al Qahhar agar memberiku kekuatan untuk menghidupkan malam malam terakhir Ramadhan ini dengan Qiyamullail. Inilah jalan- jalan yang ditempuh oleh orang-orang soleh, itulah sarana menggapai dakapan dan redhaNya, sumber inspirasi dan wibawa. Mengapakah dengkuran itu, selimut itu menyelimuti diri sehingga aku melewatkannya?, tidakkah aku ingin merasakan kelazatan rahmatNya, meraih cintaNya, mendapatkan ampunanNya? Dengan munajat di kala orang lain tertidur lelap. Merugi…merugilah aku bila aku tidak melaksanakannya…

Ya Allah....Aku bermunajat, kasihanilah aku, lindungilah aku, agar aku sentiasa mampu bermujahadah meraih redhaMU Nya dan terhindar daripada maksud sabda Rasulullah SAW; ” Roghima ‘anfu man adrakahu Ramadhan falam yughfar lahu (celakalah dan menyesal orang yang mendapatkan kesempatan hidup di bulan Ramadhan dan dia tidak beroleh ampunan).

Allahumma nasyku ilaika dhi’afa quwwatina…Ya Arhamarraahimin Anta Rabbul Mustadh’afiin, faqawwina ya Rabbana ‘ala thoo’atika…Amin.
Usalli sunnata tahjjuddi lillahi taala......
Allahu Akbarrrrrrrrrrrrrr.....

Posted by Mama Monday, October 01, 2007 0 comments  



Mimpi semalam


Pada satu ketika dahulu, mama tidak ingat bila, Syamil (masih bersekolah rendah) bertanya kepada mama, “…. mama kalau kita mimpi jumpa Rasulullah tu maknanya apa?. Mama kata itu mimpi yang baik. Mimpi itu mimpi yang benar . Orang yang bermimpi bertuah kerana dapat menatap wajah manusia yang paling mulia di muka bumi….

“Mama pernah mimpi jumpa Rasulullah tak?” Tanya Syamil lagi……

Ya mama pernah mimpi , jumpa Rasulullah masa tu mama berumur awal 15 tahun, belum baligh lagi, sibuk sibuk tengah study untuk peperiksaan SRP (kini disebut PMR). Mama menghadap Rasulullah sedang duduk di atas kusyen Arab yang lebar, di satu tempat duduk yang lebih tinggi dari mama yang sedang duduk bersimpuh menghadapi baginda. Mama lihat wajahnya bercahaya hanya tersenyum tetapi tidak berkata apa-apa. Masa pertemuan itu hanya sekelip mata. Namun hati rasa bahagia. Apabila mama tanyakan kepada nenek, nenek kata, “……mimpi itu sangat bagus tu, tanda orang bertuah, tidak ramai orang boleh mimpi jumpa Rasulullah. Kata orang kalau kita mimpi jumpa Rasulullah, kita akan akan sentiasa murah rezki dan tidak akan ditinggalkan oleh orang (maknanya kita akan sentiasa disayangi oleh orang sekeliling kita). Kita tidak akan merasa hidup susah. (Esoknya exam, ternyata beberapa bulan kemudian apabila result keluar, subjek ‘sejarah’ yang mama duduki keesokan harinya itu sahaja yang ‘score’ A).

Mama lantas bertanya kepada Iyek (panggilan hormat kepada ayah dalam Bahasa Bugis keturunan bangsawan para Daeng daeng). Ayah mama @Iyek merupakan seorang Ilmuan Islam dan aktivis dakwah dizaman muda dan tuanya. Beliau banyak menulis dan menterjemah buku buku dakwah Ikhwanul Muslimin (IM) terutama karya-karya Allahyarham Sheikh Mustafa Masyhur. Kekaguman Iyek terhadap IM bermula semasa beliau pergi ke Mekah menunaikan Haji pada tahun 1954. Pertama kali berjumpa, berbual dan bermuayasyah dengan seorang yang dia yakin adalah anggota ikhwanul muslimin (sefaham mama, seorang anngota Ikhwanul Muslimin tidak pernah istihar diri mereka sebagai IM). Iyek sungguh kagum dengan keperibadian dan pembawaan karakter seorang IM yang sangat halus budi pekerti dan amat peka jiwa nuraninya. Yang paling ketara ialah komitment Islamnya. Iyek jatuh cinta dengan IM sejak dari hari pertama itu. Dalam fikirannya ia berberkira kira…………..” aku boleh bayangkan kan perasaan cinta para sahabat kepada Rasulullah, sedangkan aku tidak pernah jumpa Rasulullah, hanya bertemu dengan umatnya yang cintakan Rasulullah dan Islam, kini aku terasa sungguh sayang kepada sahabat yang baru aku kenali………Uhibbuka lillah..”

Berbalik kepada mimpi mama tadi, apabila mama ceritakan mengenai mimpi berjumpa dengan Rasulullah. Jadi apa perasaan kamu?, mama jawab:”……rasa seronok dan bahagia, sayangnya sebaik saya sedar dari mimpi itu saya sudah tidak dapat gambarkan wajah baginda….!”. Iyek hanya berkata Alhamdulillah dan menyarankan supaya “Keep It To Yourself” untuk mengelak perasaan Riak, Ujub dan syok sendiri. Namun selepas itu mama merasa sungguh bertuah dan bahagia kerana terpilih untuk bermimpi bertemu Rasuilullah.
Walaupun ada kawan-kawan yang berpendapat bahwa mimpi jumpa Rasulullah S.A.W tidak akan menjamin seseorang itu masuk syurga atau jadi maksum kerana semua itu hak Allah semata-mata. Terserah.

Ada apa dengan mimpi ini?

Imam Muslim telah meriwayatkan sebuah hadis daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda maksudnya : " Sesiapa yang melihat daku di dalam tidur , maka sesungguhnya dia telah melihat daku kerana syaitan tidak menyerupai aku ."
Jadi mimpi bertemu dengan Rasullullah s.a.w. adalah satu berita gembira- basheera buat orang-orang yang bernasib baik. Para ulama berkata bahawa sesiapa yang bermimpi bertemu dengan Rasullullah s.a.w. di dalam tidurnya maka mimpi tersebut adalah benar.

Di dalam satu riwayat yang lain Rasullullah s.a.w. bersabda maksudnya : " Sesiapa yang melihat daku di dalam tidur , maka ia akan melihat daku di dalam jaga ( keadaan sedar ) ."
Ulama telah berselisih pendapat tentang maksud " akan melihat daku di dalam keadaan sedar ."

Pendapat pertama : Ini adalah ditujukan kepada golongan yang hidup di zaman Rasullullah , dan dia tidak berhijrah ke Madinah , maka Allah akan memudahkannya berhijrah dan dia akan melihat Rasullullah s.a.w.
Pendapat kedua :Ia akan melihat baginda Rasullullah s.a.w. di akhirat .
Pendapat ketiga : Ia akan melihat dengan penglihatan yang dikhususkan kepadanya secara dekat dan mendapat syafaat daripada baginda .
Oleh itu sebahagian daripada para ulama berkata bahawa sesiapa yang melihat Rasullullah s.a.w. di dalam tidurnya maka , dengan izin Allah, InsyaAllah ia akan mendapat husnul Khatimah( meninggal dunia di dalam keadaan mulia).

Mengenai syarat untuk melihat Rsullullah s.a.w. dalam mimpi, beberapa orang soleh berpendapat bahawa orang yang biasa melihat Rasullullah s.a.w. adalah orang-orang yang saleh serta menyintai Rasullullah s.a.w. Golongan yang tidak melihat Rasullullah s.a.w. dalam mimpi adalah golongan bid'ah .

Beberapa dalil yang berkaitan dengan mimpi :

“Sesungguhnya Allah akan buktikan mimpi itu benar kepada Rasul-Nya, kamu akan masuk Masjidil Haram jika dikehendaki Allah dengan aman”, maksud Surah al-Fath, ayat 27.

Hadis riwayat Abu Hurairah r.a (mafhumnya): “Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa mimpi manusia ada tiga jenis. Satu, mimpi-mimpi baik lagi benar (rukyaa sadiqah), kedua, mimpi gangguan syaitan dan yang ketiga, mimpi sebagai mainan tidur atau menggigau.”

Berkata Abu Salamah, “Telah berkata Abu Qatadah, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, sesiapa yang telah melihat daku dalam mimpinya, maka sesungguhnya dia telah melihat yang benar (al-Haqq)”. Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Kata Prof Dr Harun Din,…” Mimpi benar memang wujud dan boleh berlaku, dengan izin Allah SWT. Mimpi benar, khususnya bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w. boleh digolong dalam erti mimpi anugerah Allah kepada seseorang. Banyak lagi hadis yang menceritakan hal mimpi bertemu Rasulullah s.a.w. yang menggambarkan bahawa mimpi sedemikian adalah berlaku dan ia adalah benar”.
Namun ada tiga mimpi yang tidak boleh dita’abir atau ditafsir iaitu :
1. Perkara yang dicita-citakan pada siang hari yang terbawa-bawa ke dalam mimpi pada malam harinya atau mimpi oleh seseorang yang sakit tenat.
2. Seseorang yang belum lagi mandi junub kerana ketika itu syaitan bersama-sama pada anggotanya.
3. Raja yang zalim atau menteri yang zalim.
"Apabila seseorang darimu melihat mimpi yang menggembirakannya maka hendaklah ia mengucapkan Alhamdulillah dan ceritakannya kepada orang yang lain, dan sebaliknya apabila ia melihat mimpi yang menduka citakannya, maka mimpi itu adalah dari syaitan, kerana itu hendaklah ia mengucapkan Isti'azah dan jangan ceritakannya kepada orang lain kerana mimpi itu tidak mendatangkan mudarat kepada nya."Diriwayatkan oleh al-Bukhari dari Abi Sa'id.
Adab-adab selepas bermimpi:
Ta’abir mimpi ada pelbagai, kadangkala menyesat dan merunsingkan fikiran, kadangkala menggembirakan dan menyeronokkan. Jadi dalam menangani permasalahan mimpi kita perlu juga satu garis panduan , iaitu jika kita bermimpi baik dan menggembirakan maka bersyukurlah kepada Allah swt. dengan ucapan Alhamdulillah. Kita boleh ceritakan kepada orang lain dan kepada mereka yang kita sayang dengan harapan bahawa mimpi tersebut akan betul-betul berlaku. Sebaliknya jika kita bermimpi buruk dan merunsingkan maka pintalah perlindungan Allah swt. dari kejahatan syaitan yang mengaturkan mimpi-mimpi yang karut untuk menyiksakan jiwa insan. Jika bermimpi buruk juga kita disunatkan melakukan perkara-perkara berikut : 1. Membaca ta'awwuz (A'uuzubillahi minasysyaitoonir roojiim)
2. Meludah kesebelah kiri kita sebanyak 3 kali.
3. Mengubah cara tidur ke sebelah yang lain.
4. Bangun sembahyang 2 rakaat (kalau termampu), lebih baik teruskan tahajjud 8 rakaat + 3 rakaat witir. Semoga malam kita diberkati Allah.

Posted by Mama Sunday, September 30, 2007 0 comments  



BERSAMA ORANG SOLEH DI BULAN RAMADHAN

هIni adalah artikel yang baik untuk dikongsikan. Mama dapat dari satu milis negara jiran.....tidak sempat untuk di bahasa melayukan....

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



BISMILLA-HIRRAHMA-NIRRAHIYM



Bulan Ramadhan...



Hari demi harinya adalah rentang waktu lipatan pahala yang tak ada batasnya. Jam demi jamnya adalah rangkuman kasih sayang Allah swt kepada hamba-hamba-Nya. Menit demi menitnya adalah hembusan angin surga yang begitu menyejukkan. Detik demi detiknya adalah kesempatan yang tak ternilai dibandingkan seumur hidup kita. Maka, mengagendakan aktifitas selama bulan Ramadhan menjadi sangat penting. Disiplin dan hati-hati menjalani hari-harinya harus menjadi tekad dalam hati semua hamba Allah swt yang menghendaki maghfirah dan hidayah-Nya.



Berikut ini adalah contoh bagaimana kita melewati hari demi hari yang penuh kemuliaan itu. Dengan mengikuti kebiasaan dan perkataan Rasulullah, Para salafusholih dan juga para ulama yang begitu menyadari kemuliaan Ramadhan, Semoga Allah swt menguatkan kita untuk menjadi alumni Ramadhan yang berhasil.



Waktu Sahur hingga Subuh:



Bangunlah sebelum fajar, sekitar pukul 03.00 pagi. lni adalah waktu sepertiga malam terakhir yang istimewa. Lakukan shalat qiyamul lail beberapa rakaat. Jangan lupa bangunkan keluarga untuk shaiat ma1am. Umar bin Khaththab ra biasa mengerjakan shalat malam. Apabila tiba pertengahan malam, beliau segera mernbangunkan keluarganya untuk shalat. la berseru: "Shalat, shalat!" seraya membacakan ayat ini: "Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan shalat dan bersabarlah kamu dalam mengerja-kannya. Kami tidak meminta rizki kepadamu, Kami1ah yang memberi rizki kepadamu. Dan akibat (yang baik) itu adalah bagi orang yang bertaqwa." (Qs. Thoha: 132)



Banyak di antara kita yang lalai melewati waktu ini dengan istirahat dan tidur, lalu segera makan sahur. Mungkin karena menganggap ibadah shalat tarawih sudah dilakukan setelah isya. Padahal waktu-waktu sepertiga malam seharusnya tetap bisa dihidupkan lebih banyak daripada bulan-bulan lain. Pada waktu inilah, disebutkan dalam hadits Rasulullah saw, "Rabb kami turun setiap malam ke langit dunia saat sepertiga malam terakhir dan berkata: "Siapa yang berdo'a kepada-Ku, Aku kabulkan. Siapa yang meminta kepada-Ku, Aku beri. Siapa yang memohon ampun kepada-Ku, Aku ampuni dia." (HR. Jamaah)



"Barangsiapa yang menunaikan qiyamul lail pada bulan Ramadhan karena keimanan dan mengharapkan pahala, niscaya akan diampuni dosa-dosa-nya yang telah lalu." (HR Bukhori dan Muslim)



Dalam Al Qur'an, Allah swt berfirman: "Dan hamba-hamba yang baik dari Rabb Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandung) keselamatan. Dan orang yang melalui malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Rabb mereka." (Al-Furqan : 63-64)



Setelah itu kita bisa menunaikan makan sahur yang memang disunnahkan oleh Rasulullah saw. Jangan lupa tanamkanlah niat dan ikhlaskanlah berpuasa pada siang hari nanti. LaIu bersiap untuk shalat Subuh berja-maah di masjid dan berangkatlah lebih awal. Di masjid sibukkanlah diri dengan memperbanyak istighfar. Aktifitas seperti ini disebutkan dalam Al Qur'anul Karim, "... wal mustaghfiriina bil ashaar.," Pada waktu sahur kita memang dianjurkan banyak berdo'a, karena waktu sahur termasuk waktu diijabahnya do'a seorang hamba. Setelah azan subuh dirikanlah shalat dua rokaat sebelum subuh. Kemudian tunaikanlah shalat Subuh berjamaah.



Setelah Subuh:



Berhati-hatilah dari terpaan rasa kantuk bila kita tidak terbiasa bangun lebih pagi pada hari-hari yang lain. Berusahalah untuk tidak tidur dalam ruas waktu setelah subuh hingga terbit matahari. Para salafushalih sangat tidak menyukai tidur pada waktu itu. Ibnul Qayyim Al Jauziyah dalam Madarijus Salikin menyebutkan, "Di antara tidur yang tidak disukai menurut mereka ialah tidur antara shalat subuh dan terbit matahari, karena ia merupakan waktu untuk memperoleh hasil. Bagi perjalanan ruhani, pada saat itu terdapat keistimewaan besar, sehinga seandainya mereka melakukan perjalanan (kegiatan) semalam suntuk pun, belum tentu dapat menandinginya." Jika kita sangat dibebani kantuk, bertahanlah dan bersabarlah, karena biasanya kebiasaan itu akan terbentuk setelah tiga hari kita melakukan suatu ritme yang berbeda. Selanjutnya, insya Allah kita tidak akan merasakan kantuk sedahsyat sebelumnya.



Duduklah berdzikir setelah subuh hingga matahari terbit adalah sunnah. Dari Abu Umamah Ra dikatakan bahwa Rasulullah saw bersabda, "Barangsiapa Yang shalat subuh berjamaah kemudian duduk berdzikir kepada Allah sampai terbitnya matahari, kemudian berdiri dan shalat dua rakaat, maka ia akan memperoleh pahala haji dan umrah." Waktu ba'da subuh hingga matahari terbit adalah waktu yang penuh barakah yang seharusnya benar-benar dipelihara oleh setiap mukmin. Peliharalah waktu itu dengan mengisinya melalui tilawatul Quran satu juz dalam satu hari, berdzikir atau menghafal. Inilah yang dilakukan Rasulullah saw selesai menunaikan shalat Subuh, bahwa ia selalu duduk di tempat shalatnya hingga terbit matahari." (HR. Muslim)



Imam At-Tirmidzi meriwayatkan sebuah hadits dari Anas bin Malik dari Rasulullah, bahwa beliau bersabda: "Barangsiapa shalat fajar berjama'ah di masjid, kemudian tetap duduk berdzikir mengingat Allah, hingga terbit matahari